PENYELAM bersolat jemaah di masjid pertama bawah air yang mereka bina. |
JEDDAH: Sekumpulan penyelam persendirian Arab Saudi berkata mereka berjaya membina sebuah masjid di bawah air baru-baru ini dan bersolat di dalamnya.
Masjid pertama dalam sejarah pernah dibina di dalam air.
Akhbar harian Almadina melaporkan, penyelam berkenaan menggunakan batang paip plastik besar yang diisi pasir untuk membina masjid di kawasan perairan di barat laut Tabuk dan berhampiran sempadan Jordan.
Seorang penyelam, Hamadan bin Salim Al Masoudi, berkata seorang rakannya mendapat idea untuk membina masjid berkenaan pada musim panas lalu dan mereka mengambil keputusan untuk melakukannya.
“Masjid ini adalah satu simbolik untuk menjelaskan bahawa walau di mana sekalipun kita berada, kewajipan solat hendaklah ditunaikan,” katanya.
Al Masoudi berkata, pembinaan masjid itu selesai ketika waktu Zuhur dan beliau bersama rakannya segera menunaikan solat Zuhur berjemaah.
sumber– Agensi
nice sharing..
ReplyDeleteterima kasih..
Deleteterbaek la masjid dalam air.. unik..
ReplyDeleteSubhanaAllah.Macam-macam binaan menarik sekarang ni kn.Semoga kte dapatla menghayati simbolik pembinaan masjid dalam air ni kn.insyaAllah. :)
ReplyDeletewah..memang terbaik...
ReplyDeletewah..buat masjid dalam air.. tak susah ke nak solat macam tu?
ReplyDeletekena pakai swimming suit laa kalo nak masuk ?
ReplyDelete:)