Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, July 11, 2012

Iklan luar biasa menggunakan bangunan

Pelbagai cara dilakukan untuk mengiklankan produk bagi menarik perhatian pelanggan. Cara pengiklanan yang unik mampu menjadi tarikan yang luar biasa. Ada yang menggunakan cara pengiklanan bergerak, bercetak dan sebagainya. Gambar yang dikongsikan di bawah ini adalah salah satu cara pengiklanan yang luar biasa dan memerlukan kos yang terlalu tinggi.

gambar bangunan lucu
Lihatlah betapa uniknya bangunan yang digunakan sebagai  iklan ini


rambut paling panjang di dunia
Pantene Shampoo Building Ad
Iklan ini menggunakan konsep kisah dongeng kanak-kanak iaitu rapunzel. Ia juga menggambarkan betapa kuatnya rambut selepas menggunakan produk ini sehingga boleh dipanjat. 



bangunan aneh
Anando Milk Building Advertisement
Iklan ini untuk menggalakkan kanak-kanak meminum susu untuk kuat seperti budak didalam gambar itu. Kekuatan yang luar biasa sehingga mampu menolak bongkah bangunan tersebut.



kereta jatuh dari bangunan
Allstate Building Advertisement
Sebuah kereta sebenar digantung pada parking garage Marina Tower (bangunan popular di Pusat Bandar Chicago). Ia merupakan iklan insurance.



kalendat besar
Axe Building Advertisement
Iklan ini menyerupai kalendar yang bermaksud pengguna produk ini akan bertemu gadis berbeza setiap hari. Slogan produk ini ialah "Anda akan dihujani gadis jelita".



peti ais besar
Vodafone Building Advertisement
Iklan ini agak sukar diperjelaskan dan motif sebenarnya. Namun dari sudut pandangan, kita dapat lihat seperti seperti peti ais yang dilekatkan banyak magnet penghias. Mungkin ia ingin menyampaikan produk-produk yang disediakan oleh Vodafone.



eksiden langgar dinding
MBC ACTION TV Channel Building Ad
Sticker diletakkan pada bangunan pejabat untuk membuat ilustrasi bahawa seseorang telah melanggar dinding tersebut untuk mengelak kebosanan. Mungkin juga dapat ditafsirkan bahawa stesen tv ini membawa berita atau cerita luar biasa untuk disajikan kepada penonton.



capal melekat ke dinding
Havaianas Building Advertisement
Iklan ini mempunyai corak yang menarik dan terdapat selipar yang timbul terkeluar dari grafik tersebut. 



GTA IV free full download
GTA IV Building Advertisement
Permainan video terkemuka iaitu GTA IV dipromosikan secara besar-besaran menggunakan tiga buah bangunan.



tiupan angin kuat
Powerful Fan Building Advertisement
Iklan kreative diletakkan dibelakang bangunan Shanghai Haitong untuk mempromosikan kipas elektrik. Ia menggambarkan bahawa produk kipas angin yang dihasilkan oleh mereka adalah kuat sehingga mampu menggoncangkan bangunan dihadapannya.





bola besar tembus dinding
Nike Building Advertisement
Bola gergasi melanggar sebuah bangunan menggambarkan betapa hebatnya bola tersebut. Ianya sebenarnya adalah untuk mempromosikan Piala Dunia.



orang paling kuat di dunia
Powerhouse Gym Building Advertisement
Kreatifnya construction binaan dijadikan bebanan seperti peralatan di Gymnasium. Boleh ditafsirkan bahawa anda mampu menjadi sehebat ini jika berlatih di Gym mereka.



bangunan permainan lego
LEGO Building Advertisement
Iklan ini cukup ringkas dan mudah ditafsir. Bangunan tersebut seakan-akan diperbuat daripada lego dan telah tertinggal satu blok yang membuatkan ia tidak lengkap. Ia menyampaikan bahawa lego adalah satu permulaan awal bagi kanak-kanak untuk menghasilkan sebarang binaan pada masa hadapan.



gambar langgar dinding pecah
Nike Building Advertisement
Satu lagi iklan daripada Nike yang membawa maksud apa juga rintangan dapat dtempuhi dan mungkin juga anda akan memiliki kekuatan maksima selepas menggunakan produk dari mereka.

sumber- syoknyerblogging

Amazing Spider-Man Ungguli Box Office Amerika

spiderman wallpaper
Poster filem The Amazing Spider-Man
LOS ANGELES: "The Amazing Spider-Man" mengungguli carta box office Amerika Utara hujung minggu lalu - menewaskan filem komedi beruang kecil "Ted".

Filem terbaru Spider-Man itu yang kini dibintangi oleh Andrew Garfield dan Emma Stone - berjaya mengutip AS$62 juta dari Jumaat hingga Ahad lalu, demikian menurut pemantau box office, Exhibitor Relations.

"Ted," menduduki tempat kedua dengan kutipan sebanyak AS$32.2 juta .

"Brave," sebuah filem 3D keluaran Pixar mengenai seorang puteri Scottish yang cuba menyelamatkan ibunya daripada bomoh jahat berada di tangga yang ketiga dengan kutipan jualan tiket sebanyak AS$19.6 juta.

Filem arahan pengarah terkenal Oliver Stone berjudul "Savages" - yang mengenegahkan Salma Hayek sebagai ketua kartel dadah Mexico membuka tirai dengan menduduki tangga keempat dengan kutipan sebanyak AS$16 juta.

Filem kontroversi "Magic Mike," yang dibintangi oleh Channing Tatum dan Matthew McConaughey sebagai penari bogel lelaki berada di tangga kelima dengan kutipan AS$15.6 juta.



"Madea's Witness Protection" menduduki tangga keenam dengan AS$10.2 juta jualan tiket dan siri animasi popular "Madagascar 3: Europe's Most Wanted" jatuh di tangga ketujuh dengan kutipan sekitar AS$7.5 juta.

Filem "Katy Perry: Part of Me" yang mengisahkan tentang kehidupan penyanyi terkenal itu di dalam dan di luar pentas - bermula lembab dengan hanya mampu menduduki tempat kelapan dengan kutipan sebanyak AS$7.1 juta sahaja.

sumber- mstar

Kempunan rumah baru

HANGUS...Rosnizam melihat basikal yang turut hangus dalam kebakaran rumah dua tingkat malam kelmarin.
HANGUS...Rosnizam melihat basikal yang turut hangus dalam kebakaran rumah dua tingkat malam kelmarin.

KUALA NERANG: Impian tiga beranak membina rumah baru menggunakan wang simpanan berjumlah RM60,000 yang disorok di beberapa tempat dalam rumah mereka berkecai apabila kediaman berkenaan di Kampung Janing, di sini, musnah dalam kebakaran tengah malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, rumah dua tingkat berkenaan musnah dijilat api yang dipercayai berpunca daripada kejadian litar pintas di bahagian atas rumah.

Kebakaran itu turut mencederakan penghuni rumah, Razak Abdul, 66, yang melecur badannya tetapi tidak serius dan kini dirawat di Hospital Kuala Nerang (HKN) manakala isterinya, Zaharah Hassan, 40-an dan anak lelaki mereka, Rosnizam Razak, 34, tidak cedera.

Rosnizam berkata, kejadian berlaku pantas menyebabkan mereka tidak sempat berbuat apa-apa termasuk menyelamatkan wang tunai yang mahu digunakan untuk membina rumah baru.

“Kami tidak sempat menyelamatkan wang yang disimpan di merata tempat seperti dalam almari, bawah katil dan dalam bantal kerana ketika itu saya hanya memikirkan keselamatan ibu dan bapa.

“Ayah sudah lama berhasrat membina rumah lain berikutan lokasi rumah sedia ada sering dilanda banjir. Tambahan pula, rumah sedia ada ini sudah agak uzur kerana sudah berusia 40 tahun.

“Kami bercadang mengupah kontraktor dalam sehari dua ini untuk membina rumah baru lain,” katanya.

Menurut Rosnizam, dia berada di dapur manakala bapa serta ibunya sedang menonton televisyen apabila mereka dikejutkan dengan bau hangit dari tingkat atas.


Dia bergegas ke tingkat atas dan mendapati sebuah bilik sedang terbakar lalu memberitahu bapanya mengenai kebakaran itu, tetapi tidak sempat berbuat apa-apa.

Sementara itu, Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Nerang, Abdul Manaff Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.05 malam dan tiba di lokasi kejadian kira-kira 30 minit kemudian.

Katanya, anggotanya mengambil masa hampir sejam untuk mengawal kebakaran kerana api sudah terlalu marak dan pihaknya percaya kejadian itu berpunca daripada litar pintas.

Menurutnya, kelewatan pasukannya tiba di lokasi kejadian berikutan mereka baru selesai memadamkan kebakaran di kawasan Padang Terap sebelum bergegas ke rumah mangsa, sejurus menerima panggilan kecemasan.

sumber- HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...