Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, February 3, 2013

Ular jaga anak

Dongguan: Seorang bapa menemui penjaga sempurna untuk anaknya, seekor ular sawa.

Chan Liu meninggalkan anaknya, Azhe, 13, bersendirian dengan ular seberat 100 kilogram itu di kediamannya di Dongguan, selatan China.

Ular jaga anak

Ular itu tidak disimpan dalam kandang. Malah Azhe mengejutkan penduduk tempatan dengan sering mengucup dan memeluk ular sepanjang 4.6 meter itu.

“Dia begitu berhati-hati dengan saya. Tidak pernah dia membelit saya dengan kuat,” kata Azhe.

Ular jaga anak

Dia dilahirkan enam tahun selepas bapanya membawa pulang sebiji telur ular sawa dan menetaskannya.

Chan berkata: “Saya sentiasa beranggapan ular adalah haiwan paling cantik dan saya ingin melihat apa yang akan terjadi apabila anak saya dilahirkan.

Ular jaga anak

“Selepas yakin ular itu tidak akan mencederakannya, kami mula meninggalkan mereka bersama bersendirian. Mereka kini tidak boleh berpisah.”

Akhirnya, keluarga itu mula menganggap ular sawa Burma itu sebagai penjaga anak mereka.

“Saya tidak fikir penculik berani untuk bergelut dengannya,” kata Chan. 

sumber- Daily Mail

Kehidupan pengantin kanak-kanak di India

KETIKA kanak-kanak seusianya sedang berseronok bermain dan menelaah pelajaran, dia terpaksa menamatkan zaman itu untuk bergelar isteri.

Kini, selepas tiga tahun melayari kehidupan berumah tangga, nasibnya kian parah kerana dibelenggu kemiskinan berpanjangan.

Kehidupan pengantin kanak-kanak di India
Perkahwinan pada usia kanak-kanak menjadi tradisi biasa di India.
Itulah nasib menimpa Krishna, 14, dari sebuah perkampungan di Rajasthan, India.

Pada usianya 11 tahun, dia dipaksa berkahwin dengan remaja bernama Kishan Gopal berusia 13 tahun.

Kini, setelah bergelar ibu kepada seorang cahaya mata kehidupannya menjadi lebih tertekan kerana suaminya diberhentikan kerja akibat masalah ketagihan arak.

Krishna berkata, sejak suaminya menjadi kaki botol, dia berasa tidak selamat setiap kali suaminya memegang anak mereka yang kini berusia empat bulan bernama Alok.

“Tidak mustahil suatu hari nanti dia sanggup memukul bayi kesayangan saya ini ketika dalam keadaan mabuk,” katanya.

Menurutnya, kini suaminya tidak lekang dari memegang botol arak dan merokok bersama rakan-rakannya di hujung kampung.

“Saya mahu meninggalkan kampung ini dan berhijrah ke bandar untuk mencari pekerjaan bagi menampung kehidupan kami sekeluarga. Kehidupan Alok adalah masa depan saya,” katanya.

Mungkinkah kehidupan pasangan ini akan berubah atau bakal mewarisi tradisi ibu bapa mereka yang menjodohkan anak ketika usia kanak-kanak?

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pernah mencatatkan, kira-kira 40 peratus perkahwinan di India bermula pada usia tersebut. 

sumber- DailyMail

Taman tanpa air dan udara selama 40 tahun

SURREY - Pesara jurutera, David Latimer, berjaya mencipta taman kecil yang diletakkan di dalam botol selepas 40 tahun tanpa udara dan air di Cranleigh, Surrey, Britain.

David Latimer

David berkata, pokok itu ditanam 53 tahun lalu dan kali terakhir ia disiram adalah pada 1972 sebelum penutupnya ditutup ketat untuk mendapatkan tindak balas ekosistem.

“Asalnya saya ingin mencuba eksperimen di mana tumbuhan dapat bertahan di persekitaran tanpa air. Saya membuat empat jenis tanaman di dalam botol itu. Tiga daripadanya mati kecuali pokok jenis Spiderworts,” katanya.

Menurutnya, kesemua pokok itu ditanam di dalam botol glob dan diletakkan kira-kira dua meter dari tingkap supaya mendapat sedikit cahaya matahari.

“Tanaman itu menyerap tenaga matahari dan air dihasilkan dari kelembapan karbon dioksida manakala nutrisi dihasilkan dari daun-daun yang membusuk dan berkulat. Proses ini menghasilkan oksigen,” katanya.

Beliau berkata, keseluruhan eksperimen ini dianggap berjaya kerana tanaman itu terus hidup segar tanpa penyakit. 

sumber- Daily Mail

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...