Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com
Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.
Isu Semasa
Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.
Pelik
Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.
Herba Dan Botani
Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.
Alam Ghaib
Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.
Friday, February 22, 2013
Mayat ditemui dalam tangki air hotel

LOS ANGELES - Mayat seorang pelancong warga Kanada yang berusia 21 tahun, Elisa Lam ditemui di dalam sebuah tangki air di atas bumbung sebuah hotel di Los Angeles selepas tiga minggu dia didapati hilang, kata polis kelmarin.
Mayat itu ditemui pada hari Selasa lalu selepas pengunjung Hotel Cecil di sini mengadu mengenai tekanan air yang rendah.
Seorang pekerja penyelenggaraan menemui mayat Lam.
Lam yang berasal dari Vancouver dan mengembara seorang diri telah didapati hilang sejak akhir bulan lalu apabila dia didapati tidak lagi menghubungi keluarganya pada setiap hari.
Rakaman video keselamatan sebuah kamera litar tertutup dekat sebuah lif menunjukkan dia berkelakuan ganjil.
Pihak pengurusan hotel itu berkata, pintu masuk ke atas bumbung itu telah ditutup dan ia dilengkapi sistem penggera.
Namun, empat buah tangki simpanan air tidak dikunci.
"Kami tidak menolak ia adalah perbuatan khianat," kata jurucakap jabatan polis di sini, Rudy Lopez kepada akhbar LA Times.
Katanya, tiada apa yang didapati mencurigakan ditemui di kawasan kejadian.
Menurutnya, polis kini sedang menyiasat pergerakan Lam selepas dia tiba di Los Angeles pada 26 Januari lalu.
sumber- AFP
Video: Tukar tayar semasa kereta senget
LOS ANGELES - Satu rakaman klip video menunjukkan aksi seorang penduduk Arab Saudi menukar tayar bekalang semasa kereta yang dinaikinya bergerak dalam keadaan senget, lapor akhbar New York Daily News kelmarin.

Menurut akhbar itu, aksi tersebut dilakukan di sebuah lebuh raya di negara tersebut. Seorang penumpang yang duduk di bahagian belakang membuka pintu dan menukar tayar kereta tersebut semasa ia berada dalam keadaan senget.


Klip tersebut dimuat naik pada 10 Februari lalu. Dalam rakaman di YouTube itu, pelagak ngeri tersebut dilihat turut menanggalkan skru tayar dengan tangannya.
sumber- Agensi
Subscribe to:
Posts (Atom)










