Sunday, August 26, 2012

Charles panggil Harry

Gambar Bogel bapa dengan anak
PUTERA Charles (kiri) mahu Putera Harry menerangkan secara peribadi apa yang berlaku di Las Vegas.
LONDON: Putera Charles memanggil anak bongsunya Putera Harry untuk berbincang dari hati ke hati mengenai kejadian dia berbogel di Las Vegas.

Sumber Istana menekankan, putera berusia 27 tahun itu tidak akan “dimarahi” tetapi Charles begitu ingin berbincang antara “bapa dan anak” mengenai kebimbangannya.

Walaupun kedua-duanya berbincang di telefon, Harry akan diminta untuk menerangkan secara peribadi bagaimana dia boleh bermain “judi bogel” dengan sekumpulan orang yang tidak dikenali di bilik suite hotel, di mana sebahagian daripada mereka menjual gambar itu kepada laman web selebriti Amerika Syarikat.

Charles dan Harry perlu membuat keputusan untuk untuk mengambil tindakan ke atas akhbar The Sun, satu-satunya akhbar yang menyiarkan gambar bogel putera itu selepas Istana St James sebelum ini memberi amaran akan mengambil tindakan ke atas mana-mana media Britain yang berani menyiarkan gambar itu.

Sehingga malam semalam, pegawai istana belum dapat memutuskan sama ada mahu membawa akhbar itu ke Suruhanjaya Aduan Media (PCC), atau memfailkan saman dan kini menunggu untuk mendapatkan keputusan Charles dan anaknya mengenai isu berkenaan.

Tidak diketahui lagi di mana perbincangan itu akan dibuat sama ada di Scotland, London atau Highrove iaitu kediaman peribadi Putera Wales di Gloucestershire itu. Tetapi, Charles kini bercuti di Birkhall, kediaman di wilayah Highland dan berkemungkinan besar Harry akan ke sana. 

Putera William tidak akan hadir di perbincangan itu, tetapi kedua-duanya bercakap panjang mengenai perkara itu di telefon.

Putera William dikatakan terperanjat dengan skandal itu dan Charles sangat “sedih dan bimbang” kerana sekali lagi Harry menjadi bahan berita tidak baik.

Jurucakap Istana St James berkata: “Kami masih menimbangkan pilihan yang ada dan tidak akan terburu-buru. Sudah pasti kami sentiasa memberi nasihat kepada Harry.”

Katanya, mereka percaya gambar itu diambil bukan di tempat terbuka dan terserah kepada editor sama ada mereka mahu menyiarkan gambar itu atau tidak.

Sumber lain berkata, pihak istana marah dengan keputusan The Sun menyiarkan gambar itu yang dilihat oleh berjuta-juta pengguna internet.

Pegawai kanan istana pula berkata, mereka perlu menimbangkan sama ada ianya menguntungkan untuk “berlawan” dengan akhbar paling laris jualannya itu atau tidak.

Mereka juga dipercayai takut lebih banyak gambar dan cerita mengenai kejadian yang memalukan di Las Vegas akan timbul.

Sikap mereka yang masih tidak dapat membuat keputusan itu bertentangan dengan sikap agresif mereka ketika cuba menahan gambar itu daripada disiarkan.

Rabu lalu, peguam Charles, Harbottle dan Lewis, menulis kepada PCC meminta mereka memastikan Fleet Street “benar-benar faham” bahawa akhbar itu tidak perlu menyiarkan gambar berkenaan kerana ia bukan kepentingan awam dan dengan berbuat demikian, ia “melanggar” peraturan media.

sumber- Daily Mail

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...