DERITA... proses membuang kolagen pada wajah Pian yang disiarkan pada facebook artis itu. |
MENYESAL... Pian menunjukkan kesan suntikan kolagen. |
KUALA LUMPUR: “Saat itu, saya berasa sakit yang tidak tertanggung. Bayangkan, saya dalam keadaan sedar ketika jarum ditusuk ke kulit.
“Sebelah punggung saja memerlukan kira-kira 380 batang jarum dan bayangkan saya suntik kedua-dua belah. Ini bermakna ada 760 batang jarum pada punggung,” kata artis kontroversi, Pian Cecupak menceritakan kesakitan ditanggung ketika membuat suntikan kolagen pada punggung.
Selain punggung, Pian atau nama sebenarnya Mohd Rafiq Abdul Rahman, 41, turut melakukan suntikan kolagen pada kedua-dua pipi, dagu dan hidung dengan kos mencecah puluhan ribu ringgit..
“Saya mengaku membuat suntikan itu lapan tahun lalu. Namun, itulah kali pertama dan terakhir saya lakukannya. Disebabkan mahu kulit lebih mulus dan anjal di samping bentuk punggung menarik, saya tak fikir risiko yang bakal ditanggung,” katanya kepada Metro Ahad.
sumber- HMetro
0 comments:
Post a Comment