Pages - Menu

Monday, October 22, 2012

Mama Bosan

isteri bosan

PASIR GUDANG: Dengan alasan bosan menguruskan rumah tangga, seorang suri rumah berusia 20-an menghabiskan masa enam hingga lapan jam sehari di sebuah pusat siber di sini, semata-mata untuk bermain permainan komputer.

Lebih mengejutkan, akibat ketagihan permainan itu, wanita bergelar ibu yang menjadi pelanggan tetap kafe siber berkenaan membawa anak lelakinya berusia tiga tahun ke pusat terbabit sejak lebih setahun lalu.

mak main game
KETAGIH...Sara (duduk) bermain permainan komputer membiarkan anaknya tertidur di sebuah pusat siber di Pasir Gudang.
Lebih malang, wanita terbabit tidak memberikan anaknya makan hingga kanak-kanak berkenaan terpaksa mengutip sisa makanan di kawasan berhampiran termasuk makanan kucing.

Pengurus pusat siber berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Raihan, 30, berkata, wanita dari Masai itu mengunjungi pusat sibernya sejak lebih setahun lalu bersama seorang kanak-kanak lelaki yang diakui anak tunggalnya.

Menurutnya, wanita terbabit mendakwa dirinya suri rumah dan dipercayai tidak bekerja serta meluangkan masa dari pagi hingga petang di pusat siber itu kerana ketagih bermain permainan komputer.

sumber- HMetro

Doktor cabul budak lelaki di kliniknya

JOHOR BAHRU - Polis hari ini menahan seorang doktor sebuah klinik swasta di sini kerana dipercayai mencabul seorang budak lelaki berumur 12 tahun di kliniknya itu, dua hari lepas.
   
Ketua Polis Daerah Nusajaya Supt Noor Hashim Mohamad berkata doktor lelaki berusia 40 tahun dan masih bujang itu ditahan di kliniknya pada kira-kira 1 tengah hari ini selepas bapa budak lelaki itu membuat laporan polis semalam.
   
Katanya bapa budak lelaki itu mengesyaki sesuatu berlaku ke atas anaknya selepas melihat anaknya memiliki sebuah telefon bimbit yang didakwa diberikan oleh doktor itu.

doktor cabul budak lelaki

"Siasatan awal mempercayai doktor itu mengumpan kanak-anak tersebut ke dalam kliniknya dengan memberikan telefon bimbit jenis Samsung Galaxy Ace sebelum mencabul," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Nusajaya, di sini, hari ini.
   
Katanya budak lelaki itu telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah di sini untuk pemeriksaan.
  
Sementara itu, Noor Hashim berkata polis berjaya menumpaskan kumpulan 'Nara' yang terlibat dengan kegiatan samun di sekitar bandar raya ini selepas menahan enam lelaki sejak hujung September lepas.
   
Katanya seorang daripada anggota kumpulan itu ditahan di Jalan Sui Koon, di pusat bandar ini kira-kira pukul 10 malam, 28 September lepas manakala lima yang lain ditahan di kawasan Kangkar Pulai, Taman Universiti dan Skudai Villa pada Khamis dan Jumaat lepas.
   
"Polis merampas pelbagai senjata dan barangan samun termasuk sebuah kereta Nissan Sentra, sebuah motosikal jenis Honda Wave, wang tunai RM1,584, lapan telefon bimbit pelbagai jenama, dua jam tangan, dua beg galas, topi keledar, kapak, rotan, batu pengasah serta cable tight yang dipercayai digunakan bagi mengikat mangsa," katanya.
   
Beliau berkata kesemua lelaki terbabit berumur 20 hingga 42 tahun, mengaku terlibat dengan tujuh kes samun dengan dua daripada mereka didapati positif dadah jenis syabu. 

sumber- Bernama

Gundam luar biasa dari bunga-bungaan

Flower Gundam Topiary

TOKYO- Sebuah Gundam gergasi telah didirikan dalam keadaan sedang mengawal Plaza Diver City Tokyo di Odaiba. 

Ia kelihatan gah seperti sedang berkawal namun ianya masih memerlukan teman dari alam semulajadi. 

Dari situlah  projek Tokyo Gundam 2012, sebuah insentif yang menyasarkan gerakan hijau serta penanaman tumbuhan mula bertapak.

Dari insentif tersebut, maka wujudlah Flower Gundam yang dihasilkan dari 10,000 bunga-bungaan yang menemai figura Gundam gergasi ini.

Flower Gundam memiliki saiz yang sama seperti robot yang dilakarkan dalam animasi tersebut. Dari jauh, ianya kelihatan begitu cantik.

Dengan memanfaatkan 10,000 bunga dari spesis begonias, zinnias, dan star daisies, ianya lebih dikenali sebagai  "Flower Gundam Topiary". Gundam yang luar biasa ini hanya dipamerkan sehingga 28 Oktober ini.

Pemuda maut, rakan cedera

KUANTAN - Seorang lelaki maut manakala rakannya cedera dalam satu kemalangan yang berlaku di kilometer 17 Jalan Kuantan-Gambang dekat Sri Mahkota Jaya, di sini, semalam.

Pegawai Penguat kuasa Tadbir/Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman berkata, Wong Vin Seng, mati di tempat kejadian selepas kereta yang dinaiki terbabas ke kanan jalan akibat hilang kawalan ketika melalui satu selekoh.

kemalangan maut
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat.
“Ketika melalui satu selekoh, pemandu, Chun Teck Man, 29 yang juga rakan mangsa gagal mengawal keretanya menyebabkan kenderaan itu terbabas dan masuk ke semak,” katanya.

Menurutnya, kejadian berlaku kira –kira jam 7.05 pagi ketika mangsa dan rakannya dari Kuantan menuju ke Maran.

Beliau berkata, mangsa penumpang hadapan kereta berasal dari Bandar Baru Sungai Jerik,  Jengka mati di tempat kejadian sementara Teck Man cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

sumber- Sinar

Pelukis AS ambil 1,200 jam hasil lukisan gergasi

lukisan gergasi

MICHIGAN. - Seorang pelukis Amerika Syarikat mengambil masa selama 1,200 jam dan menggunakan lebih 100 batang pensil untuk menghasilkan sebuah lukisan besar yang dipamerkan pada pertandingan seni ArtPrize 2012 di sini, baru-baru ini.

Chris LaPorte dari Michigan menghasilkan lukisan yang mempunyai ukuran lebar 3.9 meter dan panjang 7.9 meter pada pameran seni antarabangsa yang diadakan di Muzium Seni Grand Rapids, di sini pada awal bulan ini.

LaPorte menggunakan gambar datuknya bersama sekumpulan ahli pancaragam sekolah tinggi untuk menghasilkan lukisan kabur yang digelar sebagai City Band.

Katanya, dia mendapat inspirasi tersebut selepas menemui gambar yang berusia 80 tahun berkenaan di bilik bawah tanah rumah ibunya.

“Gambar itu merupakan gambar datuk saya bersama ahli kumpulan pancaragam sekolahnya.

“Gambar tersebut telah rosak dan kabur seperti tidak wujud, mengingatkan kenangan saya bersamanya," katanya.

LaPorte yang bekerja sebagai seorang pelukis lakaran kartun berkata, dia telah menghasilkan 100,000 potret manusia.

Katanya, dia belajar daripada keadaan persekitaran untuk mengetahui tindak balas muka orang lain.

“Menghasilkan lukisan merupakan perkara yang hebat tidak kira berapa usia dan latar belakang anda.

“Perniagaan karikatur dan potret berjaya menampung kos pelajaran, perjalanan dan studio seni saya," jelasnya.

Lukisan City Band mendapat tempat ke-10 pada pertandingan ArtPrize awal bulan ini dan LaPorte pernah mendapat tempat pertama melalui satu lagi lukisan gergasi baru-baru ini. 

sumber- AGENSI

China kaut untung program panda?

BEIJING - Satu kajian saintis mendapati, anak-anak panda yang ditangkap, dipelihara dan dipisahkan daripada ibu mereka untuk program pemuliharaan, hanya digunakan sebagai alat untuk mengaut keuntungan sebelum haiwan itu mati selepas dilepaskan semula ke hutan.

Kajian tersebut menunjukkan kerajaan China mengaut berjuta-juta pound dengan meminjamkan kepada zoo luar negara panda-panda yang ditangkap, termasuk kepada zoo di Edinburgh, Scotland dengan bayaran enam juta pound (RM30 juta) untuk tempoh pinjaman selama 10 tahun.

baby panda
Sekumpulan anak panda yang ditangkap, dipelihara dan dipisahkan dengan ibu mereka untuk program pemulihan di wilayah Sichuan. - AGENSI
Pengarah Pendidikan Pemuliharaan Pusat Kajian Pembiakan Panda Chengdu di China, Dr. Sarah Bexell berkata, panda-panda yang ditangkap dan dipelihara tidak ubah seperti watak karikatur dan tidak mampu menyesuaikan diri dalam hutan.

Menurut Bexell, sepanjang pengalamannya terbabit dalam program pemuliharaan panda di China, beliau mendapati haiwan tersebut berdepan masalah kepupusan yang kritikal dan aktiviti penangkapan anak panda untuk dipelihara boleh mendatangkan situasi trauma kepada haiwan itu, sekali gus meletakkan masa depan spesies berkenaan dalam bahaya.

Kajian Bexell itu didedahkan dalam buku Giant Pandas: Born Survivors yang menceritakan kegagalan program pemuliharaan habitat panda.

Malah tiada seekor panda pun yang hidup selepas menjalani program tersebut yang diusahakan sejak 1963, walaupun lebih 300 ekor panda dipelihara dan diajar untuk menyesuaikan diri dalam habitat semula jadi.

Buku tersebut dihasilkan dengan bantuan Pengarah Pusat Pusat Kajian Pembiakan Panda Chengdu, Dr. Zhang Zhihe yang menyediakan gambar-gambar program pemuliharaan panda.

Bexell berkata, habitat panda turut diancam akibat pembangunan dan kerancakan industri pelancongan China.

Malah pengkritik mendakwa, pusat pembiakan 'kilang panda' merupakan satu penipuan untuk mengaburi rakyat China dan seluruh dunia.

China kini menjalankan bancian baharu untuk menganggarkan jumlah sebenar gergasi itu yang masih hidup, program pertama dilakukan sejak sedekad lalu selepas mendapati kurang daripada 1,600 panda yang masih wujud di dunia ini.

Bexell menyuarakan kebimbangan terhadap program China itu yang mungkin akan menghasilkan keputusan yang teruk.

Katanya, tindakan kerajaan China mungkin akan membuatkan lebih banyak panda hidup melalui cara dipelihara berbanding habitat asalnya yang hidup sebagai haiwan liar.

Terbaru, seekor panda muda diberi nama Tao Tao dilepaskan ke dalam hutan simpanan di wilayah Sichuan dan merupakan satu-satunya panda peliharaan yang hidup di hutan semula jadi.

Tao Tao mengikut jejak langkah seekor lagi panda Xiang Xiang yang dilepaskan tiga tahun lalu, namun ditemui mati 10 bulan kemudian, dipercayai mati akibat bergaduh dengan panda liar. 

sumber- AGENSI

Tonggeng Pada Hakim

Wanita ini dengan beraninya sanggup melakukan aksi tidak senonoh dengan menonggeng ke arah Hakim dan menayangkan seluar dalamnya. Kejadian ini dirakamkan pada tahun 1983 dimana seorang penari bogel dibicarakan kerana melanggar undang-undang larangan kelakuan lucah. Dalam gambar ini, dia menonggeng ke arah Hakim yang mengadili perbicaraan bagi membuktikan pakaian yang digunakan untuk menari bogel tidak melampaui had.

perempuan tonggeng

Wanita 83 Tahun Lakukan Pembedahan Plastik

rawatan kecantikan

Singapura- Walaupun sudah berusia, tidak semestinya seseorang itu harus nampak tua. Mungkin itulah prinsip yang dipegang oleh nenek ini. Dengan umurnya yang sudah menjangkau 83 tahun, nenek ini masih ingin kelihatan muda dan rela menghabiskan duit bagi melakukan pembedahan plastik.

Chen Yuxia (83 tahun) rela menghabiskan lebih dari RM16,000 agar kelihatan muda. Nenek yang berasal dari Singapura ini mengambil 6 botol dermal filler untuk disuntikkan ke pipinya, agar dapat menegangkan kulit yang kendur dan menghilangkan garis-garis kerutan di wajah supaya kelihatan lebih muda.

Walaupun ramai wanita berusia melakukan rawatan keremajaan kulit, namun amat jarang untuk melihat wanita seusia Chen melakukan pembedahan plastik bagi kelihatan muda.

Pakar kecantikan,  Dr Tan Dequan yang melakukan rawatan ke atas Chen mengatakan dia adalah pelanggan tertua yang pernah datang menemuinya. Bulan lalu, Chen datang ke kliniknya atas permintaan anak perempuannya, Zheng Xue Lian.

Zheng mengatakan, ibunya pernah berniat untuk pergi ke sebuah pusat kecantikan untuk rawatan laser ketika menyedari kedutan di pipinya semakin lendur dan meminta Zheng untuk menemaninya bagi mendapatkan rundingan.

"Bukan perkara yang pelik jika wanita berusia seperti ibu saya memiliki kedutan di pipi. Tapi apabila difikirkan dengan kemodenan teknologi sekarang, saya membiarkan dia merasai pengalaman baru tersebut," katanya.

Chen mengatakan prosedur yang dilaluinya tidak menyakitkan dan hanya diibaratkan seperti gigitan semut. Dia berasa terkejut dan sangat berpuas hati dengan hasil rawatan tersebut.

sumber- health.detik

Hamil Setelah Menonton Filem Porno 3D

Jennifer Stweart, mengaku hamil setelah menonton filem porno 3D di apartmen rakannya di New York. 

Dia berkata anaknya seiras dengan pelakon kulit hitam yang berlakon di filem porno tersebut, padahal suaminya seorang tentera yang sedang bertugas di luar negara berkulit putih.

3D porn movies

Dia merasa pening dan mual sebulan setelah menonton filem forno tersebut, dan ketika melakukan ujian kehamilan ternyata hasilnya positif.

Walaupun pengakuan isterinya agak pelik, Erick Johnson berkata, “Filem porno 3D kelihatan sangat realistik, jadi dengan teknologi sekarang segalanya mungkin berlaku.”

Mangsa perkahwinan paksa kongsi kisah penderitaan

“Apabila saya tidak kembali ke sekolah ketika berumur 13 tahun, mengapa pihak sekolah tidak bertanya apa-apa?

“Semasa saya melahirkan anak pada umur 14 tahun, mengapa doktor, jururawat atau pihak kebajikan masyarakat tidak menyoal ibu saya bagaimana saya boleh mengandung,” kata Sameem Ali, 42, ahli politik Britain yang menetap Manchester.

Berketurunan Pakistan, Sameem dipaksa berkahwin sebaik sahaja dia memasuki umur remaja dengan saudaranya yang berumur dua kali ganda lebih tua, dan hanya ditemuinya pada hari perkahwinan mereka.

kahwin paksa
Sally dan Nabil (gambar kecil)
“Saya lahir di Britain tetapi pada umur 13 tahun, saya dibawa ke Pakistan untuk bercuti, itu yang ibu bapa saya beritahu,” ceritanya.

Namun enam minggu kemudian, Sameem dikahwinkan dengan saudaranya. Ibunya berkata Sameem hanya boleh kembali ke Britain jika dia mengandung.

“Saya percaya saya dikahwinkan dan mengandung untuk membolehkan suami saya mendapat taraf penduduk tetap di Britain,” katanya.

Menurut Sameem, dia kembali ke Britain ketika sedang mengandung tujuh bulan dan melahirkan anak lelakinya pada usianya  14 tahun.

“Saya melarikan diri dari rumah sebaik sahaja saya disuruh membawa lelaki itu ke Britain ketika berumur 17 tahun. Dan saya tidak pernah lagi berjumpa dengannya selepas itu,” kata Sameem.

Pada 2011, kerajaan Britain melalui Unit Perkahwinan Paksa merekodkan 1,468 kes remaja bawah umur dipaksa berkahwin, dan 78 peratus daripada jumlah itu membabitkan wanita.

Namun, kerajaan Britain mengakui jumlah itu hanyalah permukaan dan tidak menggambarkan skala sebenar perkahwinan bawah umur kerana kebanyakan kes tidak dilaporkan. Kerajaan menganggarkan 5,000 hingga 8,000 kes perkahwinan paksaan di Britain setiap tahun.

Sameem berpendapat Peraturan Perlindungan Perkahwinan Paksa diperkenalkan pada 2008 di bawah Akta Perkahwinan Paksa (Perlindungan Awam) 2007 tidak boleh membantu mengatasi masalah ini.

“Saya tidak akan menghantar ibu saya ke penjara, walaupun dia memukul saya dengan teruk dan memaksa saya berkahwin,” kata Sameem.

“Undang-undang seperti ini tidak akan membantu kerana tidak ada anak yang akan menuding jari kepada ibu bapa sendiri,” katanya.

Ahli politik muda itu percaya isu perkahwinan paksa boleh ditangani hanya melalui pendidikan dan kesedaran.

Sebagai seorang yang dipaksa berkahwin muda, Sameem sanggup melakukan apa sahaja untuk mengelakkan kanak-kanak perempuan lain menjadi mangsa sama.

“Saya sanggup ke Pakistan dan menceritakan kisah saya kepada keluarga yang memaksa anak mereka berkahwin pada usia muda,” katanya dengan tegas. -DAWN

Permainan bertukar menjadi tragedi

Ketika zaman kanak-kanak, Sally as-Sabahi suka berlakon berkahwin dengan adik-beradiknya.

Sebagai kanak-kanak perempuan yang hidup susah di ibu negara Yaman, Sanaa, dia membayangkan baju pengantin yang cantik, alat solek dan majlis meriah membantunya melupakan kesusahan hidup dalam kemiskinan.

Jadi apabila ibunya menunjukkan gaun putih dan barang kemas kepadanya, Sally yang berumur 10 tahun bersetuju untuk berkahwin dengan lelaki dipilih ibu bapanya.

Lelaki bernama Nabil, 25, itu adalah saudaranya sendiri yang sebelum ini pernah berkahwin.

“Ayah dan mak memanggil saya keluar ke halaman rumah,” kata Sally yang menceritakan bagaimana dia akhirnya berkahwin dengan Nabil.

“Mereka beritahu saya supaya menarik nafas panjang dan bertanya sama ada saya ingin berkahwin. Saya jawab ya, tetapi adakah saya akan mendapat sehelai gaun, gula-gula, dan barang permainan?

“Mereka menjawab ya. Mereka berjanji akan memberikan apa sahaja kepada saya,” ceritanya.

Sally memenangi kes di mahkamah untuk bercerai dengan Nabil pada 2010 selepas kisahnya dilaporkan media tempatan dan mencetuskan debat di peringkat kebangsaan mengenai amalan perkahwinan pada usia muda.

“Saya tidak menggelarnya perkahwinan, saya menggelarnya rogol,” kata Shada Nasser, peguam wanita yang telah beberapa kali mengendalikan kes perkahwinan kanak-kanak perempuan bawah umur.

Pusat Kajian Wanita Antarabangsa mendapati hampir separuh daripada kanak-kanak perempuan di Yaman dikahwinkan sebelum umur mereka mencecah 18 tahun.

Kajian Universiti Sanaa mendapati di beberapa wilayah di negara itu, separuh daripada kanak-kanak perempuan dikahwinkan sebelum umur 15 tahun.

Sally masih ingat malam pertama perkahwinannya apabila Nabil memaksanya melakukan hubungan seks.

“Pada mulanya, saya rasa selamat. Sebab saya tidak tahu pun apa yang berlaku, jadi tentu saya tidak rasa takut. Tetapi kemudian saya berasa sakit dan darah mula keluar.

“Saya menangis dan menjerit. Saya benci diri saya sendiri. Sejak itu, saya melihat dia seperti bayang kematian,” cerita Sally.

Satu malam, apabila Sally enggan tidur dengan Nabil, ibu mertuanya mengikat kanak-kanak perempuan itu di katil.

Air mata ibu Sally, Nouria mula tumpah.

“Saya tidak pernah bercerita kepada Sally mengenai hubungan seks kerana saya malu. Saya sangka kakak saya (ibu Nabil) akan menjaga Sally seperti anak sendiri,” katanya.

Namun segala penderitaannya berakhir apabila dia memenangi kes penceraian pada 27 Mac 2010.

“Pagi itu saya rasa seolah-olah ada awan hitam di atas kepada saya, tetapi sekarang saya rasa sangat bebas,” katanya selepas menandatangani dokumen penceraian itu.

Apa pula kata Nabil?

“Semua lelaki perlu pertimbangkan umur, otak dan pastikan bakal isteri anda tidak gila,” katanya disambut gelak tawa sekumpulan lelaki yang berkumpul pada hari penceraiannya.

“Saya datang ke rumahnya dan berkahwin dengannya. Saya tak rasa ia adalah satu masalah kerana saya tidak tahu umur sebenar Sally,” katanya. 

sumber- Al Jazeera

Warga Indonesia tak mahu jiran homoseks

Jakarta: Satu bancian yang dijalankan di Indonesia mendapati sehingga 80 peratus penduduk di negara itu mengaku tidak dapat bertoleransi jika terpaksa berjiran atau bergaul dengan golongan homoseks. 

Bancian yang dijalankan Lingkaran Survei Indonesia (LSI) mendapati, responden juga menegaskan bahawa mereka berasa tidak selesa atau tenteram jika mempunyai jiran dengan identiti berbeza. 

Penyelidik LSI, Noviantoni Kahar berkata, kajian dijalankan selama seminggu bermula 1 Oktober lalu, membabitkan 1,200 responden dan kaedah sampel rambang.

cowok gay Indonesia
gambar hiasan
Beliau menambah, hasil kajian berkenaan memberi impak membimbangkan kerana ia boleh mewujudkan persekitaran kurang menyenangkan di dalam masyarakat yang terpaksa menerima kehadiran golongan itu di kalangan mereka. 

Beliau berkata, ia secara tidak langsung menjelaskan sikap kebanyakan penduduk di republik itu yang rata-rata tidak menerima golongan homoseks. 

Kami memberikan tiga kelompok jiran yang mungkin tidak disenangi atau ditolak terus oleh responden, iaitu puak Syiah, Ahmadiyah dan Homoseks. Hasilnya, kami dapati antara 15 hingga 80 peratus responden berkata, mereka tidak selesa jika terpaksa berjiran dengan golongan homoseks, katanya. 

Noviantoni berkata 41.8 peratus respondon berkata mereka tidak selesa berjiran dan bergaul dengan penduduk berfahaman Syiah, manakala 54 peratus lagi menyatakan kesediaan untuk menerima puak Syiah di dalam masyarakat mereka. 

Sementara itu, 46.6 peratus responden berkata mereka tidak menerima jiran yang berfahaman Ahmadiyah, 48.2 peratus lagi mengaku sanggup menerima golongan ini, manakala 5.2 peratus berkata mereka tidak tahu. 

Amat jelas bahawa penolakan terhadap kelompok homoseks adalah yang paling tinggi iaitu 80.6 peratus, dengan hanya 17.1 peratus berkata mereka bersedia menerima jiran daripada golongan ini, katanya. 

sumber- Agensi

3 maut insiden lelaki mengamuk di spa AS

BROOKFIELD: Tiga orang maut dan empat lagi mengalami kecederaan selepas lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam pusat spa harian di wilayah Wisconsin, Amerika Syarikat dan melepaskan tembakan awal pagi tadi, kata polis.

Azana Salon and Spa
PEGAWAI polis memantau di luar spa di Brookfield, Wisconsin.
Suspek dikenali sebagai Radcliffe Haughton, 45, kemudiannya ditemui mati di tempat kejadian di Brookfield, Milwaukeen. 

Kejadian berkenaan itu adalah yang kedua di AS pada tahun ini. Pada Ogos lalu, enam orang dibunuh dalam kejadian di kuil Sikh di Milwaukee, Oak Creek. Suspek menembak dirinya sendiri. 

Ketua Polis, Daniel Tushaus hanya memberikan sedikit maklumat berkaitan suspek tetapi media tempatan melaporkan bahawa dia sedang mengalami proses perceraian dengan isterinya yang bekerja di spa Azana. 

sumber- AFP 

Cubaan curi minyak gagal, lori terbakar

PENDANG - Cubaan sindiket mencuri minyak dari sebuah stesen minyak di sini gagal setelah lori yang digunakan itu musnah dalam kebakaran awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, kebakaran itu berlaku apabila pemandu lori berkenaan cuba mencuri minyak melalui tangki minyak bawah tanah di sebuah stesen minyak kira-kira jam 4.30 pagi, semalam.

Menurutnya, kebakaran itu mengakibatkan lori berkenaan hangus manakala stesen itu mengalami kerosakan kecil.

lori terbakar
Lori yang digunakan untuk mencuri minyak musnah dalam kebakaran, awal pagi semalam.
“Ketika kejadian, pemandu lori berkenaan melarikan diri dan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

“Siasatan awal mendapati lori yang digunakan suspek dilaporkan hilang di Sungai Petani pada 19 Oktober lalu,” katanya.

Menurutnya, pada awalnya pihaknya mengandaikan insiden berlaku merupakan kegiatan curi minyak, tetapi setakat ini tiada rekod diterima menyatakan berlaku kecurian berkaitan di Alor Setar.

"Polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengenalpasti suspek yang melakukannya.

"Setakat ini kami masih belum melakukan sebarang tangkapan," katanya.

sumber- Sinar

Awas! Getah pengikat rambut dari China

Jika anda ingin membeli getah pengikat rambut di pasaran terbuka, pastikan anda lebih berhati-hati terutama jika ianya adalah produk dari China.

Mengapa anda harus berhati-hati? Kerana bahan yang digunakan adalah amat mengejutkan iaitu kondom terpakai. Walaupun penggunaan kondom kitar semula telah diharamkan oleh kerajaan China, namun ianya masih diteruskan oleh pengusaha industri yang tidak bertanggungjawab kerana kosnya adalah lebih murah.

kondom kitar semula
kondom kitar semula
kondom kitar semula
kondom kitar semula

Harimau akar sesat dalam rumah

KOTA BHARU - Enam sekeluarga gempar selepas rumah mereka di Kampung Panji dekat sini, dimasuki seekor harimau akar atau nama saintifiknya neofelis nebulosa yang sesat malam tadi.

Mangsa, Nik Roziana Mohamed, 32, berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 8 malam ketika dia dan empat anaknya sedang bersedia untuk menonton perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Angkatan Tentera Malaysia di skrin gergasi berhampiran rumahnya.

harimau akar
TIGA anggota JPAM Kota Bharu menunjukkan harimau akar yang berjaya ditangkap di Kampung Panji, Kota Bharu semalam.
Katanya, kejadian tersebut disedari oleh anaknya, Megat Azim Haikal Megat Roslan, 9, yang ternampak binatang tersebut berada di bawah kereta yang diletakkan di halaman rumah dan kemudiannya masuk ke dalam rumah.

"Ketika kejadian, saya tiada di rumah kerana berada di tempat tayangan skrin gergasi. Tiba-tiba salah seorang anak saya datang memberitahu ada seekor harimau akar telah masuk ke dalam rumah.

"Pada mulanya saya ingatkan ia satu gurauan, sehinggalah ibu saya, Tuan Zainab Tuan Mahmood, 54, memaklumkan ada harimau masuk ke dalam rumah," katanya di sini semalam.

sumber- Kosmo

Pesawat pramugari pondan gantung perkhidmatan

pramugari pondan

BANGKOK: Selepas berjaya beroperasi dan menawarkan khidmat kru kabin pondan pertama di Thailand, syarikat penerbangan PC Air terpaksa menggantung perkhidmatan mereka disebabkan masalah kewangan dan menyebabkan penumpang terkandas di Korea Selatan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Chadchart Sittipunt berkata, “Syarikat penerbangan itu memberitahu Jabatan Penerbangan Awam Jumaat lalu, mereka tidak dapat meneruskan khidmat penerbangan disebabkan masalah perniagaan, maka mereka terpaksa menggantung perkhidmatan mereka.” 

Langkah itu dijangka berterusan sehinga akhir bulan ini. 

PC Air menjadi tajuk utama apabila mengambil empat pondan sebagai pramugari dan menawarkan khidmat penerbangan dari Bangkok ke Hong Kong dan destinasi Asia yang lain. 

sumber- BP

Pengawal pantai Jepun selamatkan kelasi China dari kapal terbakar

kapal terbakar

TOKYO: Pengawal pantai Jepun menyelamatkan 64 kelasi China daripada kapal yang terbakar semalam, walaupun kedua-dua negara itu masih belum mencapai persetujuan mengenai pulau yang menjadi rebutan.

Pengawal pantai diberitahu oleh pihak berkuasa Taiwan kelmarin mengenai kebakaran di atas kapal Ming Yang dan menghantar kapal peronda ke tempat kejadian, kira-kira 150 kilometer daripada Okinawa. 

Pada jam 2.30 pagi, kapal pengawal pantai Jepun menyelamatkan 21 orang yang berjaya menyelamatkan diri menggunakan rakit keselamatan sementara 43 orang lagi masih berada di atas geladak kapal yang terbakar yang didaftarkan di Saint Vincent dan Grenadines. 

Semua kelasi China itu diselamatkan pada jam 3.47 pagi. Tiga di antara mereka mengalami luka kecil, kata pengawal pantai.

Ketua jurutera kapal itu dilaporkan mendengar bunyi seperti letupan daripadan enjin utama petang kelmarin.

Pengawal Pantai Jepun sedang memantau perairan pulau yang menjadi rebutan, dikenali sebagai Senkaku di Jepun dan Diaoyu di China, jauh di bahagian barat lokasi kapal yang terbakar. 

Pengawal pantai berkata, empat kapal rasmi China berada di perairan dekat pulau itu, semalam. 

sumber- AFP

Ibu cuba selamat anak dari dilanggar trailer mati

PATTAYA: Seorang wanita Russia berusia 30 tahun terbunuh ketika cuba menyelamatkan anak perempuannya yang berusia setahun tujuh bulan daripada dilanggar trak trailer 18 tayar di daerah Sattahip, Chon Buri, semalam.

Selepas mendapat laporan pada kira-kira jam 1 pagi, polis NA Jomtien menemui mayat wanita itu di laluan kiri Jalan Sukhumvit (Pattaya-Sattahip) bertentangan Hotel Dor-Shada.

truck for sale
gambar hiasan
Anak perempuannya yang cedera, dihantar ke Hospital Krunghthep Pattaya. 

Pemandu trak, Supachai Kanchanakrajang, 21 yang menyerah diri di tempat kejadian berkata, dia dalam perjalanan pulang selepas membuat penghantaran di bandar Pattaya apabila mendengar jeritan dan melihat di cermin pandang belakang bahawa dia melanggar seseorang ketika membuat pusingan U. 

sumber- The Nation

Nasib gadis bermisai, berjambang

BEIJING: Bagi setiap gadis, usia belasan tahun adalah yang paling sukar dalam kehidupan mereka dan juga yang paling menyeronokkan dan tidak boleh dilupakan.

Tetapi tidak bagi Nana, 16, yang baru-baru ini ditumbuhi bulu lebat pada muka dan tubuhnya selepas menjalani rawatan untuk menyelamatkan nyawa.

Dia kini lebih rela menghabiskan masa bersendirian, berkurung di dalam bilik.

gadis berjambang

Gadis warga China itu, yang hanya mahu dikenali dengan nama pertamanya, menunjukkan janggut dan misai lebat yang tumbuh kerana menghidap penyakit ganjil, hirsuitism, selepas menjalani rawatan.

“Doktor berkata, penyakitnya amat serius dan dia boleh mati jika tidak dirawat,” kata ibu gadis itu kepada agensi berita China, Zinhua.

Nana terpaksa dimasukkan ke hospital selepas disahkan menghidap ‘aplastic anemia’ pada 2010, penyakit yang menyebabkan tulang sumsum Nana tidak menghasilkan sel darah baru secukupnya. 

Kesihatannya semakin pulih selepas menjalani rawatan dengan memakan ubat.

Bagaimanapun, keadaan fizikalnya mula berubah.

“Selepas memakan ubat itu, jambang lebat tumbuh pada muka sementara ketiak dan kakinya dilitupi bulu yang juga lebat,” menurut laporan Liao Shen Evening News.

“Setiap hari dia menangis, ingin ke sekolah,” kata ibunya.

Gadis itu berhenti sekolah pada 2010 kerana keadaannya itu.

Si ibu menyifatkan anaknya sebelum ini sebagai periang tetapi sejak menghadapi masalah itu, dia mula memencilkan diri dan memakai topeng kertas untuk melindungi mukanya dan kemeja lengan panjang setiap kali keluar rumah.

“Dia kini tidak mahu bercakap walaupun sepatah dan lebih banyak menghabiskan masa di bilik, membaca buku,” lapor Zinhua. 

sumber- DM

Mak ayah pergi haji, anak bawa balik jantan.

MELAKA: Seorang wanita dipercayai sanggup mengambil kesempatan untuk berdua-duaan dalam rumah bersama pasangannya ketika ketiadaan ibu bapanya yang menunaikan haji di Makkah sebelum mereka dicekup di Taman Semabok Jaya, kelmarin.

Difahamkan, perbuatan wanita berkenaan disedari jiran berdekatan yang melihat kelakuan mencurigakan seorang lelaki berusia 40-an yang memasuki rumah didiami wanita berusia lewat 20-an itu.

awek melaka
gambar hiasan
Bertindak atas maklumat itu, penduduk setempat diketuai Imam Masjid Al-Abrar Semabok, Muhammad Taufik Khalil melakukan pemeriksaan lanjut sebelum menemui pasangan berkenaan di kawasan rumah berkenaan jam 8.30 malam. 

Muhammad Taufik berkata, beliau dimaklumkan perkara itu apabila dihubungi seseorang ketika berada di masjid, jam 7.15 malam.

“Individu itu memberitahu yang seorang lelaki dilihat memasuki rumah wanita berkenaan dalam keadaan mencurigakan, selain turut menutup pintu pagar.

sumber- HMetro

Dua beranak maut nahas ngeri

KOTA TINGGI – Tanggal 16 Oktober lalu merupakan sambutan ulang tahun kelahiran terakhir buat seorang bapa sebelum dia menemui ajal selepas terlibat dalam satu kemalangan ngeri yang turut mengakibatkan anak perempuannya maut kelmarin.

Kejadian pukul 11.45 pagi di Kilometer 16 Jalan Tanjung Sedeli–Kota Tinggi berhampiran simpang Kampung Mawai Lama di sini itu mengakibatkan Md. Hanafi Tasrip, 65, dan anak bongsunya, Anira, 19, maut di tempat kejadian.

Proton Wira Aeroback
ORANG ramai melihat sebuah kren mengangkat kereta Proton Wira yang remuk selepas dirempuh sebuah lori hingga mengakibatkan Md. Hanafi dan Anira maut di Kota Tinggi kelmarin.
Dua beranak tersebut tersepit selama tiga jam selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa muatan pasir.

Mayat mereka dikeluarkan oleh pasukan penyelamat dengan bantuan tiga buah trak tunda.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila pemandu lori dari Tanjung Sedeli ke Kota Tinggi tersebut gagal mengawal kenderaan berat berkenaan sebelum merempuh kereta mangsa yang berada di laluan bertentangan. Pemandu lori terbabit tidak cedera.

sumber- Kosmo