KUALA LUMPUR: Seorang lelaki sanggup berbelanja RM32,000 untuk membeli ‘batu geliga’ yang didakwa ada kuasa hikmat untuk menundukkan isterinya yang kuat berleter, namun padah menimpa apabila dia mengalami masalah pendengaran dipercayai kesan penggunaan batu itu.
Mangsa, seorang ahli perniagaan hanya mahu dikenali sebagai Zaidi, 28, berkata, geliga itu dibelinya pada Ogos tahun lalu daripada seorang lelaki di selatan tanah air yang mendakwa dirinya pawang besar di Indonesia.
TEKNIK PUJA...Zaidi menunjukkan cara dia memuja batu terbabit. Gambar kecil, batu yang didakwa kononnya mempunyai kesak |
“Untuk memastikan geliga itu mampu memberi kuasa yang saya inginkan, saya perlu melakukan pemujaan dengan menggunakan kemenyan serta kunyit hidup pada setiap malam Jumaat di kawasan perkuburan.
“Jika gagal melakukan pemujaan yang disyaratkan itu, saya diberi peringatan ada kemungkinan berlaku musibah kepada saya atau ahli keluarga,” katanya ketika ditemui.
sumber- HMetro
sihir... ish2
ReplyDelete