Thursday, July 26, 2012

Laptop pertama di dunia



Hari ini, laptop direka dalam bentuk yang kecil, ringan, ringkas, dan mudah untuk di bawa. Namun, tahukah anda bahawa laptop generasi pertama adalah seberat 24 kg dan harganya bersamaan dengan sebiji kereta?

Mengikut rekod, laptop ini adalah yang terberat di dunia. Walaupun telah mengalami evolusi  dengan generasi baru, tiada sebarang laptop yang mampu menandingi beratnya. Harganya pula mencecah USD 19,975. Cukup untuk membeli sebuah kereta.

Komputer bimbit ini juga tidak mempunyai skrin seperti mana-mana laptop yang ada pada hari ini. Ia hanya mempunyai satu monitor kecil monochrome berukuran 5 inchi sahaja. 

Nama yang diberikan untuk laptop tersebut ialah IBM Portable PC 5100 dan spesifikasinya adalah seperti berikut:

CPU: IBM proprietary, 1.9 MHz
RAM: 16K, 64K max
Display: 5 "monochrome monitor 64 X 16 text
Storage: Internal 200K tape (DC300)
Ports: tape / printer I / O port
OS: APL and / or BASIC

Menurut laman wikipedia, komputer bimbit pertama di dunia ini mula dijual secara komersial pada tahun 1975 namun dihentikan pengeluarannya pada tahun 1978.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...