Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, February 28, 2013

Pura-pura mengandung bagi mendapat tempat duduk dalam tren

Seorang wanita Beijing yang berpura-pura mengandung bagi mendapat tempat duduk di dalam tren menimbulkan kemarahan ramai. Peliknya, dia sendiri mengecam syarikat pembekal peralatan silikon perut palsu tersebut kerana membuatkan temberangnya pecah.

perut palsu
Antara contoh perut palsu yang dijual di Internet
Wanita yang cuba meraih simpati dengan memakai perut palsu bagi mendapatkan tempat duduk di dalam tren yang sesak tersebut, pecah temberang apabila tali yang diikat antara peralatan itu dan juga pinggangnya longgar serta terbuka.

Wanita yang dikenali sebagai Zhang itu membuat aduan kepada Biro Komersil China dengan mengatakan dia membeli perut silikon tersebut pada harga 300 yuan dan ianya dinyatakan terlalu realistik.

Zhang dilaporkan membeli peralatan ini secara talian tetapi tidak dinyatakan dari mana dia membelinya. Laman sesawang Taobao.com menjual perut silikon untuk digunakan sebagai prop lakonan pada harga antara 300 hingga 1,650 yuan.

Namun begitu, aduan Zhang terpaksa ditolak kerana terdapat pertikaian tujuan kegunaannya dan ianya tidak wajar untuk digunakan bagi aktiviti harian sepertimana yang dilakukan Zhang.

Semenjak itu, Zhang menjadi perbualan hangat akibat penipuan yang dilakukan dan juga aduannya yang dianggap lucu.

Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati

Selepas kekecohan yang berlaku di wilayah Kyaukphyu, Myanmar tidak beberapa lama dahulu, seorang jurugambar telah menziarahi kawasan tersebut. Apa yang ditemuinya benar-benar menyedihkan. Jurugambar yang dikenali sebagai Minzayar ini telah mengambil gambar dimana seekor anak anjing tidak mahu berganjak dari sisi ibunya yang telah mati.

Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati

Ketika saya berjalan di kawasan perkampungan yang terbakar, saya terlihat sesuatu yang amat menyentuh perasaan. Sebelum mengambil gambar, saya bertanyakan penduduk setempat jika ada sesiapa yang mahu memelihara anak anjing. Tiada sesiapa yang sanggup kerana mereka sendiri sudah cukup menderita akibat persengketaan yang berlaku.

Kemudian saya meletakkan kamera dan duduk sambil memerhatikan anak anjing tersebut. Dari lubuk hati, terpendam perasaan simpati, tangisan, dan kesedihan dengan apa yang berlaku. Saya mengambil gambarnya dan menggosok kepalanya. Dalam keadaan manja dan dahagakan kasih sayang, dia menjilat tangan saya. Kemudiannya saya mengambil gambarnya sekali lagi.


Kisah sedih anak anjing yang enggan meninggalkan ibunya yang telah mati


Beberapa ketika sebelum perlu melangkah pergi, saya terfikir untuk membawa anak anjing tersebut pulang ke hotel. Tanpa disedari rupanya terdapat seorang lelaki tempatan yang memerhatikan saya dan anak anjing tersebut. Dia mengatakan bahawa dia juga mahu memelihara anak anjing itu tetapi tidak terdaya kerana kemiskinan. Akhirnya kami memutuskan untuk menghantarnya ke kuil Buddha yang terletak di kampung itu.

Di Myanmar, kuil Buddha dianggap tempat suci dan aman berbanding tempat-tempat lain. Saya percaya apa yang saya lakukan adalah terbaik untuknya. Saya pasti akan menziarahinya semula pada masa akan datang.

Wednesday, February 27, 2013

Anjing polis membawa pistol di Thailand

Seekor anjing dari pasukan polis Thailand diberikan pistol seperti seorang anggota polis sebenar. Semenjak gambar-gambar ini tersebar, perkara tersebut menjadi persoalan apakah motif sebenarnya. Gambar ini telah ditangkap di kawasan hotel di sekitar Pattaya iaitu salah sebuah kawasan pelancongan terkenal di Thailand.

Anjing polis membawa pistol di Thailand

Jika ianya bertujuan sebagai langkah keselamatan, tindakan tersebut adalah wajar kerana senjata api lebih selamat berada pada haiwan berbanding pada tangan manusia. Walaupun berada di tangan seorang penguatkuasa, belum tentu ianya digunakan untuk kebaikan. Apa yang merisaukan orang ramai ialah, takut jikalau senjata api yang berada pada anjing itu dirampas dengan mudah oleh penjenayah.

Anjing polis membawa pistol di Thailand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...