Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, September 11, 2012

Timbalan Ketua MCA Bukit Bendera maut kemalangan

kemalangan Bukit Bendera
Quah Eng Lam
GEORGETOWN - Seorang ahli veteran MCA maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori simen di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, pagi tadi.

Sumber polis berkata pada kejadian pukul 9.30 pagi itu, mendiang Quah Eng Lam, 66, yang juga Timbalan Ketua MCA Bahagian Bukit Bendera dalam perjalanan menghantar mekanik yang telah membaiki van miliknya pulang ke bengkel yang terletak di Gat Lebuh Presgrave.

"Sebelum kejadian mekanik itu menghantar van yang telah siap dibaiki ke pejabat Quah di Gat Jalan Perangin dan mendiang kemudiannya menawarkan diri untuk menghantarnya pulang dengan menaiki motosikal," katanya kepada pemberita, di sini.

Sumber itu berkata Quah maut di tempat kejadian sementara mekanik yang membonceng mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Anak lelaki mendiang, Lean Huat, 40, berkata bapanya menyertai MCA pada tahun 1970-an dan turut menyandang jawatan Pengerusi Persatuan Penduduk Padang Tembak.

"Beliau baru pulang dari percutian di Genting Highlands bersama ibu petang Isnin lepas," katanya.

Mayat Quah dijadual akan menjalani upacara pengebumian di Krematorium Batu Gantung, Sabtu ini.

sumber- Bernama

Penyelia syarikat penghawa dingin didakwa memperkosa, samun jiran

repair air cond rosak
gambar hiasan
PETALING JAYA - Seorang penyelia sebuah syarikat penghawa dingin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memperkosa dan menyamun jirannya, dua tahun lepas.

Mohd Syakir Suhailee, 22, didakwa memperkosa wanita berusia 38 tahun yang merupakan seorang pengasuh kanak-kanak, di sebuah rumah di Puchong, pada 6 pagi, 3 Okt 2010.

Dia yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mohd Syakir juga didakwa menyamun wanita itu yang sudah berkahwin, dengan merampas sebentuk cincin emas dan wang RM60 di tempat dan waktu yang sama.

Bagi pertuduhan itu dia didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 397 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun memohon kepada mahkamah agar tertuduh tidak dibenarkan diikat jamin atas alasan mangsa merupakan jirannya.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan permohonan itu dan menetapkan 2 Okt depan untuk pengurusan kes.

sumber- Bernama

Dua pelancong Arab sesat di Telaga Tujuh ditemui selamat

Telaga Tujuh, Langkawi
Telaga Tujuh, Langkawi
LANGKAWI - Dua pelancong Arab yang dilaporkan hilang ketika mendaki pusat peranginan Telaga Tujuh, Langkawi di sini ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan penyelamat malam tadi.
   
Ketua Balai Bomba Langkawi, Yaakob Hassan berkata pelancong tersebut dikenali sebagai Yassin, 24, dari Morocco dan Ieman, pelancong wanita dari Tunisia ditemui di puncak Telaga Tujuh kira-kira 9.50 malam tadi.
   
Katanya enam anggota bomba dibantu dua anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik saja menerima laporan kehilangan mereka kira-kira 6.42 petang semalam.
   
Pasukan penyelamat berjaya menurunkan mereka dari puncak Telaga Tujuh kira-kira 3 pagi tadi, katanya kepada Bernama di sini.
   
Beliau berkata kedua-dua pelancong itu yang keletihan tidak mengalami sebarang kecederaan. 

sumber- Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...