Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, October 3, 2012

Pecah rekod halangan bunyi dalam terjunan bebas

Pecah rekod halangan bunyi dalam terjunan bebas
SEORANG kru sedang memeriksa kapsul angkasa lepas yang bakal digunakan oleh Felix Baumgartner untuk memecah rekod halangan bunyi semalam.
CAPE CANAVERAL, Florida - Tinggal satu minggu lagi sebelum sejarah terjunan udara bakal tercipta.

Pada Isnin minggu hadapan, seorang warganegara Austria, Felix Baumgartner akan cuba melakukan terjunan bebas terpantas, tertinggi dan bakal menjadi penerjun udara pertama di dunia menghampiri kelajuan bunyi.

Bunyi bergerak selaju 1,236 kilometer sejam(km/j) .

Dia merancang membuat terjunan dari sebuah belon helium pada ketinggian 37 kilometer di padang pasir New Mexico dengan kelajuan 1,110 km/j.

Baumgartner, akan memakai satu sut bertekanan tinggi dan topi seperti seorang angkasawan.

Percubaan itu mempunyai banyak risiko, termasuk pembentukan buih dalam aliran darah yang boleh membawa maut dan darah beku pada otak.

Ketua penasihat perubatannya ialah bekas pakar bedah penerbangan Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan. 

sumber- Agensi

1,000 pelajar berpakaian seperti Gandhi

Guinness World Records Mahatma Gandhi
SEKUMPULAN pelajar India memakai pakaian menyerupai Mahatma Gandhi di Ahmedabad bagi memecahkan rekod dunia semalam.
AHMEDABAD - Kira-kira 1,000 orang pelajar berpakaian seperti Mahatma Gandhi, mengambil bahagian sempena majlis sambutan ulang tahun kelahiran bapa pejuang kemerdekaan India itu.

Mereka berkumpul dalam majlis yang dikenali sebagai Ahinsa Dandi Yatra di bandar ini semalam.

Perhimpunan tersebut berjaya mendapat pengiktirafan Guinness World Records sebagai rekod dunia baharu untuk bilangan orang paling ramai berpakaian seperti Gandhi.

Gandhi atau nama sebenarnya Mohandas Karamchand Gandhi dilahirkan pada 2 Oktober 1869 dan meninggal dunia pada 30 Januari 1948 ketika berusia 78 tahun. 

sumber- Agensi

Finalis ratu cantik jadi jurulatih bola sepak

Tihana Nemcic
BEKAS finalis Ratu Sukan Croatia, Tihana Nemcic menunjuk aksi menimbang bola kelmarin.
VOJAKOVAC, Croatia - Seorang wanita, Tihana Nemcic, mahu dirinya dilayan sama seperti ketua jurulatih yang lain.

Nemcic, 24, yang merupakan bekas pemain bola sepak antarabangsa Croatia dan model sambilan kini mendapat perhatian luar biasa.

Ini kerana dia telah mengambil alih tugas sebagai jurulatih pasukan bola sepak lelaki Croatia bagi pasukan NK Viktorija Vojakovac yang beraksi dalam divisyen kelima.

Nemcic, bekas pemain kelab di Croatia, memperolehi ijazah dari Universiti Sukan negara ini pada Julai lalu.

Sejak menggalas tugas sebagai jurulatih pasukan NK Viktorija Vojakovac, Nemcic menegaskan bahawa dia bertanggungjawab ke atas pasukan bimbingannya dan bukan untuk mendapat publisiti media.

"Saya ialah ketua jurulatih. Saya mempunyai kebebasan penuh untuk mencipta dan merancang taktik pasukan," kata Nemcic.

Pasukan bimbingannya kini berada pada kedudukan ke-16 dalam liga dengan empat mata selepas mencatat satu kemenangan, satu kekalahan dan seri.

Nemcic yang juga merupakan 15 finalis bagi merebut gelaran Ratu Sukan Croatia pada tahun 2008 mengakui berdepan cabaran tertentu dalam melatih pemain lelaki. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...