Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, December 2, 2012

Profesor dipanah dalam kelas

CASPER (Wyoming): Seorang lelaki yang membawa senjata tajam dipercayai busur dan anak panah membunuh dua orang, termasuk seorang profesor kolej dalam kelas Sains sebelum membunuh dirinya semalam.

polis
ANGGOTA polis lengkap bersenjata bersedia untuk menangkap suspek semalam.
Sebelum itu, suspek turut membunuh seorang wanita yang memakai pijama di jalan raya dekat kampus kolej itu. Ketua Polis Casper, Chris Walsh berkata, profesor lelaki itu dan suspek ditemui mati dalam kelas di Pusat Sains Fizikal kolej komuniti berkenaan kira-kira jam 9 pagi, lapor akhbar Casper Star-Tribune. Akhbar itu turut melaporkan seorang pelajar wanita melihat pembunuh itu memanah seorang profesor sebelum menikamnya dengan senjata tajam berulang kali.

Polis percaya ketiga-tiga mangsa mempunyai kaitan, tetapi serangan tidak berkaitan dengan kolej itu. Pembunuh juga bukan pelajar di kolej terbabit yang dikenakan kawalan ketat hingga tengah hari ekoran kejadian itu.

Polis berkata, pihaknya dihubungi supaya bergegas ke Kolej Casper kira-kira jam 9 pagi bagi menangani kejadian itu.

“Terdapat tiga kematian disahkan di dua kawasan berasingan di tempat kejadian. Seorang mangsa adalah kakitangan kolej,” kata polis dalam satu kenyataan. 

sumber- FN

Mesin layan diri Coca-cola 007

Mesin layan diri yang sangat interaktif. Ianya memberi peluang untuk pengguna merasai sendiri pengalaman menjadi agen 007. Selepas mendapatkan minuman, pengguna dikehendaki untuk memasukkan nama. Kemudiannya diarahkan untuk menjalankan misi ke sesuatu tempat yang ditetapkan dalam masa 70 saat. Kedengaran agak mudah, namun sepanjang misi tersebut, pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi. Jika berjaya, mereka akan mendapat tiket eksklusif bagi menonton filem terbaru James Bond, 'Skyfall' . Mesin tersebut diletakkan di sebuah stesen kereta api Britain.

007 vending machine

Rumah tengah lebuh raya dirobohkan

BEIJING - Pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan menjadi kontroversi baru-baru ini.

rumah kena roboh
BEBERAPA buah jentera berat digunakan untuk merobohkan rumah Luo Baogen selepas dia dan isterinya bersetuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000. 
Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh semalam selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615).

Luo menjadi satu-satunya pemilik rumah yang enggan keluar dari kawasan yang telah diratakan untuk dijadikan lebuh raya di wilayah Zhejiang itu.

Luo baru sahaja menyiapkan rumahnya dengan kos AS$95,000 (RM288,743) sebelum kerajaan menawarkan pampasan sebanyak AS$35,000 (RM106,379) supaya berpindah,

Tidak jelas kenapa Luo menerima tawaran tersebut. Menurut Chen, Luo sudah penat dengan perhatian media dan menerima tawaran itu secara sukarela.

Pihak berkuasa China biasanya memberi tekanan kepada pemilik tanah atau rumah supaya bersetuju menerima pampasan dalam usaha meneruskan pembangunan. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...