Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, July 19, 2012

Bayi lima bulan koma dipercayai didera pengasuh

Bayi lima bulan koma dipercayai didera pengasuh
Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan koma dipercayai didera. 

Bayi lima bulan koma dipercayai didera pengasuh
Bapa mangsa menunjukkan gambar anaknya yang kini sedang dalam rawatan.
ALOR SETAR - Seorang bayi lelaki berusia lima bulan, koma selepas mengalami pendarahan otak dipercayai akibat hentakan kuat pada kepala hujung bulan lalu.

Ia kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Kejadian malang yang menimpa Muhammad Taufiq Daniall Amriizwan, dipercayai berlaku sewaktu berada dalam jagaan pengasuhnya yang berusia lingkungan 50-an, di Kulim.

Ibunya, Rosmira Ramli, 28, berkata, Muhammad Taufiq menjalani pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian otak pada hari dimasukkan ke hospital iaitu 20 Jun lalu.

"Namun sehingga hari ini, bayi saya masih tidak sedarkan diri dan dimaklumkan oleh doktor bahawa peluang untuk sembuh agak tipis," katanya kepada media di pekarangan HSB, hari ini.

Beliau tidak mengetahui punca kejadian dan hanya dimaklumkan pengasuh bahawa bayinya tiba-tiba tidak sedarkan diri dan kebiruan.

"Pengasuh maklumkan bahawa dia sempat memberi susu dan sendawakan bayi saya sebelum membiarkannya tidur sementara pergi melihat kanak-kanak lain dalam jagaannya.

"Namun tidak lama kemudian, dia kata terdengar suara bayi saya menangis dengan kuat sebelum menyedari Muhammad Taufiq bertukar kebiruan dan tidak sedarkan diri," katanya yang bekerja di sebuah pasar raya di Kulim.

Rosmira berkata, hasil pemeriksaan doktor menunjukkan bahawa Muhammad Taufiq mengalami pendarahan otak dan ia hanya boleh berlaku akibat hentakan kuat.

"Saya hairan bagaimana perkara itu berlaku sedangkan pengasuh mendakwa tidak tahu apa-apa dan hanya sedar apabila bayi saya tidak sedarkan diri.

"Apatah lagi apabila Muhammad Taufiq berada dalam keadaan sihat dan aktif pada sebelah pagi sebelum dihantar ke rumah pengasuh pada hari kejadian. Apa pun saya serahkan kepada polis untuk siasat," katanya yang agak kesal dengan kejadian itu.

Susulan itu, satu laporan dibuat oleh doktor dari jabatan kanak-kanak Hospital Kulim pada 20 Jun di Balai Polis Kulim manakala laporan kedua dibuat bapa mangsa, Amriizuan Ibrahim, 29, pada keesokan harinya di Balai Polis Langgar (Kota Setar).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh mengesahkan menerima laporan mengenai kes berkenaan dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana kecuaian.

"Tiada unsur dera sebab tiada kesan cedera pada luaran badan mangsa. Polis sudah merakamkan keterangan pengasuh sebelum menyerahkan laporan siasatan kepada pihak pendakwaan," katanya.

sumber- Sinar

Konstabel maut terjatuh menara telekomunikasi

Anggota polis maut terjatuh menara telekomunikasi
Anggota polis maut terjatuh menara telekomunikasi. 

Anggota polis maut terjatuh menara telekomunikasi
Seorang pegawai polis menunjukkan menara telekomunikasi yang terletak di pekarangan Ibu Pejabat Polis Sepang, hari ini.
SHAH ALAM - Seorang anggota polis maut selepas terjatuh menara komunikasi bersebelahan bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Sepang, Deputi Superintendan Zaldino Zaludin berkata, mangsa, Konstabel Mohd Urin Subaiton, 27, dilihat memanjat menara komunikasi setinggi 60 meter itu ketika peserta kursus lain sedang berehat untuk minum pagi.

Mangsa dari Bahagian Tugas Am, Balai Polis Sungai Buloh menyertai kursus asas menunggang motosikal ringan kelas B2 selama lima hari di IPD Sepang, bermula Isnin lalu.

Zaldino berkata, sebelum kejadian berlaku jam 10.15 pagi itu, mangsa difahamkan baru sahaja keluar untuk ke tandas, kira-kira 10 minit sebelum waktu rehat kursus yang dihadirinya berakhir.

Menurutnya, terdapat pegawai serta anggota lain yang menyedari tindakan mangsa dan cuba memujuknya untuk turun dari menara terbabit.

"Mangsa tidak mengendahkan pujukan itu, sebaliknya terus terjatuh dari menara tersebut.

"Mangsa yang cedera parah di kepala dan tapak kaki meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan.

Zaldino berkata, setakat ini, motif kejadian dikenal pasti ada kaitan dengan masalah kemurungan.

Katanya, menurut peserta yang menginap bersama mangsa sepanjang kursus dijalankan, mangsa gemar bersendirian dalam bilik dan tidak banyak bercakap dengan peserta lain.

"Semakan yang dibuat mendapati, mangsa tiada masalah disiplin dari segi tatacara kerja atau terlibat dadah," katanya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut dan mayat mangsa berasal dari Semporna, Sabah itu dihantar ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat.

Zaldino berkata, mangsa berkhidmat bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) selama tiga tahun sejak 16 Julai 2009.

sumber- Sinar

Leka mandi berbogel

Leka mandi berbogel
Antara 20 tukang urut yang ditahan dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.
PUCHONG – Keasyikan pengunjung dan tukang urut mandi berdua-duaan dalam keadaan berbogel sebelum ke babak melakukan seks di sebuah premis rumah urut di Bandar Puteri di sini terbantut selepas dicekup pihak berkuasa, dalam Ops Noda, lewat malam kelmarin.

Ketika serbuan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang menyerbu premis terbabit, tukang urut didapati leka memandikan pelanggan masing-masing di atas katil dalam bilik air.

Tiga pasangan lain pula melakukan urutan badan ke badan (B2B) tanpa seurat benang.

Difahamkan, premis terletak di tingkat tiga bangunan tidak mempunyai papan tanda dan beroperasi antara jam 10 hingga 3 pagi itu menawarkan khidmat urutan B2B, mandi buih dan hubungan seks.

Beberapa kondom terpakai, minyak pelincir dan ratusan pil dipercayai bagi menguatkan stamina ketika melakukan hubungan seks turut ditemui ketika serbuan.

Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abd Razak Elias berkata, serbuan diketuai Pegawai D7, Inspektor Roslin Mohd Isa dan Ketua Polis Balai Puchong, Inspektor Hailmi Zil Azam Nordin menyerbu dua premis di One Puchong dan Bandar Puteri.

Menurutnya, 20 tukang urut masing-masing enam warga Vietnam, 10 warga Thailand dan empat warga China menggunakan pas lawatan sosial serta 12 pelanggan warga tempatan berusia antara 20 hingga 30-an dicekup.

Katanya, pengusaha rumah urut itu menawarkan pakej istimewa kepada pelanggan dengan memberikan khidmat percuma selepas 10 kali berkunjung ke premis itu.

“Setiap tukang urut dipercayai mampu melayan hampir 10 pelanggan berdasarkan kad kerja diperiksa,” katanya.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...