Young Lady Chatterley II |
LOS ANGELES: Filem biadap yang menghina Islam, ‘Innocence of Muslims,’ hingga mencetuskan rusuhan di beberapa negara Islam dilapor diarah oleh seorang pornographer.
Alan Roberts, 65, sebelum ini pernah menerbitkan filem pornografi seperti ‘Young Lady Chatterley II’, menurut laman web Gawker.
Gawker menemuramah beberapa pelakon ‘Innocence of Muslims,’ yang berkata mereka ditipu untuk muncul dalam filem itu sebelum menyedari ia dialih suara untuk dijadikan propaganda anti-Islam.
Dalam filem asal, menurut pelakon berkenaan, watak utama dikenali sebagai George, Condalisa dan Hillary.
Namun versi akhirnya, skrip filem berkenaan diubah untuk menjadikan mereka Nabi Muhammad (SAW) serta beberapa orang yang namanya disebut dalam al-Quran.
Promosi filem itu dilakukan oleh pelampau Kristian yang mempunyai agenda jahat terhadap Islam, seperti Morris Sadek, warga Amerika keturunan Mesir dan Terry Jones, paderi yang terkenal kerana membakar kitab suci al-Quran.
sumber- Agensi
Melampau sangat dah dierg ni
ReplyDeleteyelah.. agama sendiri pun diorang permain apatah lagi agama orang lain...
Delete