Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, December 25, 2012

11 murid mati nahas

budak tercedera

BEIJING: Sebelas kanak-kanak mati apabila van yang mereka naiki terhumban ke dalam kolam di wilayah Jiangxi, timur China, semalam.

Kemalangan berlaku ketika van berkenaan membawa kanak-kanak ke sekolah. Semua 11 mangsa itu berusia antara empat dan enam tahun, lapor akhbar Henan Business Daily.

Menurut laporan itu, empat kanak-kanak lain, seorang guru dan pemandu, terselamat dalam kejadian yang berlaku pada sebelah pagi berhampiran bandar Guixi.

Agensi berita Xinhua yang sebelum ini melaporkan hanya tiga orang terbunuh, kemudian berkata, lapan mangsa mati selepas mereka dibawa ke hospital.

Menurut Pusat Penerangan Bagi Hak Asasi dan Demokrasi yang berpusat di Hong Kong, pasukan kecemasan mengambil masa 70 minit untuk tiba ditempat kejadian selepas penduduk tempatan memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai kemalangan itu.

Kumpulan berkenaan berkata, van mini itu terlebih muatan. Kapasiti maksimumnya hanya tujuh orang.

Jalan raya di China amat berbahaya dengan undang-undang trafik dan keselamatan dilanggar secara berleluasa sementara pemandu trak sering kepenatan kerana kerja melebihi masa. Kemalangan maut membabitkan kenderaan terlebih muatan juga perkara biasa.

Tahun lalu, lebih 62,000 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya, lapor media negara itu.

Ogos lalu, 36 orang terbunuh apabila sebuah bas dua tingkat merempuh belakang sebuah lori membawa metanol menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbakar dan hanya tiga daripada 39 penumpang bas terselamat.

Kemalangan di wilayah Shaanxi, utara China itu adalah yang paling buruk di negara itu dalam masa setahun.

sumber- AFP

Binaan bandar dari ribuan telur

Telur kebiasaannya hanyalah sebahagian dari sajian makanan. Namun bagi mereka yang benar-benar kreatif, telur boleh dijadikan bahan dalam penghasilan seni yang menarik. Kita biasa dengar ada yang menghasilkan potret mahupun struktur binaan menggunakan berdozen-dozen telur tetapi apabila kedua-dua seni tersebut digabungkan, ianya mampu membentuk sebuah bandar yang hebat. Struktur bandar yang diinspirasikan dari  bandar China ini menggunakan lima ribu biji telur yang dicampur dari beberapa jenis haiwan yang berbeza. Di tengah-tengah bandar ini pula terdapat gambar pemerintah China. Bandar telur ini dipamerkan pada umum di sebuah pameran yang diadakan di Muzium Groninger, Belanda.

binaan dari telur
kreativiti dari telur
seni dari telur
karya dari telur
bandar dari telur

Bukan mudah untuk baham ular

burung makan ular

TALLAHASSEE (Florida): Niat seekor burung pucung biru membaham mangsanya tergendala beberapa ketika selepas ular yang dipatuknya melawan.

Aksi itu dirakam seorang jurugambar, Peter Brannon, 35, ketika dia melawat kawasan perlindungan hidupan liar Green Cay Wetlands, di Delray Beach, Florida.

Katanya, dia nampak seekor burung pucung biru menggerak-gerakkan kepalanya lebih agresif dari biasa.

“Burung itu melompat-lompat untuk melepaskan lilitan ular pada mulutnya,” katanya. Selepas 15 minit, kata Brannon, ular itu masih enggan mengalah sehingga burung berkenaan menukar taktik dengan menggoyangkan kepalanya supaya reptilia itu terhempas ke bawah.

“Akhirnya ular itu kepenatan dan melonggarkan belitannya untuk menjadi santapan burung berkenaan,” katanya. 

sumber- DM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...