Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, November 30, 2012

Video Hantu Kanak-Kanak mengusik pengguna lif

RIO DE JANEIRO - Satu program televisyen cuba meninjau reaksi para pengguna lif apabila mereka melihat hantu, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Kamera dipasang dalam lif itu tanpa disedari oleh para pengguna semasa rakaman tersebut dibuat.

Hantu Kanak-Kanak
GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube semalam menunjukkan seorang wanita cuba mengelak daripada melihat 'hantu' budak perempuan (kiri) di dalam sebuah lif dalam sebuah program televisyen di Brazil. 
Dalam program itu, hanya seorang atau dua pengguna sahaja berada di dalam lif tersebut.

Selepas pintu lif itu ditutup, pengguna tersebut tidak menyedari ia sebenarnya tidak bergerak.

Cahaya lampu di dalam lif tersebut kemudian terpadam seolah-olah menunjukkan bekalan elektrik terputus.

Semasa bekalan elektrik itu terputus, seorang budak perempuan yang menyamar sebagai hantu dengan membawa anak patung merangkak keluar dari sebuah pintu rahsia.

Apabila cahaya lampu dihidupkan semula, pengguna lif itu terkejut apabila mendapati kanak-kanak perempuan tersebut muncul dengan tiba-tiba.

Wajah kanak-kanak itu yang kelihatan seperti hantu menyebabkan pengguna lif tersebut ada yang menutup mata dengan tangan.

Terdapat juga pengguna lif lelaki yang terus berlari sejurus pintu dibuka.

Salah seorang pengguna wanita pernah menjerit apabila melihat 'hantu' itu. 

sumber- Agensi

Thursday, November 29, 2012

Wanita ini bukan menunggang motosikal

Sekilas pandang, gambar-gambar ini seakan wanita yang sedang menunggang motosikal. Namun apa yang dilihat ini keselurahannya adalah manusia yang telah dicat. Seorang artis, Trina Merry bertanggungjawab dalam mewarnakan mereka, mengatur pergerakan, serta mendapatkan gambar yang menakjubkan ini. Ianya dipersembahan untuk Progressive International Motorcycle Show tahun ini. Seni ini hanya dapat dijayakan dengan bantuan model yang pakar dalam yoga.

seni kreatif
seni kreatif
seni kreatif

10 iklan dengan lif yang kreatif

Lif pada asasnya dibina sebagai pengangkutan dari satu aras ke aras yang lain dengan mudah. Dengan penggunaannya sebegitulah, ramai pengiklan kreatif mengambil kesempatan untuk mengiklankan produk-produk mereka. Berikut adalah 10 iklan kreatif yang menggunakan lif sebagai medium pengiklanan.

iklan lif
Iklan OREO ini dijayakan dengan konsep mencelup biskut ke dalam susu. Sesuai dengan tagline biskut tersebut iaitu 'Putar, Rasa, Celup'.

iklan lif
Iklan kreatif yang menggambarkan manfaat sebuah produk kopi. Lif yang terbuka akan mengejutkan pengguna apabila dilihat seakan tiada lantai. Ianya disamakan dengan kehebatan kopi yang dikeluarkan ini dimana peminumnya akan tiba-tiba bangun dari mengantuk.

iklan lif
Iklan produk pisau di Jepun.

iklan lif
Iklan yang diberi nama Scale ini direka oleh agensi pengiklanan Rethink untuk Science World di Canada. Ianya bagi membuktikan sains itu menyeronokkan dengan fakta ringkas 'Berat anda akan merosot ketika anda turun'. Penimbang akan diletakkan dalam lif dan pengguna boleh mencuba sendiri sama ada fakta tersebut benar atau tidak.

iklan lif
Iklan sebuah firma guaman yang menyediakan perkhidmatan untuk mereka yang bercerai.

iklan lif
Iklan dari agensi Wirz/BBDO, Switzerland. Ianya diambil kesempatan dari struktur lif tersebut yang diperbuat dari kaca dan hanya memerlukan ruang yang sedikit bagi meletakkan sticker. Iklan ini bagi membolehkan pengguna mendapat gambaran terjunan udara ketika lif tersebut sedang turun ke tingkat bawah.

iklan lif
Iklan produk untuk mengatasi masalah keguguran rambut.

iklan lif
Iklan ini bukan mengenai peti ais tetapi mungkin mengenai perkhidmatan menghapus serangga. Dari hadapan, mungkin peti ais kelihatan cantik dan bersih, namun siapa sangka dibelakangnya tersembunyi serangga seperti lipas.

iklan lif
Iklan mengenai keselamatan jalan raya yang dirancang oleh syarikat Volkswagen di sebuah hospital Utara Itali.

iklan lif
Iklan pelaburan Link Trade Stock Market. Ianya menyampaikan, 'jangan menjadi seperti ayam belanda yang sedang membeku ketika bermasalah membuat pelaburan'.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...