Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, August 2, 2012

China larang pegawai, pelajar berpuasa

SEORANG penduduk Islam membaca al-Quran di Aksu, Xinjiang pada 27 Julai lalu.
SEORANG penduduk Islam membaca al-Quran di Aksu, Xinjiang pada 27 Julai lalu.
BEIJING - Pihak berkuasa di wilayah Xinjiang, barat daya China melarang para pegawai dan pelajar beragama Islam daripada berpuasa pada bulan Ramadan.

Tindakan itu mendorong sebuah kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terbaharu akan berlaku di rantau berkenaan.

Pekeliling yang disiarkan di beberapa laman web pemerintah meminta pemimpin Parti Komunis supaya mengehadkan aktiviti keagamaan penduduk Islam sepanjang bulan puasa termasuk berpuasa dan berkunjung ke masjid.

"Para pegawai Parti Komunis, kakitangan awam (termasuk mereka yang bersara) dan pelajar dilarang daripada menyertai aktiviti keagamaan pada bulan Ramadan," menurut pekeliling berkenaan.

Xinjiang dihuni oleh sembilan juta etnik minoriti Uighur yang beragama Islam.

Penduduk Islam sebelum ini mendakwa sering menjadi mangsa penganiayaan pemerintah China.

Keganasan etnik terburuk berlaku di Xinjiang pada 2009 apabila penduduk Uighur menyerang bangsa Han di bandar Urumqi yang menyebabkan 200 orang terbunuh. 

sumber- AFP

Awas sindiket tabur skru di jalan raya

Kelihatan deretan skru yang tertusuk ke dalam tayar.
Kelihatan deretan skru yang tertusuk ke dalam tayar.
Kini terdapat sindiket menabur skru di jalanraya bagi merosakkan tayar kenderaan. Sindiket jahat ini mungkin didalangi individu atau bengkel kenderaan tertentu.Mohon pihak berkuasa menjalankan pemantauan bagi mengelakkan tragedi yang lebih teruk berlaku.

Terbaru seorang pemandu yang melalui selekoh Jalan Duta berhampiran Tol Jalan Duta mendapati tayar keretanya terkena 16 batang skru pada kedua-dua biji tayar. Beliau terpaksa menukar kedua-dua tayar keretanya kerana terlalu banyak lubang pada tayar dan sukar ditampal lagi.

Sebelum ini pun terdapat kes yang sama terkena pada penunggang motosikal. Harap semua berhati-hati terutama di musim perayaan bagi mengelakkan tragedi.

Pasangan kekasih tak sedar gelagat dirakam

Pasangan kekasih tak sedar gelagat dirakam
Pasangan kekasih tak sedar gelagat dirakam
KULIM - Mungkin terlalu asyik dibuai cinta, sepasang kekasih lingkungan 17 tahun tidak sedar gelagat mereka dirakam lensa Sinar Harian kira-kira jam 3.16 pagi di parkir motosikal sebuah restoran makanan segera, di sini.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Selasih yang juga Pegawai Khas Kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lunas, Elyas Saad berkata, fenomena itu sering dilihat lokasi terbabit termasuk di sekitar Kulim menjelang subuh.

Namun, timbul kehairanan apabila ketiadaan remaja itu di rumah tidak langsung menjadi kebimbangan ibu bapa mahupun penjaga mereka.

"Sekarang ini anak lebih banyak habiskan masa di luar bersama rakan sebaya dan tidak bersama keluarga. Ramadan ini ibu bapa seharusnya menjalinkan hubungan baik dengan anak dan Tarawih bersama-sama.

"Malangnya semua ini tidak berlaku kerana ibu bapa terlalu sibuk dengan aktiviti sendiri hingga lupa tanggungjawab terhadap anak," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian difahamkan oleh pengadu yang mengenali pasangan berkenaan, kedua remaja terbabit sering berduaan di sudut sunyi lokasi restoran tersebut.

Elyas berkata, sehingga kini pelbagai perlakuan jenayah termasuk ragut, samun dan pergaduhan dilaporkan berlaku dan remaja yang sering menghabiskan masa mereka melepak di restoran makanan segera lebih mudah menjadi  mangsa.

Menurutnya, selain itu ada kes kalangan kanak-kanak berusia sembilan tahun, di sini terlibat jenayah, berpunca daripada kepincangan rumah tangga dan sikap ibu yang terlalu memanjakan anak-anak mereka.

"Misalnya penggunaan motosikal merupakan keperluan, tetapi ibu bapa hari ini membeli motosikal kepada anak mereka tanpa menyedari anak mereka itu tidak mempunyai lesen. Ini bukan sahaja membahayakan orang lain malah ia  turut membahayakan diri anak mereka.

“Pantaulah ke mana anak kita berada dan dengan siapa mereka berkawan. Bagi remaja perempuan kita harus ingat perlakuan rogol sering berlaku dimana ia melibatkan suka sama suka," katanya.

Menurutnya lagi, ibu bapa harus menerapkan ilmu agama yang sempurna kepada anak-anak mereka. 

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...