MICHIGAN. - Seorang pelukis Amerika Syarikat mengambil masa selama 1,200 jam dan menggunakan lebih 100 batang pensil untuk menghasilkan sebuah lukisan besar yang dipamerkan pada pertandingan seni ArtPrize 2012 di sini, baru-baru ini.
Chris LaPorte dari Michigan menghasilkan lukisan yang mempunyai ukuran lebar 3.9 meter dan panjang 7.9 meter pada pameran seni antarabangsa yang diadakan di Muzium Seni Grand Rapids, di sini pada awal bulan ini.
LaPorte menggunakan gambar datuknya bersama sekumpulan ahli pancaragam sekolah tinggi untuk menghasilkan lukisan kabur yang digelar sebagai City Band.
Katanya, dia mendapat inspirasi tersebut selepas menemui gambar yang berusia 80 tahun berkenaan di bilik bawah tanah rumah ibunya.
Gambar itu merupakan gambar datuk saya bersama ahli kumpulan pancaragam sekolahnya.
Gambar tersebut telah rosak dan kabur seperti tidak wujud, mengingatkan kenangan saya bersamanya," katanya.
LaPorte yang bekerja sebagai seorang pelukis lakaran kartun berkata, dia telah menghasilkan 100,000 potret manusia.
Katanya, dia belajar daripada keadaan persekitaran untuk mengetahui tindak balas muka orang lain.
Menghasilkan lukisan merupakan perkara yang hebat tidak kira berapa usia dan latar belakang anda.
Perniagaan karikatur dan potret berjaya menampung kos pelajaran, perjalanan dan studio seni saya," jelasnya.
Lukisan City Band mendapat tempat ke-10 pada pertandingan ArtPrize awal bulan ini dan LaPorte pernah mendapat tempat pertama melalui satu lagi lukisan gergasi baru-baru ini.
sumber- AGENSI
0 comments:
Post a Comment