Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, November 25, 2012

iSAVE YOU dijamin selamat, mesra alam

MAJORITI pembikin kereta seluruh dunia sejak berdekad lalu, menganggap beg udara keselamatan hanya sesuai ditempatkan di kawasan tempat duduk dalam sesebuah kenderaan.

iSAVE YOU
Kusyen penyerapan hentaman berasaskan span lembut berfungsi sebagai penyerap hentakan.
Namun kini, sekumpulan penyelidik Jepun berjaya menukar anggapan itu dengan mencipta produk terbaru iaitu kereta elektrik dibaluti kusyen atau dengan lebih tepat sebagai beg udara.

Syarikat pengeluar kereta iSAVE YOU, Humanix, mendedahkan kereta yang memiliki tiga tayar ini adalah satu daripada kenderaan elektrik paling selamat di dunia.

"Sebenarnya rangka kereta ini seperti kereta golf yang bahagian luarnya dibaluti dengan beg udara berkusyen yang berfungsi sebagai pembidas hentakan.

"Kereta ini sesuai untuk golongan tua dan kurang upaya," kata Presiden Humanix, Profesor Tsutomu Masujima.

iSAVE YOU kini dalam persediaan untuk dipasarkan pada harga 790,000 yen (RM29,326). 

sumber- MailOnline

Fosil penguin gergasi ditemui

BUENOS AIRES - Sekumpulan penyelidik Argentina berjaya menjumpai fosil penguin yang dianggar berusia 34 juta tahun dan berketinggian kira-kira dua meter di benua Antartika.

rangka penguin
Rangka rahang penguin gergasi menunjukkan perbezaan ketara dari segi saiz berbanding rangka penguin zaman kini.
Pakar Paleontologi dan Muzium Sains Alam wilayah La Plata mendedahkan, baha rangka hidupan akuatik berkenaan ditemui dalam kawasan ais di benua sejuk selatan.

gambar penguin
Rangka rahang penguin gergasi menunjukkan perbezaan ketara dari segi saiz berbanding rangka penguin zaman kini.
"Ini penguin terbesar yang pernah ditemui berdasarkan ketinggian dan jisim badan," kata pakar Carolina Acosta yang menyatakan rekod penguin terbesar sebelum ini dipegang  penguin Maharaja yang berketinggian 1.2 meter.

Ketua Penyelidik, Marcelo Reguero berkata, penemuan pada Selasa lalu, adalah satu petunjuk dalam kajian mereka yang mencari jawapan kepada susur galur keturunan penguin sehingga hari ini. 

sumber- AFP

Gambar sebelum dan selepas berbadan sasa

Ramai lelaki mengimpikan badan yang sasa serta tegap. Ianya bukanlah sesuatu yang mudah jika seseorang itu tidak mempunyai disiplin yang tinggi serta tidak mampu mengawal diet pemakanan. Berikut adalah beberapa gambar lelaki sebelum dan selepas memiliki badan yang sasa.

bina badan
ahli bina badan
badan berotot
badan gagah
badan berotot
bina badan
bina badan
badan berotot
bentuk badan hebat
badan sasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...