Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, July 23, 2012

Beli Kereta Dengan Duit Syiling Seberat 300Kg


Seorang lelaki di Kota Xianyang China membeli sebuah kereta dengan menggunakan duit syiling seberat 300kg. Dia membawa duit syiling sebanyak 60 ribu Yuan ke sebuah pusat penjualan kereta yang terletak di  Provinsi Shaanxi, China.

Lelaki itu merupakan seorang peniaga tepung. Dia mengangkut syilingnya yang dikumpul dalam 7 guni tepung dengan menggunakan kereta untuk sampai ke situ. Dealer kereta yang bekerja di situ menghadapi kesukaran untuk mencari bank yang menerima syiling, akhirnya terdapat sebuah bank yang menerima syiling-syiling tersebut.

Lelaki itu tidak dapat membawa pulang kereta idamannya pada hari tersebut kerana pihak bank masih mengira kesemua duit syilingnya yang telah dikumpul selama 10 tahun dari hasil penjualan tepung.

Suspek mangsa bunuh Ketua Wanita Umno ditahan

Tragedi Ramadan, hajat warga emas pakai gelang tak kesampaian
Sebahagian ahli keluarga berkumpul di pekarangan bilik mayat Hospital Sultanah Bahiyah. Gambar kecil Halimah Yunus.
ALOR SETAR - Seorang lelaki telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pembunuhan bekas Ketua Wanita Umno cawangan Kampung Bukit Hangus, Jeneri, Sik pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di sebuah rumah di kampung berkenaan kira-kira 3.30 pagi semalam.

Polis turut merampas baju serta seluar suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan, katanya.

Ahmad berkata bagaimanapun pihaknya masih belum menemui senjata yang dipercayai digunakan untuk membunuh Halimah Yunus, 66.

Katanya suspek direman selama tujuh hari bermula semalam dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam kejadian kira-kira 9.20 malam itu, mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah selepas rumahnya dipecah masuk melalui pintu belakang.

Dia meninggal dalam perjalanan ke hospital.

sumber- Bernama

Rajagobal: Harimau Malaya ke Austria bulan depan

Datuk K. Rajagobal

KETUA jurulatih negara Datuk K. Rajagobal hari ini mengesahkan bahawa skuad Harimau Malaya akan menjalani latihan di Vienna, Austria dari 4-16 Ogos ini sebagai persiapan untuk mempertahankan Piala AFF Suzuki, November ini.

Beliau berkata, skuad 28 pemain tersebut akan mengadakan tiga perlawanan persahabatan dengan kelab profesional di negara berkenaan sepanjang tempoh
tersebut.

"Menerusi tiga perlawanan itu, saya harap dapat membuat penilaian mengenai kesebelasan utama untuk Piala AFF Suzuki nanti," katanya kepada pemberita
selepas sidang media perlawanan persahabatan dengan Arsenal FC hari ini.

Rajagobal turut berharap empat pemain utama skuad Harimau Malaya iaitu Mohd Safee Sali, Ahmad Shakir Mohd Ali, Yong Kuong Yong serta penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat yang kini berdepan dengan masalah kecederaan mampu pulih sebelum bermulanya saingan Piala AFF nanti.

"Kalau boleh, saya mahu menyenaraikan pemain terbaik negara untuk Piala AFF namun kita harus realistik bahawa mereka mungkin akan tercedera sekiranya saya menggunakan khidmat mereka secara berterusan," katanya.

Skuad Harimau Malaya berdepan laluan getir pada Piala AFF Suzuki kali ini apabila diundi bersama naib juara edisi 2010, Indonesia dan juara tiga kali
Singapura dalam Kumpulan B.

Turut akan disenaraikan dalam kumpulan berkenaan ialah naib juara pusingan kelayakan yang akan diketahui pada 13 Oktober depan.

Pusingan kelayakan kejohanan itu akan berlangsung dari 5 hingga 13 Oktober di Myanmar dengan format kalah mati melibatkan pasukan Brunei, Kemboja, Laos, Timor Leste dan tuan rumah.

Perlawanan Kumpulan A yang melibatkan Thailand, Vietnam, Filipina dan pemenang pusingan kelayakan akan berlangsung di Stadium Rajamangala di Bangkok manakala saingan dalam Kumpulan B akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, dari 24 November hingga 22 Disember.

Harimau Malaya akan membuka kempen dengan menentang Singapura pada 25 November diikuti naib juara pusingan kelayakan pada 27 November sebelum menutup aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 November.

sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...