Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, November 25, 2012

Pemilik sarkas bersalah dera gajah

LONDON: Pemilik sarkas Britain didapati bersalah atas tiga kesalahan menyebabkan kesakitan ke atas seekor gajah Asia yang diberi nama Anne.

Bobby Roberts dilepaskan dengan syarat untuk tiga tahun oleh mahkamah di Northampton kerana mendera gajah berusia 58 tahun dalam jagaannya itu.

dera gajah

Robert, 69, juga didapati bersalah kerana tidak menghalang pekerja Romania daripada memukul haiwan itu yang kakinya dirantai ke tanah. Haiwan itu juga dipukul dengan serampang peladang.

Dia juga gagal memastikan keperluan gajah itu dipenuhi dan tidak memberi ubat untuk penyakit artritis.

Roberts tidak dihalang daripada membela haiwan.

Hakim Daerah, David Chinnery berkata, Robert tidak menyebabkan kesakitan secara langsung dan menjaga haiwan sepanjang kariernya tanpa kritikan.

“Anda tidak mendera haiwan dengan tangan anda sendiri,” katanya.

“Perbuatan merantai haiwan itu adalah kesalahan serius tetapi kekejaman sebenar dilakukan oleh pekerja anda yang anda percaya untuk menjaga Anne tanpa pengetahuan anda dan akibatnya perniagaan anda terjejas dan anda kehilangan segalanya yang dibina sejak lima puluh tahun lalu,” katanya.

sumber- HMetro

Pasangan kejam

LONDON: Pasangan “ganas” yang menyerang seorang warga emas dan menggeledah rumahnya, dijatuhkan hukuman penjara.

Laurynas Dauksas, 25, dijatuhkan hukuman penjara 11 tahun manakala Aurelisa Galdikaite, 23, dipenjara sembilan tahun kerana menyerang Arnold Hilton.

Arnold Hilton
HILTON terlantar di hospital akibat kecederaan parah.
Hilton, 88, bekas pekerja syarikat lombong arang batu, ditumbuk dan disepak manakala hampir setiap “laci di setiap bilik” rumahnya di Uphollad, Lancashire, digeledah oleh pasangan itu, Mac lalu.

Dia ditemui oleh anaknya, Stuart, berdarah dan terbaring di lantai bilik tidur pada jam 6.30 keesokan paginya.

Hilton memberitahu anaknya, dia tidak akan dapat bertahan lagi.

Stuart berkata, ayahnya mempunyai lima anak, sepuluh cucu dan seorang cicit, berubah sejak serangan itu.

“Sebelum serangan itu, walaupun sudah berusia 88 tahun, beliau seorang yang suka bersosial. Dia akan menaiki bas untuk pergi ke pub sejauh dua batu, untuk bertemu rakannya.”

Stuart berkata, bapanya suka sukan dan bermain golf serta suka menonton bola sepak dan ragbi.

“Tapi sekarang, dia sudah tidak boleh keluar lagi dan terpaksa tinggal di rumah orang tua 24 jam,” katanya.

Ketika menjatuhkan hukuman penjara ke atas pasangan Lithuania itu, Hakim David Aubrey berkata, “Ini adalah kesalahan kejam menjijikkan. Anda memusnahkan hidup lelaki itu, walaupun anda tidak membunuhnya tetapi anda mungkin akan melakukannya.”

sumber- DM

Lelaki bogel duduk di atas patung manusia

LONDON - Seorang lelaki bogel ditangkap selepas dia duduk di atas patung manusia dekat pejabat Perdana Menteri Britain, David Cameron di sini kelmarin.

Polis menutup kawasan di sekitar patung itu dan memujuknya untuk turun dari patung tersebut.

Lelaki bogel duduk di atas patung manusia
SEORANG lelaki yang berbogel (dalam bulatan) duduk di atas patung manusia di London kelmarin.
Menurut polis, dia kemudian berjaya dipujuk dan ditahan menerusi Akta Kesihatan Mental. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...