Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, January 8, 2013

Bencinya tinggal dalam zoo di China

Dari reaksi wajah pasangan singa ini, jelas menunjukkan mereka benar-benar marah. Namun, apakah sebenarnya yang berlaku? Semuanya disebabkan kebiadaban pengunjung yang membaling bebola salji ke arah mereka. Secara terang-terangan, ianya merupakan  penderaan kepada haiwan. Perkara ini berlaku di sebuah zoo di China.

singa dalam zoo

Bukan itu sahaja, pengunjung di zoo tersebut dikatakan turut memecahkan gelas, menjerit, dan membaling makanan ke arah haiwan. Seharusnya pihak pengurusan zoo harus mengetatkan kawalan supaya perkara sebegini tidak berlaku. Pengunjung yang melampaui batas pula harus diambil tindakan sewajarnya. Tidak mustahil suatu hari nanti ada pengunjung yang membaling manusia ke arah haiwan-haiwan ini.

baling bebola salji

Raja dadah ditahan setelah gambar teman wanita bergambar dengan duit tersebar

Seorang raja dadah dari China ditahan polis setelah imej teman wanitanya bergambar dengan duit haram bernilai lebih dari 300,000 yuan tersebar di internet.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Fu tersebut bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam di Zhenjiang, wilayah Jiangsu, China. Teman lelakinya yang dikenali sebagai Chen berusia sekitar 50-an amat dikehendaki polis kerana mengetuai aktiviti pengedaran dadah di sekitar wilayah Jiangsu dan Fujian.

Ketika Chen ditahan pada penghujung Disember lalu, polis menemui  lebih 1kg methamphetamine berada dalam keretanya. Dua konconya yang lain turut ditahan polis.

bergambar dengan duit

Perkahwinan bersenjata

Washington: Pasangan di Amerika Syarikat sering memilih untuk meraikan majlis perkahwinan mereka dengan melepaskan tembakan senjata api pilihan masing-masing.

Dalam senario yang pelik, mereka juga bergambar dengan senjata api pada hari istimewa itu dengan melangsungkan perkahwinan mereka di kedai senjata api, The Gun Store di Las Vegas.

Perkahwinan bersenjata

‘Perkahwinan bersenjata’ masih terbukti popular walaupun kejadian pembunuhan beramai-ramai di Sekolah Rendak Sandy Hook bulan lalu mencetuskan perdebatan hangat mengenai dasar kawalan senjata api di Amerika Syarikat.

Penganjur The Gun Store nenegaskan, tidak ada majlis perkahwinan dibatalkan walaupun selepas tragedi itu.

Perkahwinan bersenjata

Malah, tempahan masih banyak diterima. Pasangan tiba dari seluruh pelusuk dunia, termasuk Britain, untuk melangsungkan perkahwinan di kedai itu, lengkap dengan berpakaian pengantin, sebelum menembak senjata separuh automatik, termasuk pistol, UZI dan AK47.

Pakej berharga RM1,500 itu, termasuk khidmat paderi, akses kepada padang sasar VIP persendirian dan setiap lima das tembakan untuk pengantin lelaki dan perempuan.

Perkahwinan bersenjata

Satu lagi pakej yang diberi nama Mr & Mrs Smith & Wesson, menawarkan lebih banyak pilihan senjata, peluru dan sasaran.

Emily Miller yang bertugas sebagai paderi di kedai itu berkata: “Kami berada di sini kerana orang sukakan satu sama lain dan senjata api.

Perkahwinan bersenjata

“Senjata bukan semata-mata mengenai marah dan benci. Ia sesuatu yang menyeronokkan dan cara bertenaga untuk kikiskan emosi dan sikap agresif.” Sejak Februari tahun lalu, 10 ‘perkahwinan bersenjata’ dilangsungkan setiap bulan.

Sepasang pengantin datang dari Ottawa, Kanada tempat undang-undang senjata lebih ketat berbanding Nevada. Bilik gereja, yang biasanya digunakan untuk membersihkan senjata, ditaburkan dengan kelopak bunga ros.

Sepucuk senjata UZI dan Tommy digantung di atas pentas.

Perkahwinan bersenjata

Ketika pasangan itu melafazkan ikrar perkahwinan mereka, bunyi kuat senjata boleh didengar dari lapang sasar berdekatan.

Mereka kemudian bergerak ke lapang sasar untuk mengikat ikrar mereka dengan menembak menggunakan senjata yang disediakan. 

sumber- DM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...