Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, February 5, 2013

Cara menjual susu kambing di China

Ramai yang tahu mengenai khasiat susu kambing. Apatah lagi jika ianya adalah susu segar. Di beberapa kawasan sekitar China, susu segar yang dijual adalah benar-benar segar. Penjual susu akan membawa kambing tenusu mereka menaiki van dan akan memerah susu tersebut di hadapan pembeli. Dengan cara itu, ianya dapat meyakinkan pembeli bahawa susu yang dijual tidak dicampur dengan benda asing seperti air atau telah diperah dalam tempoh yang lama.

Cara menjual susu kambing di China
Cara menjual susu kambing di China
Cara menjual susu kambing di China

Rangka manusia disahkan milik Raja England

LEICESTER - Identiti satu rangka tulang yang ditemui di dalam tanah di sebuah tempat meletak kereta di sini telah disahkan para saintis sebagai Raja Richard III yang pernah memerintah England.

Rangka manusia disahkan milik Raja England

Para penyelidik dari Universiti Leicester mendapati keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) pada rangka tulang berusia 500 tahun itu sepadan dengan seorang keturunan adik perempuan raja tersebut.

Ujian DNA yang dibuat itu melibatkan seorang pembuat perabot yang dilahirkan di Kanada, Michael Ibsen.

Ibsen merupakan keturunan adik raja itu, Anne of York.

Rangka manusia disahkan milik Raja England

Kesan kecederaan yang didapati pada rangka tulang itu adalah akibat satu pertempuran.

Pengumuman itu dibuat oleh seorang pakar arkeologi, Richard Buckley pada satu sidang akhbar di universiti tersebut semalam.

Rangka tulang itu ditemui pada September 2012.

Raja itu meninggal dunia dalam pertempuran Bosworth yang berlaku pada tahun 1485.

Rangka manusia disahkan milik Raja England

Mayat baginda kemudian diarak dalam keadaan bogel dan berlumuran darah dari medan pertempuran ke Leicester, tengah England sebelum dikebumikan di sebuah kubur tanpa batu nisan di Greyfriars di sini.

Menurut Buckley, rangka tulang tersebut akan dikebumikan di Gereja Leicester di sini. 

sumber- Agensi

Baba pakai serban gergasi di India

Baba 'Avtar' Singh

NEW DELHI - Seorang lelaki, Baba 'Avtar' Singh memakai serban yang panjang kainnya sehingga 500 meter semalam.

Dia memakai serban itu semasa mengunjungi Kuil Emas di Amritsar di India dekat sempadan Pakistan.

Baba merupakan anggota Nihang iaitu kumpulan tradisional panglima beragama Sikh. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...