Sunday, August 26, 2012

Suara monyet setaraf penyanyi soprano

monyet suara buluh perindu

KYOTO 24 Ogos - Monyet jenis ungka boleh dianggap sebagai penyanyi profesional soprano di dalam hutan rimba.

Kebolehannya itu ibarat penyanyi soprano yang mengadakan persembahan di New York Metropolitan Opera atau La Scala di Milan.

Kesimpulan tersebut dibuat oleh sekumpulan saintis Jepun yang melakukan uji kaji pada suara ungka untuk melihat bagaimana ia berubah pada nada yang tinggi dengan menggunakan persekitaran yang di kelilingi gas helium dan udara biasa.

Menurut Dr. Takeshi Nishimura dari Institut Penyelidikan Primat, Univeristi Kyoto, sama seperti penyanyi profesional, haiwan tersebut berkebolehan meningkatkan suara dengan menyelaras bentuk saluran tekak termasuk mulut dan lidah.

Kebolehan tersebut hanya mampu dilakukan oleh beberapa individu profesional dan ungka hanya melakukannya melalui usaha yang minimum.

Dr. Nishimura berkata, apabila ungka menyanyi di kelilingi gas helium bagi mengesan bagaimana haiwan itu mengawal suara, ia menghasilkan bunyi aneh.

"Menggunakan persekitaran yang mengandungi helium, kita boleh lihat dengan mudah bagaimana konsep resonans berfungsi dan bagaimana ungka menghasilkan suara tinggi menggunakan cara semula jadi," katanya. 

sumber- Agensi

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...