GAMBAR fail pada 15 Julai lalu menunjukkan beberapa anggota polis mengiringi para peminat muzik reggaeton selepas mereka merosakkan kereta kerana marah selepas konsert muzik itu dibatalkan. |
BANDAR RAYA MEXICO - Penduduk di Mexico kini bimbang dengan perkembangan muzik reggaeton yang merupakan gabungan irama hip hop.
Muzik itu dianggap seksual dan ia dipersalahkan kerana beberapa siri kejadian kecurian dan penyeludupan dadah.
Pada bulan lalu, polis membatalkan konsert muzik tersebut yang diadakan di kawasan perumahan Zona Rosa di sini.
Para peminat muzik itu merosakkan kereta dan menduduki sebuah pasar raya tempatan selepas konsert tersebut dibatalkan.
"Jiran-jiran yang tinggal berdekatan dengan kejadian tersebut takut dengan para peminat muzik itu," menurut tajuk sebuah akhbar Reforma.
Muzik itu berasal dari Puerto Rico pada awal tahun 2000.
Para peminat muzik itu berambut mohawk dan bersumbang.
Bagaimanapun, seorang remaja berusia 16 tahun, Donovan Leal berkata: "Saya pergi menari, tidak mengambil dadah tetapi mereka menyatakan saya budak jahat."
Muzik itu diperdengarkan di kelab malam di bandar raya ini yang dianggap oleh para peminatnya sebagai irama yang hebat.
sumber- Agensi
0 comments:
Post a Comment