Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, February 4, 2013

Kucing mengembara 200 batu untuk pulang ke rumah

Seekor kucing yang dinamakan Holly telah mengembara sejauh 200 batu untuk pulang ke rumah setelah hilang ketika percutian bersama tuannya.

Kucing mengembara 200 batu untuk pulang ke rumah

Dalam insiden tersebut, pemiliknya Jacob dan Bonnie Richter sedang bercuti di Pantai Daytona, Florida. Secara tiba-tiba kucing mereka melarikan diri kerana takut dengan bunyi bunga api. Jacob merasakan Holly telah mati sehinggalah ianya ditemui semula di sebuah taman yang terletak kira-kira sebatu dari rumah mereka di Pantai West Palm iaitu 200 batu dari tempat kali terakhir Holly dilihat.

Kucing mengembara 200 batu untuk pulang ke rumah

Richter berkata, "Ianya seperti kehilangan anak. Holly adalah sebahagian dari hidup saya. Bukan sebagai haiwan peliharaan, tetapi sebagai ahli keluarga." Holly kembali 63 hari kemudian dengan kehilangan separuh berat badannya serta tidak bermaya untuk berbunyi.

Kucing mengembara 200 batu untuk pulang ke rumah

Pakar haiwan, Professor Marc Bekoff dari Universiti Colorado berkata, "Holly mungkin mempunyai deria arah dan mendapat petunjuk dari tanda-tanda atau bunyi. Namun masih tidak diketahui bagaimana ia boleh kembali ke rumah."

Tasik bertukar hijau

AREGUA, Paraguay - Sejumlah ikan mati apabila air Tasik Ypacarai dekat sini bertukar menjadi hijau kelmarin.

Penduduk yang tinggal berdekatan tasik itu terpaksa berdepan bau busuk bangkai ikan tersebut.

Air itu bertukar menjadi hijau adalah kerana kewujudan tumbuhan alga biru hijau yang turut dikenali sebagai cyanobacteria di dalam tasik berkenaan.

Tasik bertukar hijau
Tasik bertukar hijau
Tasik bertukar hijau
Tasik bertukar hijau
Tasik bertukar hijau
Tasik bertukar hijau
Tasik bertukar hijau

sumber- Agensi

Mumia 4,000 tahun diimbas

RICHMOND, Virginia - Para kakitangan Muzium Seni Halus Virginia di sini menganalisis mumia lelaki yang berusia 4,000 tahun pada Jumaat lalu.

Mumia 4,000 tahun diimbas

Pihak muzium itu bekerjasama dengan sebuah pusat perubatan untuk membuat analisis itu dengan menggunakan mesin imbasan tomografi berkomputer.

Imbasan itu dibuat di Pusat Pengimejan HCA Virginia di sini.

Mumia 4,000 tahun diimbas

Penggunaan mesin berkenaan akan membolehkan imej tiga dimensi mumia tersebut diperoleh dan membentuk semula wajah lelaki itu.

Mumia 4,000 tahun diimbas

Pakar-pakar berharap mereka akan dapat mengetahui umur mumia yang bernama Tjeby dengan tepat, diet dan punca kematiannya menerusi data-data pengimejan mesin itu.

Mumia 4,000 tahun diimbas

Mereka juga mahu mengetahui bahan yang digunakan untuk mengawet mayat lelaki tersebut dan organ-organ badan yang telah dikeluarkan.

Mumia 4,000 tahun diimbas

Mumia itu ditemui di sebuah kawasan kubur di Sheikh Farag, Mesir dan digali pada tahun 1923.

Penyelidikan yang dilakukan sebelum ini mendapati si mati mungkin berusia antara 23 hingga 40 tahun. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...