Sunday, July 8, 2012

Gambar Hantu Wanita Di Hospital Paling Berhantu Di Dunia

Dari jauh kelihatan imej hantu wanita misteri yang bersandar di dinding.

Pada september 2006, Halstead dan pasukannya menyiasat aktiviti paranormal yang dikatakan berlaku di sebuah bekas hospital batuk kering yang beroperasi pada awal 1900- an. Bekas hospital itu dikatakan diantara salah satu lokasi paling berhantu didunia. Rekod mendapati berlaku 63,000 kes kematian sepanjang hospital itu beroperasi.

Jam menunjukkan pukul 6 pagi. Halstead segera ke tingkat empat untuk meninjau keadaan disana.Secara tiba-tiba, dia terasa keadaan disekelilingnya amat dingin. Bulu romanya tegak berdiri. Lalu, dia mengambil kameranya dan merakam gambar di kawasan tersebut secara spontan. 

Pada keesokan harinya , semasa hendak mencuci kepingan filem yang di ambilnya semalam.  Beliau melihat ada satu imej seseorang yang berdiri di tepi dinding bilik tersebut. Padahal, tiada sesiapa di bilik itu malam tadi melainkan tanda- tanda aneh kehadiran entiti hantu.


Imej hantu itu berupa seorang perempuan muda ( linkungan diantara umur 17-18 tahun ), berambut hitam ikal mayang dan memakain gaun. Gambar yang berjaya merakamkan imej hantu wanita muda itu dianugerahkan anugerah & “Best Ghost Evidence” di First Paranormal Awards Ceremony pada majlis Ghost World Conference.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...