Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, August 24, 2012

Stor simpanan gading gajah di Zimbabwe

Stor simpanan gading gajah di Zimbabwe
SEORANG pegawai memeriksa stor gading gajah milik Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Negara Zimbabwe di Hararekelmarin. - REUTERS
HARARE, Zimbabwe - Pihak berkuasa Zimbabwe menyimpan 50 tan gading gajah yang dirampas daripada pemburu haram.

Gading itu juga diperoleh daripada gajah yang ditemui mati.

Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Pengurusan Hidupan Liar dan Taman Negara Zimbabwe, Vitalis Chadenga mahu melelong gading tersebut.

Chadenga juga meminta Konvensyen Perdagangan Antarabangsa dan Spesies terancam Fauna dan Flora membenarkan gading itu dilelong.

Menurutnya, hasil lelongan itu akan digunakan untuk membiayai projek pemuliharaan haiwan. 

sumber- Agensi

Tangkap ikan layar gergasi di Hawaii

Tangkap ikan layar gergasi di Hawaii
PALMER berdiri di sebelah ikan layar yang ditangkapnyadi Kailua-Kona, Hawaii pada 18 Ogos lalu.
HONOLULU - Seorang wanita berusia 28 tahun, Molly Palmer menangkap seekor ikan layar seberat lebih setengah tan di Kailua-Kona di Hawaii pada 18 Ogos lalu, lapor agensi berita AFP semalam.

Ikan seberat 463 kilogram (kg) dan sepanjang 3.65 meter itu ditangkap semasa Pertandingan Jemputan Ikan Layar Pulau Besar.

Penganjur pertandingan, Jody Bright berkata, tangkapan itu mengatasi rekod yang dibuat seorang wanita yang berjaya menangkap ikan sama dengan berat 430.91kg.

Bagaimanapun, Palmer tidak diisytiharkan pemenang dan memenangi hadiah wang tunai kerana dia menaikkan ikan tersebut dengan bantuan rakan-rakannya di atas kapal.

Berdasarkan undang-undang pertandingan menangkap ikan antarabangsa, pemenang perlu menangkap dan menarik ikan tersebut di atas kapal tanpa bantuan rakan-rakan.

Menurut kapten kapal, Neal Isaacs, ikan itu ditangkap selepas 40 minit Palmer mula memancing.

Beliau berkata, ikan tersebut mati di bawah kapal selepas pertarungan untuk menangkapnya berlaku.

Kapten kapal dan suami Palmer kemudian memutuskan untuk membawa naik ikan tersebut di atas kapal kerana berat wanita tersebut hanya 72.57kg kurang enam kali ganda berat ikan itu. 

sumber- Agensi

Lelaki gigit ular tedung hingga mati

ular tedung
GAMBAR fail menunjukkan seekor ular tedung.
KATHMANDU - Seorang petani Nepal menggigit seekor ular tedung sehingga haiwan itu mati, kata polis semalam.

Petani itu, Mohamed Salmo Miya melakukan perbuatan itu bagi membalas dendam selepas haiwan tersebut mematuknya, lapor agensi berita AFP semalam.

Ketua polis tempatan, Uma Prasad Chatrubedi menyatakan Mohamed sedang bertani dekat kampungnya yang terletak 200 kilometer ke tenggara Kathmandu ketika dia dipatuk ular tersebut.

"Seorang petani di Kampung Bardanga telah membunuh seekor ular tedung putih dengan giginya kerana marah.

"Ular tersebut mematuknya semasa dia sedang bekerja di sawah padi miliknya pada Selasa lalu.

"Lelaki itu kemudian berlari dan membunuh ular tersebut," katanya.

Mohamed turut dirawat di sebuah klinik tempatan dan dia kini berehat di rumahnya.

"Saya berasa amat marah selepas ular itu mematuk saya. Kemudian saya mengekori haiwan itu, menangkap dan menggigitnya sehingga mati," dakwanya yang berusia 55 tahun kepada akhbar Annapurna Post.

"Saya mungkin membunuhnya dengan kayu tetapi saya menjadi 'gila' kerana marah dan mahu membalas dendam.

"Saya membunuhnya dengan gigi saya," tambahnya.

Nepal mempunyai pelbagai jenis ular berbisa dan tidak berbisa.

Salah satu ular berbisa itu dikenali sebagai ular batu India sepanjang 10 meter.

Menurut agensi berita Reuters, seorang pegawai polis, Niraj Shahi berkata, lelaki itu tidak akan didakwa membunuh ular tersebut.

Menurutnya lelaki itu tidak didakwa kerana haiwan tersebut tidak disenaraikan sebagai spesies terancam. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...