Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, August 23, 2012

Kambing menaiki papan luncur memecahkan rekod dunia

kambing bermain skate board

Rekod kambing menaiki papan luncur terjauh ialah 36 m (118 kaki)  dan telah dipegang oleh Happie dari Fort Myers, Florida, Amerika pada 4 March 2012. Masa yang diambil untuk memecahkan rekod tersebut ialah 25 saat.

Happie tinggal bersama Melody Cooke serta keluarganya dan ia diberikan kasih sayang sebagai haiwan peliharaan keluarga. Mereka berharap dapat mengumpul dana kebajikan dengan pertunjukkan kebolehan luar biasa yang dimiliki oleh Happie.

Saksikan video luar biasa Happie:


Arnab comel jadi anjing pengembala

Arnab comel jadi anjing pengembala
GAMBAR klip video YouTube menunjukkanChampis menggembala biri-biri tuannyadi perkampungan Kal, Sweden.
STOCKHOLM, Sweden - Seekor arnab bernama Champis bukan sahaja pandai melompat tetapi ia juga mahir menggembala biri-biri peliharaan tuannya.

Champis dipercayai memiliki kebolehan tersebut selepas ia menyaksikan dan meniru perbuatan beberapa anjing penggembala terlatih di ladang ternakan tuannya di perkampungan kecil Kal, utara Sweden.

Arnab jantan berusia 5 tahun itu mencetuskan sensasi di internet selepas klip video memaparkan kebolehan ia menggembala biri-biri ditonton lebih 700,000 kali di laman perkongsian video YouTube.


Klip video yang dimuat naik itu menunjukkan Champis berkejar ke sana dan ke mari untuk mengawal ternakan biri-biri milik Nils-Erik dan isterinya, Greta Vigren di ladang mereka.

"Arnab ini mula berperangai pelik seperti seekor anjing penggembala sejak musim bunga tahun lalu tetapi ia tidak mengganggu ternakan ayam tuannya," kata seorang rakan pasangan itu, Dan Westman yang merakam dan memuat naik aksi Champis di YouTube.

sumber- Kosmo

Manusia tumbuh tanduk

Manusia tumbuh tanduk
GAMBAR yang disiarkan oleh sebuah akhbar di Britain semalam menunjukkan tanduk di dahi kiri Ruifang yang tinggal di Linlou, China.
LINLOU, China - Seorang nenek berumur 101 tahun, Zhang Ruifang mempunyai tanduk di dahi kirinya yang semakin panjang.

Ruifang memiliki tanduk sepanjang 6.1 sentimeter seperti yang terdapat pada kambing.

Apa yang lebih pelik lagi ialah terdapat tanda-tanda bahawa satu lagi tanduk akan muncul di dahi kanannya.

Seorang anak bongsu lelakinya, Zhang Guozheng, 60, berkata, terdapat satu tompokan di dahi ibunya pada tahun lalu sebelum tanduk itu muncul.

"Kini terdapat satu lagi tompokan di dahi kanannya. Pastinya ia satu lagi tanduk," katanya.

Nenek itu mempunyai enam anak dan anaknya yang tua berumur 82 tahun.

Walaupun setakat ini benda yang tersembul keluar dari dahi Ruifang tidak diketahui tetapi ia mirip tanduk.

Tanduk itu dipercayai dihasilkan daripada keratin iaitu bahan protein yang terdapat pada kuku, tanduk, sisik dan lapisan luar kulit.

Padah tegur warga asing mabuk

Padah tegur warga asing mabuk
Ramlee menunjukkan lokasi di mana dia dan rakannya diserang kira-kira 20 warga Myanmar lewat malam kelmarin.Gambar kecil: batu yang digunakan untuk membelasah mangsa
PUCHONG – Hanya kerana menegur tiga warga Myanmar yang jalan terhuyung-hayang disebabkan mabuk, seorang pekerja kilang parah dibelasah 20 rakan warga asing itu tanpa belas kasihan sehingga tengkuk dan tangannya patah di Taman Perindustrian Puchong Utama, lewat malam kelmarin.

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam 8 malam apabila mangsa, Mohd Nur Mallak, 31, duduk di tepi tangga rumah kedai di Jalan 2/1 itu bersama tiga lagi rakannya.

Rakan mangsa yang turut diserang sehingga terpaksa menerima beberapa jahitan di kepala, Ramlee Abdullah, 31, berkata, ketika kejadian dia dan rakannya duduk di situ sebelum tiga lelaki warga Myanmar muncul dalam keadaan terhuyung-hayang.

Menurutnya, rakannya menegur warga asing terbabit kerana dia terlanggar tubuh badannya  dan berkelakuan biadap selepas itu.

Katanya, berlaku pertengkaran dan sedikit pergaduhan menyebabkan seorang rakannya cedera di bibir sebelum kejadian terlerai beberapa minit selepas itu.

Ramlee berkata, dia menyangka kejadian berakhir di situ dan tidak terfikir warga Myanmar itu akan memanggil rakannya untuk membalas dendam.

Kata Ramlee, dua jam selepas itu,  dia yang ke tempat parkir motosikal didatangi seorang warga Myanmar yang mengepung dan menahannya.

Lelaki yang bertubuh kurus dan tinggi itu katanya, menepuk tangan sebanyak tiga kali sebelum muncul kira-kira 10 lagi rakannya yang lain.

Katanya, kumpulan lelaki terbabit terus menarik bajunya dan memukulnya menggunakan kayu cota, menyebabkan dia terpaksa melarikan diri ke sebuah restoran berhampiran.

Ramlee berkata, dia berlari sekuat hati meminta tolong dan terus bersembunyi di dalam sebuah restoran kerana dikepung hampir 20 lelaki warga Myanmar selepas itu.

Melihat kejadian kecoh dan kerusi meja dipecahkan, Ramlee berkata pekerja restoran terus menutup pintu kedai yang ketika itu terdapat beberapa pelanggan sedang menikmati hidangan.

“Dalam keadaan cemas itu, saya tidak perasan seorang rakan bernama  Mohd Nur tertinggal di luar restoran, dia dipukul  dengan batu bata, kayu, besi dan ditetak dengan parang,” katanya rakannya itu kemudian merangkak ke tingkat atas rumah kedai itu untuk menyelamatkan diri.

Kata Ramlee, kumpulan Myanmar itu melarikan diri sebaik melihat kereta peronda polis tiba kira-kira sejam kemudian.

Katanya, dia yang mendapatkan rakannya terkejut melihat mangsa cedera parah dan terus menghubungi ambulan untuk rawatan selanjutnya.

“Tengkuk dan tangannya patah manakala kepalanya retak akibat serangan kumpulan Myanmar itu, saya pula menerima beberapa jahitan di bahagian belakang kepala akibat dipukul dengan kayu.

“Saya akan membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong hari ini (semalam), disebabkan tidak dapat berbuat demikian ketika hari kejadian kerana menahan sakit,” katanya.

Sementara itu seorang saksi kejadian, Salman Mapplati, 22, berkata, dia yang duduk di kawasan tempat letak kereta di bawah rumah kedai terbabit turut menjadi mangsa serangan kumpulan terbabit.

sumber- Sinar

Tendang dada bapa, ugut ibu

anak derhaka
Tertuduh (kiri) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.
KUALA TERENGGANU - Tiada hati perut. Tanpa belas kasihan, seorang anak yang baru berusia 15 tahun, sanggup menendang dada bapanya yang sakit kerana tidak memberi wang seperti yang diminta.

Lebih menyedihkan, remaja yang sudah tidak bersekolah itu kerap bertindak kasar terhadap kedua ibu bapanya, sehingga menyebabkan ibunya tidak tahan, lalu membuat laporan polis.

Bagaimanapun, tindakan tidak berperikemanusiaan remaja itu akhirnya terbalas apabila dia didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu di sini, semalam.

Berdasarkan pertuduhan, pada 19 Ogos lalu, kira-kira jam 4.30 petang, bertempat di rumah tidak bernombor di Kampung Jerong Seberang, Wakaf Tapai, Marang, tertuduh dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan bahawa bencana akan berlaku ke atas Maimunah Mat Ali, 44.

Oleh itu, tertuduh telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau sebat.

Tertuduh yang berpakaian baju T kelabu itu bagaimanapun mengaku bersalah sebaik sahaja pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim, manakala pertuduhan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Mahathir Mohd Yusof.

Majistret Abdul Hayyi kemudiannya menetapkan 28 Ogos depan sebagai tarikh sebut semula kes di Mahkamah Majistret Marang dan turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Berdasarkan fakta kes, remaja yang juga merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu telah bertindak kasar dengan menendang dada bapanya, dalam satu kejadian 18 Ogos lalu, kira-kira jam 12.30 malam.

Keesokannya, kira-kira 4.30 petang, ketika berada di rumah mereka di Kampung Jerong Seberang di Marang, tertuduh telah meminta wang daripada ibunya, Maimunah Mat Ali, 44, sebanyak RM20.

Bagaimanapun, ibunya tidak memberikan wang sambil memberitahu, tiada wang. Dia kemudiannya meminta lagi wang sebanyak RM40 dengan alasan untuk membaiki motosikal.

Apabila tidak diberikan wang, tertuduh bertindak mengambil sebilah parang lalu mengugut hendak menetak motosikalnya. Tidak tahan dengan sikap tertuduh, ibunya kemudian membuat laporan polis.

sumber- Sinar

Kuda Paling Tinggi Di Dunia


MELBOURNE - Seekor kuda paling tinggi di dunia, Luscombe Nodram akan dipamerkan pada satu pertunjukan di Queensland yang merupakan tempat asal kelahiran kuda berkenaan.

Nodram yang merupakan kuda spesies Shire berusia tujuh tahun tetapi mempunyai ketinggian 2.05 meter dan berat 1.5 tan iaitu tiga kali ganda daripada kuda lumba biasa.

Haiwan itu akan dipamerkan pada pertunjukan kuda di Gatton, di barat Brisbane pada bulan Mei 2010.

Pemilik kuda itu, Jane Greenman membeli haiwan itu semasa ia berusia enam bulan dari sebuah ladang ternakan kuda di Queensland. 

Greenman berkata, dia tidak menyangka kudanya itu akan menjadi kuda paling tinggi di dunia.

Haiwan Pelik Di China

Haiwan Pelik Di China
GAMBAR menunjukkan haiwan aneh yang ditemui di tengah hutan China.
BEIJING - Para saintis bingung menentukan spesies seekor haiwan aneh yang ditemui di satu lokasi hutan di tengah China. 

Haiwan tidak berbulu itu memasuki jerat sekumpulan pemburu di wilayah Sichuan selepas penduduk tempatan melaporkan mereka ternampak haiwan yang disangkakan seekor beruang. 

"Ia seperti seekor beruang. Namun, haiwan itu tidak mempunyai bulu tetapi ia mempunyai ekor seperti kanggaru. 

"Haiwan itu tidak mengeluarkan bunyi seperti beruang. Suaranya lebih mirip seekor kucing dan sentiasa berbunyi," kata salah seorang pemburu itu, Lu Chin.

Menurutnya, sebelum ini terdapat cerita rakyat bahawa seorang lelaki telah bertukar menjadi seekor beruang. 

"Ada orang yang menganggap kami telah menangkapnya," kata Chin. 

Pakar haiwan menghantar haiwan misteri itu ke Beijing. Sepasukan saintis di Beijing cuba untuk mengetahui spesies haiwan itu dengan melakukan ujian asid deoxyribonucleic (DNA)

Lembu Bertanduk Tiga

Lembu Bertanduk Tiga
Seekor lembu bertanduk tiga di Hebei, China. 
HEBEI, China - Seekor lembu yang memiliki tanduk seperti kuda unikorn menjadi tarikan utama para pelancong di sebuah ladang di wilayah Hebei, China.

Pemiliknya yang juga seorang petani, Jia Kebing memberitahu dia menyedari terdapat satu bonjolan kecil di dahi lembunya ketika ia dilahirkan dua tahun lalu.

Namun, Jia tidak menjangka ia akan tumbuh menjadi tanduk sepanjang 20 sentimeter (cm).

"Ladang saya menjadi popular disebabkan oleh lembu ini. Orang ramai datang ke sini semata-mata untuk melihatnya," kata Jia yang berasal dari Baoding.

Menunggang Badak Air

Menunggang Badak Air
MARIUS ELS menunggang badak air miliknya, Humphrey.
PETRUS STEYNLAKES - Seorang petani, Marius Els bertuah kerana dapat menunggang antara haiwan paling ganas di benua Afrika iaitu seekor badak air.

Nasib Els sememangnya baik kerana badak air bernama Humphrey itu merupakan haiwan peliharaannya sejak kecil lagi.

"Ia dengan mudah dapat mengoyakkan tubuh lelaki dewasa seperti saya. Tiada orang yang berani mendekatinya, namun, saya menganggapnya seperti anak saya," kata petani tersebut.

Humphrey tinggal di sebuah tasik buatan manusia sedalam 18 meter.

* Marius Els disahkan telah meninggal dunia November 2011 akibat kecederaan teruk yang berpunca dari Humphrey. 

Orang Utan Paling Gemuk Di Dunia

Orang Utan Paling Gemuk Di Dunia
ORANG Utan yang bernama Oshine memakan makanan dalam program diet untuk menguruskan badannya.
LONDON - Seekor Orang Utan betina bernama Oshine di Britain menjadi sensasi di Internet.

Oshine menjadi tumpuan selepas ia muncul sebagai Orang Utan paling gemuk di Britain dengan beratnya mencecah 100 kilogram atau sekali ganda berat Orang Utan biasa.

Pakar-pakar percaya gaya hidupnya sebagai haiwan peliharaan selama 13 tahun di Afrika Selatan telah menyebabkan Oshine menjadi gemuk.

Bimbang dengan tahap kesihatannya itu yang akan terjejas akibat kegemukan, Oshine kini menjalani terapi diet serius bagi menurunkan berat badannya kepada normal sejak awal tahun ini.

Misteri Hantu Budak Sekolah

Misteri Hantu Budak Sekolah
GAMBAR yang dirakamkan oleh Fores menunjukkan imej seorang budak lelaki (dalam bulatan)di Sekolah Rendah Alaby, Hull Britain.
HULL, England - Seorang pekerja pembinaan, John Fores, 47, terkejut apabila dia mendapati gambar yang dirakamkan menerusi telefon bimbitnya memaparkan imej hantu seorang budak lelaki.

Dia mendakwa, imej itu dirakamkan di bangunan Sekolah Rendah Anlaby dekat sini di East Yorkshire yang diruntuhkan untuk tujuan pembinaan semula.

Namun, semasa Fores melihat kembali gambar yang telah dirakamkan itu, dia ternampak bayang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lapan tahun dan memakai topi gelap sedang berdiri memandang ke arah kamera telefon bimbitnya.

"Saya mengambil beberapa gambar selepas waktu tengah hari dan pada waktu itu saya tidak menyedari apa-apa yang aneh.

"Namun, semasa melihat foto tersebut di komputer, saya terpandang imej itu dan bulu roma saya meremang," katanya.

Penjaga sekolah tersebut, Gordon Bradshaw, 54, berkata, bangunan sekolah yang dibina pada 1936 itu mempunyai reputasi sebagai berhantu.

"Saya sudah berada di sini sejak 29 tahun lalu dan ramai budak yang mendakwa mereka pernah ternampak satu lembaga hantu di sekolah ini tetapi saya pula tidak pernah melihatnya," kata Bradshaw.

Pocong mengekori kanak-kanak

Pocong mengekori kanak-kanak
Gambar yang dirakamkan oleh Suharno menunjukkan hantu pocong di belakang anaknya.
DESA BETUNG, Indonesia - Seorang lelaki, Suharno secara tidak sengaja terakam gambar hantu pocong semasa dia sedang merakamkan gambar anak perempuannya, Jesika.

Apabila dia melihat gambar tersebut, Suharno terkejut kerana di belakang anak perempuannya terdapat imej pocong berwarna putih sedang berdiri.

Dia turut bimbang Jesika dilanda trauma kerana fenomena aneh itu.

Gambar itu dirakamkan semasa Jesika bermain di halaman belakang rumah mereka, Sumatera Selatan pada 10 Jun 2010.

Lebih membimbangkan Suharno, dia diberitahu oleh seorang bijak pandai tempatan bahawa pocong itu mengikuti anaknya kerana hantu tersebut sedang mencari korban.

Pocong merupakan hantu yang tubuhnya dibalut dengan kain putih.

"Saya bimbang berlaku perkara yang tidak diingini. Meskipun kebenaran kata-kata orang bijak pandai itu belum pasti, saya berharap anak saya selalu berada dalam lindungan Yang Maha Kuasa," katanya..

Hantu Penunggu Dikurung Dalam Botol

Hantu Penunggu Dikurung Dalam Botol
Gambar menunjukkan lembaga seperti separuh badan manusia (dalam bulatan) yang dipercayai hantu disimpan dalam sebuah botol selepas ditangkap di rumah Agus, Situbondo.
SITUBONDO, Indonesia - Hantu yang ditangkap oleh seorang ahli paranormal dan disimpan di dalam sebuah botol ini mungkin penunggu yang menjaga tombak lama di pekarangan rumah seorang penduduk tempatan, Agus.

Menurut Agus, paranormal yang menangkap hantu itu menyatakan jika ia berjaya ditangkap, kemungkinan makhluk tersebut merupakan penunggu yang menjaga sesuatu barang.

Tombak itu tertanam di pekarangan rumahnya dan selepas ia ditemui, hanya mata tombaknya sahaja kelihatan.

Menurut Agus, dia tidak mengetahui sama ada tombak itu peninggalan kerajaan zaman dahulu.

Namun, menurut ahli paranormal itu, tombak tersebut merupakan barang kuno.

"Kini, tombak itu sudah dibawa oleh paranormal (penangkap hantu)," katanya.

Akhbar Detikcom turut pernah melaporkan hantu yang kelihatan seperti lembaga separuh badan manusia berwarna putih ditangkap oleh seorang ahli paranormal di rumah Agus ini.

Hantu dalam kereta bomba

gambar hantu sebenar
GAMBAR ahli keluarga Rozaidi yang dirakam di hadapan sebuah jentera bomba yang memaparkan imej misteri wanita berambut panjang (dalam bulatan) di Dataran Merdeka.
KUALA LUMPUR – Seorang pemandu peribadi, Rozaidi Ahmad, terkejut dengan kemunculan imej misteri di dalam gambar yang dirakamnya semasa mengunjungi Hari Bomba Malaysia di Dataran Merdeka  2011.

Menurutnya, imej tersebut yang menyerupai seorang wanita berambut panjang dikesan pada gambar yang dirakam menggunakan kamera digital pada 7 Mei 2011.

“Kami sekeluarga menyedari imej pelik berkenaan dua hari selepas itu semasa anak sulung saya memasukkan gambar-gambar daripada kamera ke komputer riba.

“Kami terkejut apabila ada imej lain yang menyerupai seorang wanita berambut panjang di dalam jentera bomba,” ujarnya kepada media.

Gorila Berjalan Seperti Manusia

Ambam the gorilla
Ambam berjalan seperti manusia
KENT, England - Seekor gorila jantan seberat 220 kilogram di taman haiwan Port Lympne yang boleh berjalan seperti manusia telah menarik perhatian ramai.

Gorila yang diberi nama Ambam menjadi sensasi di laman web YouTube.

Pada kebiasaannya gorila berjalan dengan menggunakan kaki dan tangannya.

Rakaman itu menunjukkan Ambam berjalan seperti manusia dengan menghayunkan kedua-dua tangan untuk mengimbangi badannya.

Penjaga haiwan itu, Ingrid Naisby memberitahu: "Ia (gorila itu berjalan) adalah sesuatu yang luar biasa dalam kalangan gorila tetapi Ambam kerap melakukannya dan ia boleh mengimbangi badannya dengan baik."

Saksikan video di bawah:

Wajah manusia pada labah-labah

Wajah manusia pada labah-labah
SEEKOR labah-labah mempunyai wajah seperti manusia (dalam bulatan) ditemui di Arne, Britain. 
WAREHAM, Britain - Seekor labah-labah yang ditemui di Arne mempunyai wajah seperti manusia.

Seorang pekerja Persatuan Diraja Untuk Perlindungan Burung, Mark Singleton telah menemui labah-labah tersebut.

Menurutnya, labah-labah itu memiliki wajah seperti manusia di bahagian perutnya..

Kanak-Kanak Serigala di Bangkok

keldai dan serigala
SUPATRA SASUPHAN
BANGKOK - Seorang kanak-kanak di Thailand, Supatra Sasuphan digelar 'perempuan serigala' kerana wajahnya yang dipenuhi dengan bulu.

Walaupun kerap diejek oleh rakan-rakan sebaya, Supatra yang tinggal di sana berkata, dia kini amat popular selepas Guinness Book of Records mengiktirafnya sebagai perempuan yang memiliki bulu badan paling lebat di dunia.

"Saya gembira nama saya berada dalam Guinness Book of Records. Ramai orang terpaksa berusaha keras untuk tersenarai tetapi saya cuma perlu menjawab beberapa soalan," katanya.

Kanak-kanak itu merupakan antara 50 penghidap penyakit ganjil dikenali sebagai Sindrom Ambras yang menyebabkan tubuhnya dipenuhi bulu.

Dia memiliki bulu lebat yang tumbuh di seluruh wajah, telinga, tangan kaki dan belakangnya.

Pelbagai kaedah rawatan termasuk rawatan laser setakat ini gagal menghentikan bulu-bulu tersebut daripada tumbuh semula.

Geng samseng rancang bertempur

POLIS berjaya menyekat kemaraan sekumpulan 30 samseng yang berlegar-legar di Waterfront, Ampang sebelum mereka menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana untuk bergaduh.
POLIS berjaya menyekat kemaraan sekumpulan 30 samseng yang berlegar-legar di Waterfront, Ampang sebelum mereka menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana untuk bergaduh.
AMPANG JAYA – Seorang daripada 30 samseng yang disyaki sedang merancang untuk menyambung semula pergaduhan yang tercetus di sebuah flat di Pandan Perdana cedera parah ditembak polis di Tasik Permai di sini semalam.

Sebelum kejadian pukul 2 pagi, sekumpulan lima lelaki dikesan menaiki sebuah kereta jenis Hyundai berlegar-legar di sekitar Ampang Waterfront bersama 13 buah kenderaan lain dipercayai dalam perjalanan menuju ke Flat 700 di Pandan Perdana.

Jarak antara Waterfront dengan Flat 700 kira-kira lapan kilometer.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Md. Nazri Zawawi berkata, polis yang menerima maklumat mengenai rancangan itu menghantar 16 anggota polis dengan menaiki empat buah kereta peronda menuju ke tempat kejadian.

Menurut beliau, polis yang terserempak dengan 14 buah kenderaan berkenaan cuba memeriksa setiap kenderaan tersebut, namun gagal kerana semua kereta itu dipecut laju meninggalkan lokasi tersebut.

Bagaimanapun, Md. Nazri memberitahu, kereta peronda polis berjaya memintas sebuah kereta Hyundai yang dinaiki lima lelaki tersebut.

“Sewaktu seorang anggota polis berjalan menuju ke kereta tersebut, kenderaan terbabit tiba-tiba mengundur dan melanggar kereta peronda polis.

“Selepas itu, empat lelaki daripada kenderaan suspek bersenjatakan parang keluar dan memecahkan cermin kereta peronda polis,” kata beliau pada sidang akhbar di sini.

sumber- Kosmo

Rumah pokok pantau gunung berapi

Rumah pokok pantau gunung berapi
BEBERAPA pelancong Amerika Syarikat berkunjung ke rumah pokok dekat bandar Banos pada Selasa lalu.
QUITO, Ecuador - Seorang warga emas, Carlos Sanchez membantu sekumpulan ahli volkanologi dengan memantau perkembangan gunung berapi Tungurahua dari sebuah rumah di atas pokok dekat bandar Banos.

Sanchez yang berusia 70 tahun menggelarkan dirinya pemantau gunung berapi.

Rumah pokok tersebut terletak sejauh 1.2 kilometer dari gunung tersebut.

Gunung tersebut aktif sejak Oktober 1999.

Rumah tersebut juga dikunjungi para pelancong dari Amerika Syarikat.

Pada Isnin dan Selasa lalu, gunung itu menghamburkan lahar menyebabkan pihak berkuasa meminta penduduk di sekitarnya berpindah. 

sumber- Agensi

Geng Susu Kangkang kecundang

melayu kangkang kasi susu
Ab. Rashid (dua dari kiri) menunjukkan barang rampasan daripada lapan ahli Geng Susu Kangkang pada sidang akhbar di Kajang semalam.
KAJANG – Jika sebelum ini banyak kumpulan penjenayah dilaporkan memilih untuk merompak barang-barang kemas atau kenderaan mewah namun lain pula sasaran penjenayah Geng Susu Kangkang apabila mereka hanya berminat untuk mencuri susu tepung berjenama.

Geng Susu Kangkang sebelum ini dikesan aktif melakukan jenayah tersebut di Perlis dan Kedah namun kegiatan tersebut ditumpaskan apabila beberapa ahlinya diberkas kerana mencuri susu tepung di beberapa pasar raya di kedua-dua negeri itu.

Tidak berakhir di situ, polis daerah ini kemudian mengesan Geng Susu Kangkang juga melebarkan jenayahnya di daerah ini dengan memilih kedai-kedai serbaneka sebagai sasarannya.

Modus operandi Geng Susu Kangkang ialah ahli geng tersebut memakai jubah atau baju kurung dan memasukkan kotak-kotak susu tepung yang dicuri ke celah kangkang masing-masing dan berjalan keluar dari premis yang dicuri.

Bagaimanapun, jenayah Geng Susu Kangkang yang bermula sejak tahun 2010 di daerah ini terbongkar pada 16 Ogos lalu apabila polis berjaya memberkas tujuh lelaki dan seorang wanita yang merupakan saki baki ahli Geng Susu Kangkang yang pernah melakukan jenayah itu di Perlis dan Kedah.

sumber- Kosmo

Pengasas PayPal beri AS$4.2j kepada bekas isteri

Elon Musk
Elon Musk
LONDON - Pengasas perkhidmatan perpindahan wang di laman PayPal, Elon Musk memberikan wang sebanyak AS$4.2 juta (RM13.10 juta) kepada bekas isterinya, Talulah Riley selepas perkahwinan mereka musnah, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Musk menceraikan Riley, 26, selepas dua tahun mereka hidup bersama.

Riley merupakan aktres Britain yang terkenal.

Bagaimanapun, Riley dibenarkan untuk menyimpan jam tangan Cartier dan Gucci, barang kemas dan kereta Tesla Roadster yang berharga AS$110,000 (RM343,327).

Musk merupakan warga Afrika Selatan yang pernah belajar di Universiti Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Dia memperoleh kekayaan dengan melakukan perniagaan secara usahasama bermula dengan perisikan penerbitan Zip2.

Musk juga membantu mencipta PayPal.

PayPal kemudian dibeli e-bay pada harga AS$1.2 bilion (RM3.74 bilion) pada tahun 2002.

Musk turut mengasaskan Tesla Motors yang mengeluarkan kereta elektrik. 

sumber- Agensi

Bahaya muzik reggaeton

Bahaya muzik reggaeton
GAMBAR fail pada 15 Julai lalu menunjukkan beberapa anggota polis mengiringi para peminat muzik reggaeton selepas mereka merosakkan kereta kerana marah selepas konsert muzik itu dibatalkan.
BANDAR RAYA MEXICO - Penduduk di Mexico kini bimbang dengan perkembangan muzik reggaeton yang merupakan gabungan irama hip hop.

Muzik itu dianggap seksual dan ia dipersalahkan kerana beberapa siri kejadian kecurian dan penyeludupan dadah.

Pada bulan lalu, polis membatalkan konsert muzik tersebut yang diadakan di kawasan perumahan Zona Rosa di sini.

Para peminat muzik itu merosakkan kereta dan menduduki sebuah pasar raya tempatan selepas konsert tersebut dibatalkan.

"Jiran-jiran yang tinggal berdekatan dengan kejadian tersebut takut dengan para peminat muzik itu," menurut tajuk sebuah akhbar Reforma.

Muzik itu berasal dari Puerto Rico pada awal tahun 2000.

Para peminat muzik itu berambut mohawk dan bersumbang.

Bagaimanapun, seorang remaja berusia 16 tahun, Donovan Leal berkata: "Saya pergi menari, tidak mengambil dadah tetapi mereka menyatakan saya budak jahat."

Muzik itu diperdengarkan di kelab malam di bandar raya ini yang dianggap oleh para peminatnya sebagai irama yang hebat. 

sumber- Agensi

Bahaya Contact Lens Murah

Bahaya Contact Lens Murah
TAK BERKUALITI...kanta lekap yang menyebabkan penglihatan Nabila menjadi kabur.
KLANG: Gara-gara memakai kanta lekap berwarna jenis murah dan tidak berkualiti, seorang gadis berusia 18 tahun dari Kapar, di sini, kini berdepan masalah penglihatan sehari selepas memakainya.

Nabila Rosli yang membeli kanta lekap itu dengan RM25 sepasang di Seremban, Khamis lalu, berkata sejurus bangun daripada tidur esoknya, dia tidak boleh melihat apabila kedua-dua mata sakit dan membengkak teruk.

Kejadian itu turut menyebabkan penglihatan mata pelajar kolej di Seremban itu menjadi kabur selama dua hari.

Malah, sambutan Aidilfitri yang sepatutnya ceria bertukar muram berikutan dia tidak boleh berjalan jauh disebabkan mata bengkak dan penglihatan kabur.

sumber- HMetro

Ugutan dari Lombok

foto bukep bugil dari Lombok

KAMUNTING: Keluarga arwah Nur Afifah Mohd Zuhari, 16, yang dilarikan lelaki warga Indonesia ke Lombok sebelum meninggal dunia pada 6 Mei lalu mendakwa diganggu penculik anaknya itu dengan menghantar pelbagai ugutan menerusi panggilan telefon dan SMS.

NUR AFIFAH...meninggal dunia di Lombok
NUR AFIFAH...meninggal dunia di Lombok
Ibu Allahyarham Nur Afifah, Hasliza Ismail, 45, mendakwa lelaki itu yang dikenali sebagai Mohamad Yani, 30-an, kerap menghantar SMS dan menelefonnya sejak sebulan lalu dengan menggugut untuk menculik seorang lagi anak perempuannya, Nur Amalina, 18.

“Dia mengugut saya dengan memberitahu, mahu menghantar empat rakannya bagi melarikan Nur Amalina ke Lombok untuk menggantikan arwah Nur Afifah. Saya tidak pasti apa motif mereka berbuat demikian.

“Mungkin mereka tidak puas hati kerana hajat mereka untuk memperdagangkan Nur Afifah dalam sindiket pelacuran tidak tercapai apabila anak saya itu meninggal dunia,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Panglima, di sini, semalam.

sumber- HMetro

Cucuk mata buaya untuk selamatkan diri

Austin Chin mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.
Austin Chin mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak di Kuching semalam.
KUCHING – Tindakan berani seorang remaja menendang kepala dan mencucuk mata seekor buaya dengan jari tangannya berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi korban reptilia ganas itu ketika dia mandi-manda bersama rakan di pantai Pasir Panjang dekat sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 7 pagi itu, Ashley Austin Chin, 14, bersama lima rakan bermandi-manda selepas selesai memancing sebelum kaki kanannya tiba-tiba disambar buaya serta mengheretnya ke dalam air.

Panik diheret dan bergelut kira-kira tiga minit dengan reptilia sepanjang dua meter itu, Ashley terus menjerit dan meronta-ronta.

Dia akhirnya sempat menendang kepala Sang Bedal sebelum reptilia itu cuba pula menerkam kaki kirinya.

“Pada mulanya saya ingat kawan saya bermain dan menarik kaki saya, namun selepas saya berpusing ke belakang, saya ternampak seekor buaya.

“Saya sempat berpusing dua kali dalam air walaupun kaki masih dalam mulut buaya dan tendang kepala sambil mencucuk mata buaya itu dengan jari tangan hinggalah kaki saya dilepaskannya,” ceritanya kepada Kosmo! ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini semalam.

sumber- Kosmo

Pasukan lumba kereta wanita pertama Asia Barat

SAADEH memakai sut perlumbaan semasa dia berlatih di Ramallah, Palestin pada 16 Julai lalu.
RAMALLAH, Palestin - Seramai enam orang yang terdiri daripada wanita penganut Islam dan Kristian yang berusia 20-an dan pertengahan 30-an bergabung membentuk sebuah pasukan perlumbaan kereta.

Mereka merupakan pasukan lumba kereta wanita yang pertama di Asia Barat.

Pasukan itu diketuai oleh Maysoon Jayyusi, 36, dan antara anggotanya ialah Mona Ennab, 26, serta Betty Saadeh, 31.

Penubuhan pasukan itu ditaja oleh British Council.

Anggota-anggota pasukan itu dicari oleh Ketua Persekutuan Motosikal dan Sukan Bermotor Palestin, Khaled Qaddoura.

Jayyusi, Ennab dan Saadeh pada mulanya menyembunyikan daripada pengetahuan ibu bapa tentang kerjaya mereka itu.

Namun, laporan akhbar menyebabkan ibu bapa mereka mengetahui tentang kerjaya anak masing-masing sebelum memberi sokongan.

"Saya mahu bertanding pada pertandingan Formula Satu," kata Saadeh tentang cita-citanya. 

sumber- AFP

Haiwan jilat ais untuk sejukkan badan

Haiwan jilat ais untuk sejukkan badan
SEKETUL ais dijilat seekor lemur.
ROM, Itali - Haiwan-haiwan di Zoo Bioparco di sini diberikan ais pelbagai perisa untuk dijilat bagi menyejukkan badan semasa cuaca terlalu panas.

Beberapa ekor harimau dan singa diberikan ais pelbagai perisa itu manakala monyet mendapat buah-buahan dan tembikai sejuk.

Menurut seorang kakitangan zoo dalam satu kenyataan kelmarin, para pekerja berusaha untuk membantu 1,000 ekor haiwan untuk menghadapi cuaca panas kerana suhu meningkat hampir 40 darjah Celsius.

Harimau dan singa itu diberikan ketulan ais pelbagai perisa yang besar. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...