Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, November 25, 2012

Cermin mata pintar buat si buta

TONGKAT dan anjing mungkin tidak lagi digunakan menjelang 2015 kelak dengan adanya cermin mata khas buat orang buta.

Cermin mata pintar
Cermin mata yang dilengkapi kamera khas akan melalui beberapa proses ujian bermula Januari depan.
Menurut pakar Universiti Oxford, Dr Stephen Hicks, alat bantuan melihat itu direka untuk menghalang seseorang yang berada dalam peringkat permulaan buta menjadi buta kekal.

"Beberapa kamera stereoskopik kecil dimasukkan ke dalam lapisan cermin berkenaan kemudian pemakainya dapat melihat dengan jelas apa sahaja objek di hadapan," Hicks yang juga pencipta alat bantuan melihat ini.

Cermin mata khas
Cermin mata yang dilengkapi kamera khas akan melalui beberapa proses ujian bermula Januari depan.
Bagaimanapun, Hicks berkata, alat bantuan khas itu perlu menjalani beberapa ujian bermula Januari depan melibatkan 160 sukarelawan bermasalah penglihatan di Oxford dan London.

Beliau menambah, selain membantu seseorang yang buta melihat dengan jelas, kos untuk memiliki sepasangan cermin mata itu jauh lebih murah iaitu £600 (RM2,943) berbanding kos melatih anjing pemandu mencecah £30,000 (RM147,157) .  

sumber- MailOnline

Kemalangan maut, motosikal rempuh Proton Iswara

KUALA ROMPIN – Seorang remaja Orang Asli maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara di Kilometer 140 Jalan Kuantan-Johor Bharu di Simpang Selendang dekat sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.20 malam itu, Lee Kam Yew, 19, dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) selepas cedera parah di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia semalam di hospital itu.

Kemalangan maut
Motosikal yang dipandu Kam Yew dipercayai merempuh Proton Iswara, kelmarin.
Ketua Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rompin, Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Kampung Batu 8, Pontian menuju Kuala Rompin.

“Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Tanjung Gemok menuju Ke Kuala Rompin, sementara pemandu kereta itu dipercayai datang dari Kuala Rompin menuju ke Felda Selendang,” katanya kepada Sinar Harian.

Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang tiba di simpang masuk ke Jalan Selendang dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh bahagian pintu kiri kereta tersebut hingga menyebabkan mangsa tercampak dari motosikal yang ditungganginya.

“Dalam kejadian itu, pemandu kereta dipercayai cuba masuk ke simpang sebelah kanan bagaimanapun, penunggang motosikal yang berada tidak jauh dari arah kereta itu tidak sempat memberhentikan kenderaan lalu merempuh kereta itu,” katanya.

sumber- Sinar

Ahli gimnastik paling tua di dunia

Seorang nenek dari Jerman telah tercatat namanya di dalam Guinness Book of Records sebagai ahli gimnastik paling tua di dunia. Pertunjukan Joanna Quaas, 86, begitu mengagumkan malah langsung tidak menggambarkan usia sebenarnya. Quaas mengamalkan gaya hidup sihat seperti rutin senaman dan juga yoga dalam penjagaan kesihatannya.

Joanna Quaas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...