AKSI Katy Perry ketika mempromosikan filemnya yang bertajuk Part of me 3D di Rio de Janeiro, Brazil. Perry tetap enggan menjadi juri American Idol walaupun ditawarkan wang sebanyak RM60.8 juta. |
LOS ANGELES - Penyanyi terkenal, Katy Perry menolak tawaran sebanyak AS$20 juta (RM60.8 juta) untuk menjadi juri program televisyen American Idol, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.
Menurut portal hiburan TMZ.com, penyanyi lagu Wide Awake itu tidak berganjak dengan keputusannya. Dia juga tidak pasti sama ada American Idol adalah langkah betul untuk mengembangkan kerjayanya.
"Katy Perry sedang hangat diburu. Mereka sangat mahukannya," kata satu sumber kepada akhbar Us Weekly.
Sewaktu diwawancara oleh majalah Hollywood Reporter pada Julai lalu, Perry, 27, pernah mendedahkan bahawa dia berasa belum sesuai menjadi juri program televisyen.
Setakat ini, hanya penyanyi pop terkenal, Mariah Carey mengesahkan penyertaan sebagai juri untuk musim American Idol akan datang. Carey dilaporkan bakal menerima bayaran sebanyak AS$$18 juta (RM54.7 juta).
Sebelum ini, bintang terkenal Jennifer Lopez yang juga bekas juri program itu menerima bayaran sebanyak AS$12 juta (RM36.5 juta) bagi setiap musim.
Antara selebriti lain yang disebut-sebut bakal menyertai American Idol sebagai juri termasuklah Nicki Minaj, Pharell Williams, Nick Jonas, Keith Urban dan Kanye West.
sumber- Agensi
0 comments:
Post a Comment