Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, February 5, 2013

Taman hiburan dibangunkan di tempat Osama bin Laden terkorban

Sebuah taman hiburan bernilai hampir RM100 juta akan dibangunkan di Abbottabad, Pakistan, dimana ianya merupakan tempat Osama bin Laden telah terkorban

Taman hiburan dibangunkan di tempat Osama bin Laden terkorban

Namun pihak berkenaan menafikan bahawa mereka mengambil kesempatan ke atas kematian bekas pemimpin Al-Qaeda tersebut. Pembangunan ini dikatakan bertujuan untuk meningkatkan industri pelancongan tempatan.

"Untuk fasa pertama, 50 ekar tanah akan digunakan bagi mewujudkan sebuah taman hiburan dan kemudiannya akan ditambah ke 500 ekar," kata Syed Aqil Shah, menteri pelancongan dan kesukanan di kawasan itu.

"Ianya akan menempatkan taman warisan, zoo hidupan liar, dan pelbagai perkara menarik."

Taman hiburan dibangunkan di tempat Osama bin Laden terkorban

Kerja-kerja pembinaan taman hiburan tersebut akan dilaksanakan beberapa bulan sahaja lagi dan dijangkakan bakal siap dalam tempoh lapan tahun.

Osama bin Laden telah terkorban pada 2 Mei 2011 selepas serangan hendap yang dilakukan oleh tentera Amerika atas arahan Presiden  Barack Obama.

Wanita cuba bunuh diri dengan terjun dari jejantas

Seorang wanita cuba menamatkan riwayatnya sendiri dengan membuat terjunan dari atas sebuah jejantas yang terletak di Wuhan, Wilayah Hubei, China, namun dia sempat diselamatkan oleh orang awam yang lalu-lalang disitu. Kejadian ini berlaku Sabtu lalu. 

Wanita cuba bunuh diri

Axiaofu, seorang pengguna Weibo terawal yang melaporkan insiden tersebut mengatakan dia terdengar bunyi besi pemegang jejantas berlanggar semasa wanita tersebut cuba untuk terjun. 

Saksi lain pula mengatakan orang ramai panik dan bergegas untuk menarik wanita tersebut sebelum sempat  untuk dia terjatuh. Ketinggian jejantas tersebut dikatakan sudah cukup untuk menyebabkan kematian. Jika bernasib baik, seseorang itu mungkin akan mengalami kecederaan serius. 

Perkahwinan tidak semestinya menggembirakan

Hari perkahwinan tidak semestinya hari paling berbahagia buat seseorang. Ada juga yang menangis dan bersedih. Mungkin disebabkan terpaksa berjauhan dengan keluarga tercinta atau belum bersedia untuk menjalani kehidupan yang baru. Gambar ini membuktikan perkara tersebut. Dari awal majlis perkahwinan hinggalah ke akhir, muka pengantin perempuan sedikit pun tidak tersenyum. Tidak tahu apakah yang bermain difikirannya. Atau mungkin wajahnya memang sebegitu.

Perkahwinan tidak semestinya menggembirakan
Perkahwinan tidak semestinya menggembirakan
Perkahwinan tidak semestinya menggembirakan
Perkahwinan tidak semestinya menggembirakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...