Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, July 11, 2012

Jakim 'buru' kumpulan suspek amuk

Amuk di JPM
Amuk di JPM
KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah mengesan kumpulan yang dianggotai seorang lelaki dan seorang wanita yang mengamuk di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata Jakim juga diminta meneliti sama ada kumpulan itu berkaitan dengan agama atau ajaran lain.

"Saya akan periksa dengan Jakim. Adakah kumpulan itu bersifat keagamaan?," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian sambutan 20 Tahun Penubuhan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di Kompleks IKIM di sini, hari ini.

Beliau mengulas kejadian amuk oleh Khalil Afandi Hamid, 47, yang mendakwa dirinya Imam Mahadi, dan seorang wanita berusia 28 tahun.



"Jakim akan mengambil perhatian perkara ini. Ini bukan hanya soal Imam Mahadi sahaja, tapi ini soal keselamatan JPM," katanya.

Jamil Khir juga berkata semua jabatan kerajaan perlu meningkatkan tahap keselamatan masing-masing supaya keselamatan pekerja dan pelawat terjamin.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis akan menyiasat sama ada dua suspek itu menganggotai kumpulan ajaran sesat.

Khalil Afandi meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari manakala wanita itu terkena tembakan di paha kanan dan dirawat di hospital sama.

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, kegiatan ajaran sesat perlu dibanteras segera untuk mengelaknya daripada menular dalam masyarakat.

Sambil menyifatkannya sebagai berbahaya, beliau menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya sentiasa memantau laman sesawang tertentu untuk mengenalpasti ajaran yang pelik dan songsang.

"Kita berharap pihak-pihak tertentu dapat membanteras gejala ini selain meneliti ajaran yang diikuti lelaki itu. Gejala seumpama ini berbahaya.

"Selain itu, keselamatan pemimpin kita yang suka turun padang juga perlu sentiasa dipastikan," katanya.

sumber- Bernama

Seksaan jam 2 pagi

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga yatim piatu didakwa diperlakukan seperti ‘hamba abdi’ oleh ibu dan bapa saudaranya sejak sebulan lalu.

Kanak-kanak itu mendakwa dia bukan saja dipaksa bangun tidur seawal jam 2 pagi untuk melakukan pelbagai kerja rumah seperti mengemas dan mencuci pakaian serta tandas, malah jika enggan atau lewat berbuat demikian dia ditampar, diterajang serta dipukul dengan penyangkut baju serta rotan.

Bagaimanapun, penderitaan kanak-kanak berkenaan yang didera pasangan suami isteri berusia 30-an itu berakhir jam 1.30 tengah hari kelmarin apabila diselamatkan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas mangsa menceritakan kejadian dia didera kepada guru di sekolahnya.



Sebaik menceritakan kejadian itu kepada gurunya yang kemudian memaklumkan kepada JKM, sepasukan anggota polis bergegas ke rumah pasangan terbabit di Bandar Mahkota, di sini, sebelum menahan kedua-dua mereka untuk siasatan lanjut.

Sumber polis berkata, rahsia penderitaan mangsa terbongkar selepas kanak-kanak itu mengadu kepada guru sekolahnya mengenai kekejaman ibu dan bapa saudaranya.

sumber- HMetro

Rugi RM2,000 dipukau

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 28 tahun mendakwa kerugian lebih RM2,000 apabila dipukau seorang lelaki dalam kejadian di sebuah bank di Brickfields, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa mendakwa pergi ke bank berkenaan untuk memasukkan wang dalam akaun miliknya.

Menurut sumber, mangsa dihampiri suspek yang berusia lewat 30-an lalu menepuk bahunya.

“Berikutan itu, mangsa mendakwa dia khayal lalu menyerahkan wang kepada lelaki terbabit.

“Mangsa mendakwa menyedari kehilangan wang selepas 10 minit kemudian,” katanya.



Mangsa membuat laporan di Balai Polis Brickfields, di sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian berkenaan dan memberitahu siasatan lanjut masih dilakukan.

sumber- HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...