Monday, December 24, 2012

Hadiah Krismas Anak Tom Cruise RM74,000

HOLLYWOOD: Sebagai anak perempuan kepada dua bintang terbesar dunia, Suri Cruise boleh dapat apa saja.

Jadi ketika memilih hadiah untuk anak perempuannya yang berusia enam tahun itu, Katie Holmes nampaknya langsung tidak teragak-agak.

tom cruise and suri cruise

Katie dilaporkan membeli rumah mainan Victoria berharga 15,000 pound (RM74,188) yang dikatakan akan diletakkan di laman rumah mereka.

Rumah mainan Grand Victoria mewah dari laman web Sweet Retreat Kids itu lengkap dengan bekalan air dan bekalan elektrik.

Pilihan tambahan lain termasuk, ‘lampu terbenam, loteng untuk bermain, bilik cahaya, bilik media, dapur, ruang makan, interkom bersambung dengan rumah, garaj untuk menyimpan kereta mainan, pagar kayu putih dan lanskap.’

Laman web itu menambah, memandangkan ketinggiannya kira-kira dua meter, orang dewasa juga boleh bermain di dalamnya.

Dan sudah tentu, rumah mainan itu bukan satu-satunya hadiah yang diterima daripada ibunya, bintang Dawson Creek, untuk Krismas ini.

Menurut The Sun, Suri juga akan menerima hadiah iPad dan kereta Mercedes Benz versi kanak-kanak berharga 6,000 pound (RM29,675).

Seorang yang suka berfesyen, Suri juga akan menerima antaranya, baju baru seperti kot berbulu Chloe dan gaun Ralph Lauren.

Tapi, nampaknya Katie terpaksa menunggu untuk memberi hadiah itu buat sementara waktu kerana bapa Suri, Tom Cruise baru-baru ini mendedahkan dia akan bersama Suri meraikan hari Krismas.

Selain Suri, kakaknya Isabella dan abangnya Connor akan bersama di kediaman aktor itu di Los Angeles.

sumber- DM

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...