Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, June 26, 2012

Hantu Kum Kum

hantu kum kum
Asal hantu kum-kum dikatakan bermula dengan seorang wanita yang mengamalkan ilmu mencantikkan muka. Tetapi salah satu pantangnya merupakan dia tidak boleh melihat cermin selama 10 hari/sesetengah cerita menyatakan sebulan. Semenjak hari itu semua orang memuji-muji kejelitaan wanita itu dan menyebabkan dia tidak sabar dan melihat wajahnya di cermin pada hari terakhir. Akibatnya mukanya menjadi buruk, dan setelah dia menemui kembali gurunya, dia diberitahu bahawa mukanya hanya akan kembali cantik setelah dia menyapu mukanya dengan darah vagina perawan. Disebabkan itu wanita itu merayau-rayau mengetuk pintu rumah bagi mencari mangsa sambil berkata "Kum-Kum" sambil mengenakan hijab. 

Matlamat
Matlamat hantu kum-kum dikatakan memulihkan wajah penuntutnya yang terlanggar pantang.

Penelitian secara ilmiah
Hantu kum-kum merupakan cerita hantu moden yang mula berkeliaran sekitar 1970-an ketika kebangkitan kesedaran semula Islam dikalangan orang-orang Melayu. Ketika itu, para pemudi mula mengenakan hijab dan perkara ini tidak disenangi oleh kumpulan yang mengenakan skirt mini. Dengan itu hantu kum-kum dicipta sebagai sindiran kepada kumpulan yang memegang kepada ajaran Islam ketika itu. Hantu kum-kum juga kembali popular ketika kumpulan al-Arqam (sudah diharamkan tetapi masih aktif sebagai kumpulan Rufaqa') mula aktif di Malaysia yang menyaksikan pemakaian purdah yang di kalangan wanita pengikut kumpulan itu. Purdah adalah sejenis pakaian yang menutup hampir keseluruhan diri wanita kecuali mata.

Artikel ini adalah untuk rujukan pengetahuan sahaja.
sumber-wikipedia

Bajang

gambar hiasan
Bajang merujuk kepada sejenis makhluk halus, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan memudaratkan musuh. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka. Bajang merupakan makhluk syaitan yang dipuja daripada mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan syaitan jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing kucing hitam. Bajang seringkali menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya. Bajang akan dikawal oleh pemiliknya dan akan disimpan di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya hendak mengenakan musuhnya. Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya. Bajang boleh dihindari dengan menggunakan tangkal atau azimat. Tidak ada cara membunuh bajang tetapi biasanya sekiranya tuannya diketahui, dia akan dibunuh atau diusir dari kampung tersebut. Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan.

Status 
Hantu bajang adalah sejenis makhluk halus yang dipelihara oleh manusia. Ia perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya setiap bulan penuh. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, bajang akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.

Matlamat
Hantu bajang biasanya dibela oleh seseorang bagi menjaga keselamatan diri daripada serangan haiwan buas, menjaga ladang daripada serangan perosak tanaman, membuat kerja berat seperti membersihkan kawasan untuk berhuma dan bagi memusnahkan saingan. Hantu bajang perlu diwarisi, iaitu ia perlu diberikan kepada pengganti apabila seseorang itu hampir mati, biasanya anak atau cucu kepada pemilik asal.

Kelebihan
Bajang biasanya dipelihara bagi tujuan membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.

Kelemahan
Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Bajang akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.

Artikel ini adalah untuk rujukan pengetahuan sahaja.
sumber-wikipedia

Toyol

hantu toyol

Hantu toyol merujuk kepada sejenis makhluk halus dalam kepercayaan Melayu, kemungkinannya dari golongan jin/syaitan, yang dipelihara bagi tujuan mencuri. Hantu toyol ini dikatakan berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Pemeliharaan makhluk halus ini dikenali sebagai saka.

Matlamat
Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.

Kelebihan
Toyol mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.

Bahan-bahan
Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari/setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.

Kelemahan
Pengamal ilmu sihir atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam agama Islam.

Sekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, pemilik toyol perlu mendapatkan tuan pengganti, atau menghantar toyol itu balik ketempat ia dibeli, atau ia perlu dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.

Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (mungkin ketam atau telur), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. kacang hijau yang diletakkan kedalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Selain itu, ikan puyu yang dipelihara di dalam akuarium mampu dapat melalaikan toyol dan toyol akan tidak akan berhasrat mengambil wang dari mangsanya.

Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Mungkin Kerana kata orang tua-tua yang mengatakan bahawa "budak-budak jangan pegang duit banyak banyak". Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.

Penelitian secara ilmiah
Secara ilmiah, toyol hanyalah satu helah pencuri yang bergerak aktif disesuatu tempat. Sekiranya terdapat toyol sebenar, tuan toyol boleh mendapatkan wang yang lebih banyak hanya dengan membuat pertunjukkan, tanpa perlu mencuri.


Artikel ini adalah untuk rujukan pengetahuan sahaja.

sumber-wikipedia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...