Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, February 15, 2013

Malangnya jika kemalangan di China

Jika anda terlibat dengan kemalangan, sudah pasti anda tidak mahu ianya berlaku di China. Lelaki ini kelihatan agak parah setelah terjatuh dari motorsikal. Darah mengalir dari kepalanya namun mereka yang lalu-lalang hanya mengabaikannya seperti tiada apa yang berlaku.

Malangnya jika kemalangan di China

Wanita kahwini bakal suami yang telah mati

Magali Jaskiewicz dan Jonathan George telah merancang untuk berkahwin pada November 2008. Malangnya George terkorban dua hari sebelum majlis tersebut akibat kemalangan motorsikal.

Wanita kahwini bakal suami yang telah mati

Jaskiewitz dan George pernah hidup bersama semenjak tahun 2004, malah mereka turut berkongsi akaun bank yang sama. Namun, belum sempat untuk bergelar suami isteri, ajal terlebih dahulu memisahkan mereka. Dengan kesedihan, Jaskiewitz tetap berkeras untuk mengahwini George seperti mana yang dirancangkan sebelum ini.

Undang-undang Perancis membenarkan orang yang telah meninggal untuk berkahwin jika sebarang urusan rasmi mengenai perkahwinan disiapkan sebelum salah seorang dari pasangan tersebut meninggal dunia termasuklah perancangan tarikh.

Wanita kahwini bakal suami yang telah mati

Selepas membuat segala urusan rasmi, maka tibalah hari yang dinantikan. Jaskiewitz memakai baju pengantin yang dibeli sebelum ini. Disamping Jaskiewitz adalah gambar George sebagai pengganti jasadnya yang sudah tidak bernafas. Dengan disaksikan 30 tetamu yang terdiri dari keluarga dan kenalan mereka di kampung Dommary-Baroncourt, timur Perancis, maka pasangan ini akhirnya bergelar suami isteri.

Mengikut laporan, kira-kira sepuluh perkahwinan melibatkan mereka yang telah meninggal dunia dilakukan di Perancis setiap tahun.

Kelibat hantu dilihat dari Google Earth

Imej Google dari sebuah kampung yang telah dimusnahkan pada tahun 1946 menunjukkan kelibat misteri hantu seorang lelaki sedang berlegar di sebuah rumah ladang yang telah lama terbiar.

Imej Google dari sebuah kampung yang telah dimusnahkan pada tahun 1946 menunjukkan kelibat misteri hantu seorang lelaki sedang berlegar di sebuah rumah ladang yang telah lama terbiar.

Kawasan tersebut ialah Charlton yang terletak dipinggir Bristol dimana ianya telah dimusnahkan pada tahun 1946 untuk pembangunan Lapangan Terbang Filton.

Kini, apa yang tinggal hanyalah pub lama, lopak air, jalan yang semak, serta tinggalan rumah ladang dimana hantu tersebut memunculkan diri.

Fiona Powell yang berasal dari Bristol telah menemui kelibat misteri berpakaian seperti seorang lelaki pada era 1940-an apabila meneliti kawasan di sekitar dengan menggunakan internet.

"Saya melihat kawasan disekeliling Brentry dan Pen Park dimana ianya berhampiran dengan tempat kerja saya dan saya turut melihat kawasan di Lapangan Terbang Filton.

Tiba-tiba saya terlihat kelibat seorang lelaki memakai topi  di sebuah kawasan bangunan terbiar. Ianya agak menakutkan lalu saya memanggil suami saya. Kami cuba melihat imej tersebut dengan lebih dekat dan agak sukar untuk dipercayai.

Sebenarnya saya agak berfikiran terbuka mengenai kewujudan hantu dan percaya kelibat ini adalah salah satu dari makhluk tersebut. Jika ianya berkeliaran di tempat lain di Bristol, mungkin tidak menarik perhatian saya. Namun disebabkan ia muncul di sebuah rumah ladang yang lama, saya benar-benar teruja."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...