Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, April 21, 2013

Video: Wartawan sanggup tangguh perkahwinan untuk membuat liputan gempa bumi

Bagi mana-mana pengantin, kebanyakan mereka mahu meneruskan upacara perkahwinan walau apa pun yang terjadi. Namun situasi ini agak berbeza dimana seorang wartawan TV, Chen Ying, mengambil keputusan untuk menangguhkan majlisnya buat sementara waktu bagi membuat liputan tentang gempa bumi yang melanda Selatan China baru-baru ini.

pengantin China

Dalam keadaan tergesa-gesa, wartawan ini tidak sempat untuk menukar gaun perkahwinannya. Dia turut menemuramah beberapa saksi bencana yang berlaku di wilayah Sichuan tersebut. Rakaman video ini mula tersebar di media sosial dan telah menjadi perbualan hangat.

Wednesday, April 17, 2013

Gelandangan bakar lelaki yang enggan memberikannya wang

Seorang gelandangan bakal dijatuhi hukuman mati setelah dengan sengaja membakar seorang lelaki yang berada di dalam sebuah SUV. Mangsa dikenali sebagai Raymond Sean Clark yang telah berusia 63 tahun.

Orang ramai yang melihat kejadian cuba membantu mangsa malangnya dia mati akibat kecederaan yang dialami. Polis masih menyiasat apakah punca sebenar kejadian, namun saksi mengatakan gelandangan tersebut marah setelah mangsa enggan memberikannya wang.

kereta terbakar
polis

Tuesday, April 16, 2013

Ngeri: Kepala juruterbang dipenggal dan dipanggang

Seorang pejuang pemberontakan Syria meletakkan kepala tentera kerajaan yang dipenggal di atas sebuah pemanggang. Dia kemudiannya dengan bangganya memegang kepala tersebut untuk diambil gambar.

Lelaki di dalam gambar ini merupakan salah seorang Tentera Pembebasan Syria (FSA) dan kepala tersebut adalah milik juruterbang helikopter tentera Assad yang telah ditembak jatuh oleh tentera pemberontak.

gambar ngeri

* Info ini adalah sebagaimana yang dilaporkan oleh sesetengah media. Namun kebenarannya tidak dapat dipastikan sepenuhnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...