Pages - Menu

Friday, August 3, 2012

10 masjid paling cantik di dunia berserta info

Masjid adalah tempat untuk umat Islam beribadat ataupun lebih sesuai digelar sebagai rumah Allah. Peranan masjid bukan sahaja menjadi tempat untuk bersolat, tetapi ianya juga berperanan sebagai pusat aktiviti umat Islam. Kriteria untuk memilih masjid tercantik di dunia ini berdasarkan keluasan, sejarah, kemudahan dan fungsi sesebuah masjid tersebut.

10. Masjid Baitul Mukarram di Dhaka City, Bangladesh.

Masjid Baitul Mukarram
Masjid di negara Bangladesh. Dibina sekitar 1960-an dan terletak di tengah-tengah bandar Bangladesh. Mampu memuatkan 30, 000 jemaah dalam satu masa. Walaupun masjid ini adalah antara 10 masjid yang terbesar di dunia, keluasannya masih tidak mampu untuk menampung jemaah yang sangat ramai di negara itu. Disebabkan masalah tersebut, kerajaan Bangladesh memutuskan untuk menambahkan lagi keluasan masjid ini.


09. Masjid Faisal di Islamabad, Pakistan.

Masjid Faisal
Masjid Faisal di Islamabad ini adalah masjid yang terbesar di Selatan dan Timur Asia. Ia juga merupakan masjid yang ke-4 terbesar di dunia. Masjid ini pernah memegang rekod sebagai masjid terbesar dunia pada 1986-1993 sebelum diatasi oleh Masjid Hassan II di Casablanca, Morocco dan selepas pembesaran Masjid Al-Haram (Grand Mosque) di Mekah dan Al-Masjid Al-Nabawi (Masjid Nabi) di Madinah, Saudi Arabia pada tahun 1990-an.


08. Masjid Sultan, Singapura.

Masjid Sultan
Masjid Sultan yang terletak di Muscat Street dan North Bridge Road di Kampong Glam Rochor di Singapura ini masih dianggap sebagai salah satu masjid terpenting di Singapura. Masjid sultan pada dasarnya tidak berubah sejak ia dibina, hanya dengan penambahbaikan yang dibuat di dewan utama pada tahun 1960 dan penambahan pada tahun 1993. Ia diisytiharkan sebagai monumen kebangsaan Singapura pada 14 March 1975.


07. Masjid Baiturrahman, Bandar Acheh, Indonesia.

Masjid Baiturrahman
Masjid Baiturrahman adalah sebuah masjid yang terletak di pusat bandar Bandar Aceh, Indonesia. Masjid ini merupakan masjid Kesultanan Aceh. Ketika Belanda menyerang Bandar Aceh pada tahun 1873, masjid tersebut telah dibakar dan Belanda memperbaikinya semula. Masjid berkubah ini dapat disiapkan pada 27 Disember, 1883. Ianya diperluaskan lagi dengan 3 kubah pada tahun 1935. Dan akhir sekali ditambah kepada 5 kubah pada 1959-1968. Masjid ini merupakan salah satu masjid yang tercantik di Indonesia, mempunyai bentuk yang unik, ukiran yang menarik, halaman yang luas dan penuh keselesaan ketika berada di dalamnya.


06. Masjid Taj'ul, Bhopal, India.

Masjid Taj'ul
Masjid Taj'ul, adalah sebuah masjid yang terletak di Bhopal, India. Ia juga adalah diantara masjid terbesar di Asia. Masjid ini juga digunakan sebagai madrasah (sekolah Islam) pada waktu petang.


05. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Bandar Seri Begawan, Brunei.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin
Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin merupakan masjid diraja untuk Kesultanan Brunei yang terletak di Bandar Seri Begawan, ibu kota Kesultanan Brunei. Masjid ini diklasifikasikan sebagai salah satu masjid yang terhebat di rantau Asia Pasifik dan menjadi tarikan utama kepada pelancong. Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin dianggap sebagai mercu tanda negara bagi penduduk Brunei.


04. Masjid Zahir di Kedah, Malaysia.

Masjid Zahir
Masjid ini telah dibina pada tahun 1912 dan dibiayai oleh Tunku Mahmud, anak Shah Sultan Tajuddin Mukarram. Masjid ini adalah makam pahlawan Kedah yang telah meninggal dunia semasa mempertahankan Kedah dari Siam pada tahun 1821. Seni bina masjid ini diilhamkan dari Masjid Azizi di bandar Langkat  Utara Sumatera, Indonesia. Masjid ini diasaskan dengan lima kubah besar yang melambangkan lima prinsip utama Islam.


03. Masjid Al Aqsa di Jerusalem, Israel/Palestine.

Masjid Al Aqsa
Masjid Al-Aqsa (bermaksud masjid paling jauh), juga dikenali sebagai Al-Aqsa, adalah makam Islam di Kota Lama Baitulmaqdis. Di masjid itu sendiri ada sebahagian daripada al-Haram ash-Sharif  (bersama dengan batu tergantung), sebuah laman yang juga dikenali Kuil Gunung sebagai tapak suci dalam agama Yahudi. Masjid ini dianggap sebagai tempat ketiga paling suci dalam Islam. Umat ​​Islam percaya bahawa Nabi Muhammad telah diangkat dari Masjidilharam di Mekah ke Masjid Al-Aqsa semasa peristiwa Israk Mikraj. Masjid ini dijadikan kiblat pertama umat Islam selama tujuh bulan sebelum dilihkan ke Kaabah.


02. Masjid Al Nabawi di Madinah, Saudi Arabia.

Masjid Al Nabawi
Masjid Al-Nabawi merupakan masjid kedua paling suci untuk umat Islam dan merupakan masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjid Al-Haram di Mekah. Salah satu tempat terpenting masjid ini adalah Kubah Hijau (pusat masjid), di mana terletaknya makam Nabi Muhammad. Tidak diketahui bilakah kubah hijau itu telah dibina tetapi catatan manuskrip awal kurun ke-12 menjelaskan tentang kubah tersebut. Khalifah terawal Islam yang juga merupakan sahabat Rasulullah iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan Saidina Umar al-Khattab juga telah dikebumikan di sekitar masjid ini.


01. Masjid Al Haram di Mekah, Saudi Arabia.

Masjid Al Haram
Masjid Al Haram merupakan masjid terbesar di dunia. Masjid ini terletak di kota Mekah, di sekeliling Kaabah, di mana ia menjadi kiblat umat Islam. Masjid ini dianggap sebagai tempat paling suci di muka bumi. Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Terbesar. Strukturnya meliputi kawasan seluas 400.800 meter persegi (99.0 ekar), termasuk ruang solat terbuka dan tertutup dan boleh menampung sehingga 4 juta orang dalam tempoh Haji, salah satu ibadah terbesar tahunan umat Islam di dunia.

Kepala babi cemar masjid di Perancis

Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi.
Laluan untuk ke Masjid Salam itu turut dicemari dengan darah babi.
MONTAUBAN - Islamofobia dilihat  telah meningkat di Perancis susulan daripada penemuan dua kepala babi di luar masjid di bandar Montauban, kelmarin yang turut mencetuskan kemarahan orang Islam di kawasan itu.

Pengerusi Pemerhati Islamofobia, Abdallah Zekri berkata, perbuatan biadab seperti itu yang dilakukan pada bulan Ramadan sememangnya berunsur provokasi perkauman.

Dalam satu kenyataan, Datuk Bandar Montauban, Brigitte Bareges turut mengutuk tindakan pihak yang tidak menghormati agama Islam dengan meletakkan dua kepala babi tersebut pada tiang berhampiran pintu masuk Masjid Salam itu.

Beberapa khabar angin mendakwa kejadian menggemparkan tersebut mungkin bermotifkan dendam susulan daripada insiden suspek dikenali sebagai Mohammed Merah yang menembak mati tujuh bangsa Yahudi di bandar tersebut pada Mac lalu.

Sementara itu, konflik antara pihak berkuasa Perancis dengan masyarakat Islam di Perancis juga dilihat meningkat semula, Selasa lalu susulan pemecatan empat jurulatih di sebuah kem musim panas hanya kerana mereka berpuasa.

Dianggarkan 5 juta orang Islam di negara tersebut terpaksa berhadapan dengan layanan buruk sesetengah pihak yang terlalu mengamalkan sifat perkauman dan diskriminasi agama.

sumber- Sinar

Lingkaran misteri muncul di Amerika Syarikat

Lingkaran misteri muncul di Amerika Syarikat
Corak lingkaran misteri di ladang gandum Wilbur itu dikatakan kelihatan seperti telinga watak animasi, Mickey Mouse.
SEATTLE - Penduduk di sekitar, Wilbur, timur Washington gempar  dengan kemunculan lingkaran misteri di ladang gandum berhampiran kawasan pengeluar hidro kuasa terbesar di Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Pemilik ladang itu, Greg dan Cindy Geib berkata, corak lingkaran misteri itu dikatakan menyerupai telinga watak animasi Mickey Mouse.

"Corak sama seperti ini pernah dilihat di kawasan berhampiran pada 2008 dan 2010," menurut Cindy.

Sebelum ini, lingkaran misteri sering dikaitkan dengan kemunculan makhluk asing dan objek terbang tidak dapat dikenal pasti (UFO) yang boleh ditemui di beberapa negara.

sumber- Sinar

Rumah terbakar, suami isteri rentung

Kebakaran yang memusnahkan rumah mereka
Kebakaran yang memusnahkan rumah mereka 
SIMPANG PERTANG – Sepasang suami isteri warga emas rentung dalam kebakaran yang memusnahkan rumah mereka di No.17, Felda Pasoh 1, dekat sini, pagi ini.

Mayat Zahari Hasan, 77, dan isterinya Mariam Abdul Latif, 67, dijumpai di ruang tengah rumah berkenaan oleh pasukan bomba yang memadamkan kebakaran itu.

Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Ahmad Nizam Sapaiee berkata dua jentera bersama 18 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pertang dan Sri Jempol ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 4.39 pagi.

“Semasa tiba di tempat kejadian, api sedang marak namun pasukan kami berjaya mengawal dan memadamkan kebakaran sepenuhnya pada pukul 5.30 pagi.

Selesai memadamkan api, kami menemui dua mayat yang rentung di tengah rumah,” katanya kepada Bernama.

Katanya mangsa kemungkinan cuba keluar dari rumah itu namun asap yang tebal menyebabkan kedua-dua mereka lemas dan gagal untuk keluar.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu sebelum dipindahkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk bedah siasat, katanya.

Sepasukan anggota forensik polis dan bomba turut berada di tempat kejadian untuk menyiasat punca kejadian.

Jiran pasangan itu, Shariff Zakaria, 61, berkata beliau menyedari kejadian itu pada kira-kira pukul 4.15 pagi ketika bangun untuk bersahur.

“Masa tu saya lihat dari tingkap rumah, api masih kecil namun tidak lama lepas itu api marak dan saya segera hubungi bomba. Selepas itu, saya keluar rumah dan menjerit memanggil nama arwah supaya keluar rumah namun tiada jawapan.

Saya sukar untuk dekati rumah itu sebab api begitu marak,” katanya.

Anak bongsu mangsa, Muhammad Ghazali, 35, berkata kali terakhir beliau bertemu ayah dan ibunya pada Isnin lepas.

“Ayah dan ibu tinggal berdua saja di rumah ini dan mereka ke rumah anak-anak apabila ada kelapangan. Saya tinggal di Kajang dan saya ambil mereka pada Khamis lepas dan hantar balik ke sini Isnin,” katanya.

Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang datang ke tempat kejadian berkata Felda menyumbang RM3,300 untuk bantuan awal bagi keluarga mangsa.-

sumber- Bernama

Ajaran Pak Habib terpesong, anggap al-Quran kitab lama

 Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.
 Kegiatan ajaran Pak Habib yang terletak di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar.
RAWANG – Nabi Muhammad SAW dianggap tuhan, al-Quran hanya sebuah salinan buku lama, solat hanya perlu pada hari Khamis dan tidak perlu berpuasa di bulan Ramadan adalah antara amalan yang jelas terpesong dilakukan sekumpulan pengikut ajaran Pak Habib yang bergiat aktif sejak beberapa tahun di Bandar Country Homes (BCH) di sini.

Demikian maklumat yang didedahkan seorang individu yang hampir terikut dengan ajaran sesat itu.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 42, berkata, pengikut Pak Habib menganggap Nabi Muhammad yang layak dijadikan tuhan kerana dalam Islam ada menyebut ‘barang siapa memuji ke atas Muhammad maka darjat mereka diangkat’.

“Terlalu banyak yang terpesong dan menyesatkan dalam amalan Pak Habib. Mereka menganggap Khamis menjadi penghulu bagi segala hari sebab itu pada setiap Khamis malam Jumaat pengikutnya dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak akan berhimpun melakukan pemujaan.

“Yang peliknya, pada hari tersebut mereka akan sama-sama bermain muzik yang disifatkan wajib,” katanya.

Menurut Zaidi, amalan Pak Habib juga menghalalkan arak kerana bagi mereka minuman itu menyihatkan badan.

“Minum sedikit (arak) jatuh haram, tapi jika minum banyak menyihatkan badan (halal),” katanya.

Zaidi berkata, pengikut ajaran itu juga menolak kandungan al-Quran kerana disifatkan hanya sebuah buku biasa yang mengandungi tulisan jawi serta disalin dan dicetak kemas.

Menurutnya, Ramadan bukanlah satu bulan rahmat bagi mereka kerana bagi pengikut Pak Habib puasa bukan satu kewajipan.

Katanya, kegiatan tersebut bergerak aktif sejak berkurun lama berdasarkan pengikutnya yang lahir daripada generasi awal Pak Habib sehingga ke hari ini.

“Malah, kesemua pengikut ajaran itu mempunyai salah silah atau susur galur keluarga atau bersaudara.

“Pengikutnya adalah golongan profesional seperti doktor, jurutera, pasukan keselamatan, pensyarah dan sebagainya, termasuk seorang di barisan pimpinan tertinggi sebuah parti politik” katanya.

Katanya, ajaran itu berpusat di BCH di atas tanah seluas kira-kira 1.2 hektar, di sebalik kawasan perindustrian dan terletak kira-kira 5 kilometer dari jalan utama.

Jelasnya, pusat tersebut dipercayai pernah dikunjungi pihak berkuasa dan terdapat notis penutupan diletakkan pada pintu utama pusat itu.

Bagaimanapun, setelah lebih dua tahun notis dikeluarkan kegiatan itu masih bergiat aktif.

Justeru, dia berharap pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya.

sumber- Sinar

Maut direjam batu-batu akibat masalah meletak kereta

Maut direjam batu-batu akibat masalah meletak kereta

MELAKA: Akibat pertelingkahan keluarga berpunca daripada masalah meletak kereta, seorang jurujual maut dalam satu pergaduhan membabitkan lebih 20 individu di sekitar Tanjung Kling, dekat sini.

Mangsa, Mohd Faizal Harun, 34, pada mulanya cedera parah di kepala selepas dibaling batu bata ketika pergaduhan kira-kira jam 5 petang 28 Julai lalu, namun disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 11.50 malam Selasa lalu.

Menurut sumber, pergaduhan itu berpunca apabila sebuah kereta terhalang ketika mahu keluar rumah, menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan anggota keluarga yang tinggal bersebelahan.

“Pergaduhan antara dua keluarga itu bertambah buruk apabila rakan dan saudara lain turut campur tangan hingga membabitkan lebih 20 orang,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dalam pergaduhan itu pelbagai senjata digunakan termasuk kerambit, batu bata, besi, kayu dan pasu bunga hingga mengakibatkan beberapa yang lain cedera.

sumber- Harian Metro

Pelik! Pertandingan mengejar keju

Seramai 12 orang peserta berlari dan berguling ke kaki sebuah bukit untuk mengejar gulungan keju seberat 3.6 kilogram dalam pertandingan mengejar keju.

Pertandingan mengejar keju

Acara yang berlangsung pada Ahad lalu merupakan acara tidak rasmi selepas penganjurannya dibatalkan pada tahun ini kerana ia dianggap terlalu berbahaya.

Sebelum ini, pertandingan mengejar keju merupakan acara tradisi di sini.

Beratus-ratus orang menonton acara berbahaya itu selepas makluman mengenainya disiarkan di laman sosial Facebook dan Twitter.

Para peserta terjatuh, berguling dan melakukan balik kuang semasa mengejar gulungan keju itu di Bukit Cooper di Gloucester, Britain.

Juara kategori lelaki Chris Anderson, 23, dan Jo Guest, 14, memenangi acara wanita kerana berjaya menyambar gulungan keju tersebut. Masing-masing menerima tiga gulungan keju Gloucester sebagai hadiah.

Yotara. Robot Bayi Unik Yang Boleh Menangis, Ketawa Dan Bersin!

Rendahnya angka kelahiran di Jepun mendorong sekumpulan mahasiswa menciptakan sebuah robot bayi. ‘Bayi’ ini boleh memberi tindak balas terhadap sentuhan, mampu menangis, ketawa malah bersin sekalipun.

Yotara

Robot bayi yang bernama Yotara ini dihasilkan oleh mahasiswa-mahasiswa di University of Tsukuba. ‘Kulit’ Yotara dapat memeberi tindak balas terhadap sentuhan manusia. Ekspresi wajah dan gerakan tubuhnya berubah-ubah bergantung kepada jenis sentuhan yang diterima.

Seperti bayi manusia yang asli, Yotara juga akan tersenyum apabila perutnya diusap-usap dan bangun jika ‘digoda’ dengan mainan yang digoncang-goncang sepertimana yang kita sering lakukan terhadap bayi.

Yotara

Seperti diberitakan dari Tmcnet, Yotara yang sememangnya unik akan menangis ketika dirinya  ‘lapar’ malah akan bersin dan meleleh hingusan dari hidungnya. Ini disebabkan sistem air yang dipanaskan.

Penciptaan Yotara bertujuan untuk mendorong kaum muda di Negeri Matahari Terbit itu agar mahu berkeluarga dan meningkatkan angka kelahiran disana. Kerana populasi di Negeri Sakura itu terus mengalami penurunan dari tahun ke tahun.

Di antara negara-negara maju, Jepun termasuk antara negara yang memiliki angka kelahiran yang terkecil iaitu sekitar 1.37 peratus sementara Amerika Syarikat 2.12 peratus dan United Kingdom sebanyak 1.84 peratus.

Menakjubkan! Animatronic robot bayi bergerak seakan bayi sebenar

Menakjubkan! Animatronic robot bayi yang meniru gaya bayi baru lahir dengan sempurna. Pergerakannya hampir serupa dengan apa yang dilakukan oleh bayi sebenar. Robot ini bukanlah dicipta daripada hasil penyelidikan tetapi Chris Clarke mencipta robot bayi ini  khas untuk Show T British. Semua usaha ini dibuat kerana ia amatlah merbahaya jika bayi pra-matang sebenar didedahkan  berjam-jam di bawah lampu dalam studio semata-mata untuk penggambaran.

bayi luar biasa


sumber- infosuam

Pelik! Telur Berbentuk Pisang

Telur yang normal mempunyai bentuk fizikal yang bujur. Namun, telur ini mempunyai bentuk melengkung seakan sebiji pisang. Saiznya juga adalah jauh lebih kecil berbanding telur biasa. sebenarnya telur ini mungkin mengalami kecacatan atau pramatang. Mungkin ada yang terfikir bagaimana rupa bentuk makhluk yang bakal menetas dari telur tersebut dan adakah seperti sebiji pisang?

telur pelik, alien egg
telur pelik, alien egg

Ayam Pelik Dengan Dua Dubur

ayam mempunyai dua dubur

Seorang peladang, Mao Rui’an terkejut apabila salah seekor ayamnya mampu bertelur dua kali ganda, lapor sebuah akhbar semalam. Rui’an yang menyedari kejadian ganjil ayam betina itu selepas bilangan telur ditetas oleh haiwan berkenaan pada kadar yang luar biasa. Ayam pelik ini bagaimanapun didapati normal dari segi kehidupannya seperti ayam yang lain.

Ketika pemeriksaan rutin kesihatan dilakukan, peladang terbabit menemui rahsia di sebalik kelebihan ayam berkenaan. Rupa-rupanya ayam pelik itu dilahirkan dengan dua punggung yang mampu mengeluarkan telur dua kali ganda daripada biasa.

Rui’an yang berasal dari selatan China itu berkata; “Ayam betina itu sangat istimewa buat saya. Saya membina sebuah reban khas dan diberikan makan gandum. “Ayam lain dibiarkan bebas mencari makanan di atas tanah.

Pelik! Ayam Hidup 18 Bulan Tanpa Kepala

Kejam, misteri, pelik, zalim. Semuanya bercampur baur apabila melihat gambar ini. Ayam yang telah dipotong kepalanya masih hidup selama 18 bulan. Mustahil bagi sesuatu makhluk untuk hidup tanpa kepala, namun inilah realitinya. Kejadian ini berlaku pada 10 September 1945 atas kesilapan tuannya yang melakukan penyembelihan. Difahamkan kemungkinan besar ayam tersebut mempunyai otak di bahagian leher dan bukannya di bahagian kepala. Jika ayam tanpa kepala ini berada di hadapan kita, adakah sanggup untuk kita melihatnya terus hidup dengan seksaaan sebegini?

ayam hidup tanpa kepala
ayam hidup tanpa kepala
ayam hidup tanpa kepala

Pelik! Gadis menangis air mata darah (Video)

Gadis menangis air mata darah

Beberapa orang doktor berhadapan dengan satu situasi pelik apabila berhadapan dengan seorang pesakit penyakit misteri. Pesakit tersebut adalah seorang gadis yang mengalami pendarahan secara tiba-tiba melalui liang pori-porinya sehingga lebih dari 50 kali dalam sehari. Gadis ini bernama Twinkle Dwivedi, berumur 14 tahun mengalami gangguan kehilangan darah melalui kulitnya walaupun tanpa ada sebarang luka. Para doktor masih bingung dengan penyakit ini dan tidak tahu kaedah sesuai bagi merawatnya. Twinkle dikhuatiri  akan kehilangan darah dalam kuantiti yang banyak dan boleh mengancam nyawanya. Gadis comel ini kelihatan menyeramkan apabila darah mengalir keluar dari matanya. Kisah ini pernah dirakamkan dalam rancangan National Geographic.

Gadis menangis air mata darah
Gadis menangis air mata darah
Gadis menangis air mata darah

Pelik! Ular berkaki seakan naga

Ular pelik yang berkaki seakan naga ini telah ditemui oleh seorang wanita China yang bernama Dean Qiongxiu, berumur 66. Dia melihat ular berkaki ini terpaut pada siling rumahnya pada tengah malam ketika dia hendak masuk tidur.

Gambar ular pelik yang ditemui oleh Mrs Quingxiu amat memeranjatkan. Orang ramai mempersoalkan sama ada ular ini adalah naga sebenar yang terkenal dalam mitos China ataupun tidak. Tidak mustahil juga jika ular ini sebenarnya mengalami kecacatan atau mutanisasi. Ular sememangnya sering dikaitkan dengan naga namun tiada penemuan naga sebenar pernah direkodkan. Mungkin ianya sebahagian dari haiwan yang telah pupus atau dongeng semata-mata. 

Beginilah keadaannya ular berkaki yang ditemui di China.
Beginilah keadaannya ular berkaki yang ditemui di China.

Pelik! 'Manusia Berbibir Piring' sangkut bibir pada barang si suami

Manusia Berbibir Piring

Jika di pedalaman Thailand wujudnya 'Manusia Zirafah', dan 'Budaya Pengikatan Kaki' di China, di Afrika pula wujud 'Manusia Berbibir Piring'. Semuanya mempunyai persamaan dimana ianya diamalkan oleh kaum wanita sejak usia kecil hinggalah meningkat dewasa. Tradisi melebarkan bibir ini diamalkan oleh penduduk Suku Saras-Djinges dan beberapa puak lain di Ethiopia. Suku kaum ini menganggap seseorang wanita itu kelihatan cantik jika memiliki bibir bawah yang lebar. Konsep kecantikan moden dengan cara bersolek langsung tidak dikenali di sini. Dikatakan bibir mereka mampu dimuatkan dengan piring berukuran 38 cm. 

Manusia Berbibir Piring

Peringkat awal bagi melebarkan bibir ini dimulakan ketika seorang wanita mencapai usia 4 tahun. Caranya adalah melubangkan bibir dibahagian bawah dengan menggunakan pisau. Sungguh menyakitkan tambahan pula proses ini langsung tidak dibius. Ianya juga boleh dikatakan sebagai salah satu penyeksaan yang kejam dimana seseorang yang mengamalkannya sukar untuk bercakap atau makan. Mereka terpaksa memakan makanan cair dan bercakap perkara-perkara penting sahaja. 

Manusia Berbibir Piring

Selain bertujuan untuk kelihatan cantik, ada juga versi mengatakan bahawa ini adalah salah satu cara bagi isteri tidak hilang ketika tidur bersama suami. Bagaimana caranya? Dengan menyangkut bibir si isteri pada anu si suami. Mungkin kedengaran agak pelik dan melucukan, namun inilah realiti yang diamalkan oleh mereka.

Pelik! Sate tikus sebagai punca rezeki

Di Malaysia, tikus dianggap sebagai haiwan perosak dan menjijikkan. Tikus juga dikatakan mampu membawa penyakit berjangkit yang boleh mendatangkan kematian. 

Berlainan pula di sebuah perkampungan di Mozambique, Afrika. Penduduk tempatan Madamba menjadikan tikus sebagai sumber rezeki utama. Mereka menjual tikus-tikus tersebut di tepi jalan. Ianya tidak dijual hidup-hidup tetapi dijadikan sajian makanan dalam bentuk sate

Secucuk sate yang berisi 6 hingga 7 ekor tikus dijual pada harga 30sen. Sajian ini agak laris di kawasan setempat. Secara purata, penangkap tikus biasanya memperolehi upah sekitar 3 dolar sehari. Walaupun keuntungan tidak seberapa, namun ianya tetap dianggap lumayan kerana sukar bagi mendapatkan pekerjaan lain dalam negara yang miskin ini. Selain sate, daging tikus juga turut dimasak dalam bentuk sajian lain.

sate tikus

sate tikus

sate tikus

sate tikus

sate tikus

sate tikus

sate tikus

sate tikus

sate tikus


Kereta terbakar: 2 lelaki hilang, wanita diberkas

Keadaan kereta Proton Waja yang hangus selepas melanggar tiang elektrik di Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu semalam.
Keadaan kereta Proton Waja yang hangus selepas melanggar tiang elektrik di Jalan Pasir Mas-Salor, Kota Bharu semalam.
KOTA BHARU – Polis menahan seorang wanita manakala dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes-kes jenayah berjaya meloloskan diri selepas kereta yang dinaiki terbabas sebelum terbakar ketika mengelak daripada diperiksa polis di Jalan Pasir Mas-Salor di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, sebelum kejadian pada pukul 2 pagi, sepasukan polis terserempak dengan sebuah kereta Proton Waja dinaiki dua lelaki dan seorang wanita dalam keadaan mencurigakan.

Menurut beliau, polis cuba menahan kereta itu untuk diperiksa namun pemandu kereta tersebut memecut laju menghala ke Pasir Mas.

“Bagaimanapun, polis berjaya memintas kereta tersebut di Kampung Kubang Bemban, Pasir Mas.

“Ketika polis memperkenalkan diri, pemandu kereta tersebut terus dipecut laju dan hampir melanggar anggota polis tersebut,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini.

sumber- Kosmo

Pindah rumah dengan baj

TIGA buah rumah diangkut dengan menggunakan sebuah baj yang bergerak di Sungai Fraser, Richmond kelmarin.
TIGA buah rumah diangkut dengan menggunakan sebuah baj yang bergerak di Sungai Fraser, Richmond kelmarin.
RICHMOND - Sebuah baj digunakan untuk mengangkut tiga buah rumah yang dibina pada tahun 1915 ke Teluk Union dekat Comox di Pulau Vancouver, Kanada kelmarin.

Rumah tersebut dibeli oleh Ben Ford dan isterinya bagi mengelak ia dirobohkan oleh sebuah syarikat hartanah di 37th Avenue, Vancouver.

Ia dihantar ke Sungai Fraser dengan menggunakan sebuah trak sebelum diangkut dengan menggunakan baj.

Pembelian dan pemindahan rumah itu melibatkan kos sebanyak K$150,000. (466,073.91).

sumber - Agensi

Sebarkan! Wajah Kanak-kanak Mati Didera

mangsa dera

Kanak-kanak ini dianggarakan berusia antara tujuh ke sepuluh tahun.

Tidak ada sebarang maklumat lanjut mengenai dirinya.

Mengikut pihak polis, dia telah meninggal dunia selepas dihantar oleh seorang wanita ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada 28hb Julai 2012.

Pihak Polis dengan itu memohon kerjasama dan bantuan waris atau ahli keluarga kepada kanak-kanak yang didera itu agar tampil membantu siasatan.

Orang ramai yang mengenali mangsa bolehlah menyalurkan maklumat ke Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ditalian 03- 21460522 samb. 597 atau mana-mana balai Polis yang berhampiran atau melalui Hotline Polis KL (Rakan Cop) di talian 03-21159999 atau SMS POLISKL ke 32728.

Sebarkan maklumat dan nombor di atas bagi memudah usaha mengesan manusia kurang ajar yang mendera kanak-kanak ini sehingga mati dapat dikesan.

*Kepada manusia-manusia hina yang hidup dengan mendera kanak-kanak, admin harapkan anda mati dalam keperitan dan berdoa agar tempat anda kelak adalah di neraka!

Sekiranya anda mengetahui mana-mana kes dera yang lain, sila hubungi polis atau talian Nur – 15 999