Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, January 12, 2013

Bayi berusia 20 tahun

MARYLAND - Sekilas pandang fizikal Brooke Greenberg seperti seorang bayi, walaupun dia kini sudah berusia 20 tahun.

Walaupun, umurnya meningkat setiap tahun, namun fizikal dan juga kognitifnya masih seperti kanak-kanak dengan anggaran usia mental antara sembilan dan 12 bulan.

Brooke Greenberg
Fizikal Greenberg kelihatan seperti bayi walaupun usia sebenarnya sudah mencecah 20 tahun.
Greenberg yang lahir pada 1993 juga tidak mampu bercakap dan masih mempunyai gigi susu serta bergerak menggunakan kereta sorong bayi.

Bapanya, Howard Greenberg berkata, anak perempuannya itu hanya melalui proses pembesaran pada umur setahun hingga empat tahun tetapi ketika umurnya masuk empat tahun dan lima tahun tumbesarannya berhenti.

Katanya, anak perempuannya itu telah menjalani pemeriksaan di beberapa institusi perubatan paling berprestij di Amerika Syarikat (AS), bagaimanapun tiada diagnosis rasmi yang diberikan kepada Greenberg.

Brooke Greenberg
Brooke Greenberg
Malah kumpulan doktor pakar menyatakan bahawa anak perempuan mempunyai sindrom X.

Pengarah Institut Genomic dan Multiscale Biology di Pusat Perubatan Mount Sinai, Dr. Eric Schadt berkata, anaknya tidak mempunyai sistem endokrin yang normal dan juga kromosom kasar yang tidak normal.

Dia juga makan melalui tiub terus ke dalam perutnya kerana masalah esofagus yang terlalu kecil menyebabkan makanan yang ditelannya akan tersekat di bahagian paru-paru serta mengakibatkan pneumonia.

Ibunya, Melanie Greenberg berkata, dia sudah melakukan rutin hariannya selama 16 tahun memberi perhatian kepada anak perempuan kesayangannya itu. 

sumber- AGENSI

Suku kaum rumah atas pokok

Walaupun ramai berpendapat rumah pokok hanyalah sebahagian dari permainan kanak-kanak, namun pada realitinya masih terdapat masyarakat yang tinggal di rumah sebegitu.

Puak Korowai dari Papua, Indonesia, ini masih mengamalkan kehidupan dengan membina rumah di atas pokok dengan ketinggian 114 kaki dari tanah. Suku yang tinggal di pedalaman hutan yang terletak kira-kira 150 km dari Laut Arafura itu benar-benar terasing dari dunia luar hinggalah pada tahun 1974, mereka ditemui oleh seorang mubaligh Belanda. Kaum Korowai terikat pada koloni kekeluargaan yang kecil, hidup berburu dan ada juga laporan mengatakan mereka cenderung untuk memakan daging manusia.


Pelbagai faktor yang menyebabkan mereka membina rumah di atas pokok, antaranya menghindari diri dari nyamuk, mengelak dari semangat jahat, dan menjauhi jiran-jiran. Pembinaan rumah pokok suku Korowai berasaskan pokok Banyan atau Wambom sebagai tiang utama. Apabila tapak yang sesuai telah dikenal pasti, dahan teratas pokok tersebut akan dibuang. Lantai akan dirancang berdasarkan dahan pokok tersebut dan ditutup menggunakan pokok sago. Seterusnya pembinaan dinding dan atap yang diikat bersama menggunakan tali raffia. Bagi mengukuhkan binaan pula, setiap penjuru ditambah tiang penyokong. Kebiasaannya rumah pokok ini berketinggian antara 8 hingga 12 meter dari tanah. Namun ada juga ketinggiannya mencecah sehingga 35 meter. Setiap rumah yang dibina adalah kukuh dan mampu menampung beban sehingga sedozen manusia.


Rumah yang baru dibina akan disapukan lemak haiwan untuk mendapat keberkatan. Rumah kaum Korowai dihuni oleh seisi keluarga termasuklah haiwan peliharaan. Ruang rumah yang besar dipecahkan kepada tempat nyalaan api dan tempat tinggal untuk lelaki dan perempuan. Api merupakan bahaya besar bagi rumah di atas pokok. Oleh itu, mereka telah membuat tempat pembakaran khas dan menebuk lubang pada lantai jika berlaku kecemasan. Jangka hayat rumah pokok yang dibina adalah sekitar 5 tahun sahaja.

Ketika mereka ditemui, suku Korowai menjadi tarikan dunia luar. Beberapa artikel dan dokumentari diterbitkan mengenai cara hidup mereka. Tradisi kanibalisme yang dipraktikkan mereka mungkin agak ditakuti tetapi kebenarannya tradisi tersebut hanya digunakan oleh suku ini untuk keadilan kepada jenayah. Mereka bukan sahaja pandai membuat rumah pokok, tetapi turut mahir berburu dan mengamalkan pertanian pindah.

Nyaris maut, tertembak paku pada jantung

Seorang lelaki berusia 19 tahun dikejarkan ke hospital di Buenos Aires setelah dilepaskan tembakan paku secara tidak sengaja oleh rakannya pada Isnin lalu.

imbasan x-ray

Mangsa dikatakan sedang bekerja di sebuah kilang papan ketika kemalangan tersebut berlaku. Imbasan X-ray jelas menunjukkan tebukan yang hampir mengenai jantungnya. Dia terpaksa dilakukan pembedahan di Hospital El Cruce Néstor Kirchner. Namun doktor memutuskan untuk tidak mengeluarkan paku tersebut serta-merta atas faktor tertentu.

doktor dan pesakit

Dr. Marcelo Nahin berkata pada media, "Dalam bilik pembedahan, kami membuka tulang dadanya dengan berhati-hati kerana dikhuatiri terkena paku dan menimbulkan kecederaan pada jantung." Mangsa dikatakan telah pulih dan berkeadaan stabil.

Pistol penembak paku mungkin merupakan peralatan yang mudah dan menyenangkan kerja, namun ianya juga penyebab kira-kira 37,000 yang terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital di Amerika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...