Sunday, July 8, 2012

5 labah-labah paling berbahaya di dunia

Berikut adalah 5 labah-labah yang paling berbahaya di dunia.gigitan atau sengatannya boleh membawa maut.Banyak faktor boleh di ambil tentang labah-labah berbahaya ini.Antaranya ialah habitat atau tempat asal labah-labah tersebut,saiznya dan yang paling penting ialah kekuatan toksid beracun atau bisa sengatannya.Walau pun terdapat anti venom atau penawar racun labah-labah tersebut,kekuatannya mampu membunuh manusia jika tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

Labah-Labah Redback


Hidup di bumi Australia.Labah-labah betina paling berbahaya dan mudah dikenali dengan satu garisan berwarna merah atau oren yang terang dibelakangnya.Mempunyai bisa yang telah membunuh beberapa orang penduduk di Australia.Bisanya menyebabkan kesakiatan yang amat sangat di tempat gigitan,,otot menjadi lemah,rasa mual atau muntah serta berpeluh dengan banyaknya. Mempunyai bisa yang mampu menyerang saraf manusia serta boleh menyebabkan sawan serta merta jika tidak dirawat segera.Dilaporkan hampir 250 kes gigitan dilaporkan di Australia setiap tahun ,namun kewujudan anti venomnya mengurangkan risiko kematian sekarang,namun ada yang menyatakan lebih banyak kes yang turut tidak dilaporkan.

Labah- labah Tree Dwelling Funnel Web


Juga berasal dari Australia,terutama disebelah timur.Labah-labah jantan merupakan paling berbisa.Dengan warnanya yang biasa untuk labah-labah,kelabu kehitam-hitaman,labah-labah ini sangat agresif dan menyerang apabila merasakan dirinya terancam.Bisanya boleh menyebabkan rasa terbakar yang kuat,berpeluh,serta saraf terganggu.Di laporkan banyak kematian sebelum anti venom dihasilkan.banyak haiwan dikatakan mampu bertahan dengan bisanya namun ,sangat berkesan terhadap manusia sehingga boleh membawa maut jika tidak dirawat dengan segera.Jika anda digigit oleh labah-labah jantan,cepat-cepatlah mendapatkan rawatan kerana,bisanya 5 kali ganda dari labah-labah betina.

Labah-labah Brazilian Wandering


Berasal dari hutan Amerika Selatan.Walaupun sering dijumpai di lantai hutan ,ia turut menghuni di dalam rumah!Merupakan labah-labah yang agresif apabila merasakan dirinya terancam.Mendapat jolokan labah-labah pisang kerana paling mudah ditemui pada pokok pisang.Namun anda perlu berhati-hati kerana labah-labah ini merupakan labah-labah paling beracun di Amerika Selatan.Percaya tak gigitan atau suntikan bisa dari taringnya sebanyak 0.006mg boleh menyebabkan kematian.Labah-labah ini mempunyai venom neorontoksin,iaitu mampu menyerang saraf manusia yang meyebabkan kesakitan yang amat kuat.


Labah-labah Brown Recluse.


Merupakan sejenis labah-labah yang berbahaya.Pada peringkat awal gigitannya tidak disedari,namun selang beberapa jam kemudian bintik merah akan muncul pada tempat gigitan.Jika tidak dirawat bisanya boleh menyebabkan lapisan kulit seolah olah cair atau terbakar dan semakin merebak.Ianya sukar dirawat terutama jika banyak lapisan kulit yang sudah rosak teruk.Labah-labah yang berasal dari benua Amerika ini sebenarnya sangat kecil.serta diberi nama labah-labah biola oleh kerana bentuk badanya seperti biola.Ramai yang menemui ajal akibat labah-labah ini kerana gagal mendapatkan rawatan awal serta kesan gigitan yang dijangkiti kuman.

Black Widow


Rasanya labah-labah ini sudah dikenali ramai.Berasal dari benua Amerika ,gigitan dari labah-labah betina boleh membunuh manusia.Labah-labah betina selepas mengawan dengan labah-labah jantan akan membunuh pasanganya .Di badannya terdapat tanda merah seolah-olah jam waktu pasir. Gigitanya selalunya tidak disedari,namun dua tanda merah akan muncul,selepas gigitan,mangsa akan mengalami kekejangan otot,demam,sesak nafas, muntah-muntah, meningkatkan tekanan darah serta berpeluh tanpa henti. Tanpa rawatan awal boleh menyebabkan kematian

sumber- lovehijau

17 comments:

  1. kadang2 dalam rumah kita sndri pun ada labah-labah besar...

    ReplyDelete
  2. hahaha dalam post kt blog i ade cite pasal arachinifobia
    haha actually takut
    tapi take crazy step nak overcome tkut
    dengan membela tarantula

    ade tu ha dalam aquarium.hahahahha

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. cait
      spiderwoman tak hot
      hahaha
      catwoman lagi hot :P

      Delete
    2. x suke catwoman... nanti cakar.. sakit...

      Delete
    3. kucing pndi simpan kuku

      labah2 tak reti simpan taring. hehehhee

      Delete
    4. lelabah x pandai curi ikan... so, baik bela lelabah dari kucing yang secara terang2 suka mencuri...

      Delete
    5. labah2 mane makan ikan hehehe bukan nature die

      kucing kalu bela elok2 bg makan.die tak curi :)

      Delete
    6. auta.. kucing 5zol si 'Boyot' tuh siap pandai bukak pti ais.. padahal dah kasi makan 3 kali shari.

      Delete
    7. setiap makanan die kene
      ade lain2 set piramid makanan.
      haaaaa.bru la die tak wat cmtu.

      Delete
    8. makanan yg 5zol kasi bukan sbrgan.. kfc (tapi tulang je la) , nugget (yg dah sejuk x abis makan) n mcm2 lagi.. tu pun still nk mncurik..

      Delete
    9. laaaaaaaaaa
      bagi sisa memg la die marahh

      Delete
    10. ala... ok la tuh dri kucing tepi jln cri mkn sndri...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...