Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, July 7, 2012

Replika Citihenge Skoda


SKODA menyajikan keunikan untuk pelancaran model kompaknya, Citigo. Tempoh masa tiga bulan dan 18 kereta terpakai digunakan untuk pelancaran Citigo

SKODA melancarkan model kereta kompaknya, Citigo dengan kreatif apabila menghasilkan replika seperti binaan ikonik Stonehenge.

Replika unik itu dihasil menggunakan alat-alat ganti kereta terpakai dan diletakkan berhampiran bangunan Southbank di London.

Model Citigo diletakkan di tengah-tengah replika tersebut. Ia sememangnya mendapat perhatian mereka yang lalu-lalang.

Citihenge dihasilkan oleh pembuat arca, Tommy Gun dan mengambil masa selama tiga bulan untuk disiapkan. Binaan itu menggunakan 18 buah kereta terpakai dan setinggi lima meter. Setiap henge tersebut selebar lima meter dengan berat mencecah 36 tan.


Hasil seni itu sebenarnya adalah sebahagian daripada siri projek kreatif yang dilaksanakan oleh Skoda. Projek sama turut melibatkan penghasilan kek gergasi, kereta di dalam gua dan kerjasama dengan penyanyi Anastacia serta DJ Tiësto.

sumber- Kosmo

Kaki robotik paling canggih dicipta

GAMBAR menunjukkan sepasang kaki robotik yang dicipta dua saintis di Amerika Syarikat.
PARIS - Dua saintis di Amerika Syarikat (AS), Anthony Lewis dan Theresa Klein menyatakan mereka telah membina sepasang kaki biomekanikal yang paling canggih di dunia.

Kedua-dua mereka dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik Dan Komputer Universiti Arizona, AS, berkata, ia merupakan kaki robotik pertama yang boleh meniru pergerakan kaki manusia.

Menurut mereka, panjang kaki robotik tersebut sekitar separuh daripada kaki manusia dewasa.

Kaki robotik tersebut dilengkapi beberapa sensor dan sebuah komputer kecil bagi membantu ia bergerak di atas permukaan yang berbeza.


Bertujuan untuk membantu saintis memahami cara pergerakan manusia, kaki robotik berkenaan diharap dapat membantu pesakit lumpuh berjalan pada masa depan.

Ciptaan itu didedahkan semalam dalam Journal of Neural Engineering.

sumber- Kosmo

Fosil ikan paus gergasi diselamatkan

SATU fosil ikan paus gergasi yang terdapat di gurun Ocucaje, Peru pada Rabu lalu.

LIMA, Peru - Sekumpulan ahli geologi berusaha sejak empat tahun lalu untuk menyelamatkan fosil-fosil ikan paus gergasi di gurun Ocucaje 310 kilometer dari sini.

Ahli-ahli arkeologi itu membersihkan fosil itu dengan menggunakan berus selain menggunakan campuran plaster untuk melindunginya daripada retak.

Fosil-fosil itu terdedah selepas pasir yang menimbusnya terhakis akibat tiupan angin.

Menurut beberapa ahli geologi dari Institut Geologi Perlombongan dan Kaji Logam (Ingement), kawasan 'perkuburan ikan paus itu' menjadi gurun ekoran satu letusan gunung berapi yang memusnahkan semua kehidupan laut.

Ia tertanam selama tiga hingga 20 juta tahun lalu.


Menurut kajian 20 tahun lalu, seekor ikan paus sperma gergasi yang berjuta-juta tahun lalu berukuran 20 meter panjang.

sumber- Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...