Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Seorang lelaki British yang sedang bercuti diangkat sebagai wira setelah melakukan kerja gila dengan menangkap ekor jerung dengan menggunakan tangan kosong bagi menjauhkan ia dari kanak-kanak yang sedang bermain dikawasan cetek di pantai Australia.
Paul Marshallsea, 62, mendapat pujian dari pengawal pantai setelah bergegas dari tempat membakar babeku ke pantai bagi memastikan kanak-kanak selamat. Insiden tersebut sempat dirakamkan oleh krew televisyen yang kebetulan berada berhampiran. "Jerung tersebut datang ke kawasan yang cetek kira-kira lima hingga enam kaki dari kanak-kanak yang sedang bermain. Saya terus menangkap jerung tersebut dengan memegang ekornya."
Marshallsea yang berasal dari South Wales amat bernasib baik kerana dapat melepaskan diri tanpa sebarang kecederaan. "Ia toleh belakang dan cuba menggigit saya. Gigitannya hampir mengenai kaki saya dan ia berlaku dengan pantas." Tambahnya lagi, dia bukan sahaja ingin menyelamatkan kanak-kanak yang sedang bermain, tetapi turut ingin menyelamatkan jerung itu sendiri.
"Jerung tersebut mungkin berbahaya tetapi sebenarnya ianya haiwan yang cantik dan kita harus menghormati haiwan sebegitu. Orang ramai mungkin mengatakan ianya perbuatan yang bodoh, namun apabila kita bergelut dengan raksasa cantik yang begitu terdesak, kita seharusnya menghormati dan membantunya. Saya memegang ekor jerung tersebut dan menariknya ke air yang cukup dalam supaya ia boleh selamat."
Insiden ini telah dirakamkan oleh krew televisyen di kawasan tumpuan pelancong di Bulcock Beach yang terletak di Australia’s Sunshine Coast di Queensland.
Tippi berkawan dengan haiwan dan juga orang-orang dari puak Namibia. Antara haiwan yang menjadi temannya ialah seekor gajah Afrika berusia 28 tahun yang diberi nama Abu, harimau bintang yang dipanggil J&B, anak singa, ziarafah, dan pelbagai spesis lain termasuklah katak besar dan juga ular. "Saya tiada kawan di sini kerana saya tidak pernah melihat kanak-kanak. Jadi, haiwan-haiwan inilah yang menjadi kawan saya."
Bertih jagung atau lebih dikenali sebagai Popcorn merupakan makanan ringan paling terkenal di seluruh dunia. Penggunaan ketuhar mikro merupakan cara paling cepat dan mudah untuk menghasilkannya. Namun peralatan yang digunakan untuk menghasilkan bertih jagung di China ini amat luar biasa dimana ianya menggunakan perkakasan besi seakan meriam.
Jagung akan dimasukkan ke dalam perkakas besi tersebut kemudiannya terus dipanggang. Apabila sudah masak, alat tersebut akan diletakkan pada kotak khas bagi mengumpul kesemua bertih yang dihasilkan. Ketika perkakas besi tersebut dibuka, ianya menghasilkan satu letupan dan bunyi yang sangat kuat.
Cara penghasilan bertih jagung yang unik ini dikatakan bukan sahaja dilakukan di China, malah sesetengah kawasan di Korea turut menggunakan cara yang sama.