Pages - Menu

Wednesday, August 15, 2012

Irma Hasmie Mangandung, Suami Pula Kuat Makan

Irma dan Redza selamat diijabkabulkan pada 29 Jun lalu.
Irma dan Redza selamat diijabkabulkan pada 29 Jun lalu.
KUALA LUMPUR: Isteri yang mengandung, suami pula mengidam. Begitulah yang berlaku buat suami kepada pelakon dan pengacara Irma Hasmie iaitu Redza Syah Azmeer Mohd Redzuan yang melalui tabiat pelik selepas isterinya itu disahkan berbadan dua.

Redza berkata, apabila mendapat tahu isterinya hamil lima minggu, dia menjadi seorang yang kuat makan tetapi Irma hanya mengalami alahan biasa seperti mana yang dilalui kebanyakan wanita mengandung lain.

"Isteri tidak mengidam apa-apa lagi setakat ini tetapi sebaliknya saya pula yang mengidam nak makan macam-macam sehingga menjadikan saya seorang yang kuat makan," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Redza berkata buat sementara ini dia akan menemani isterinya untuk menghadiri majlis-majlis tertentu kerana bimbang keadaan isterinya yang mengalami alahan akibat mengandung.

"Jika terjadi apa-apa susah pula. Lebih baik saya menemani dia ke mana-mana selepas ini tambahan pula dengan cara itu ia boleh mengeratkan lagi hubungan kami suami-isteri," ujarnya.

Redza turut menambah walaupun masih pada peringkat awal tetapi dia sangat teruja untuk bergelar seorang bapa.

Sementara itu, Irma memberitahu kandungannya berada di dalam keadaan baik cuma dia tidak boleh menikmati makanan dan sentiasa mengalami muntah-muntah.

"Syukur Alhamdulillah dengan kurniaan ini dan saya berharap semua mendoakan yang terbaik buat diri saya," katanya.

sumber- MStar

Fara Fauzana tak kisah kerja di hari raya

gambar Fara fauzana panas
KONTI sudah seperti menjadi 'rumah pertamanya' pada hari raya. 
BERTUGAS pada hari lebaran bukan sahaja ujian yang perlu dilalui anggota pengaman yang berjuang di perbatasan atau mengawal keselamatan negara, tapi juga hakikat yang sama turut dilalui sebilangan selebriti.

Selain petugas media, selebriti seperti penyampai radio dan pembaca berita juga tidak ketinggalan meraikan 1 Syawal sambil bertugas memberikan maklumat atau menghiburkan pendengar.

Hal yang sama pernah dilalui Fara Fauzana Mohd Fadzil, 32, ketika menyambut pagi 1 Syawal di konti radio Hot FM sejak di awal usia penubuhan stesen radio swasta itu lebih kurang enam tahun lalu.

Ujarnya, rutin pagi raya yang sama telah dilaluinya beberapa tahun sebelum ini selaku perintis perjalanan sulung stesen radio terkenal itu.

Usai tugasan pagi raya pertama di konti, kata Fara dia akan meluangkan masa bersama keluarga di Shah Alam dan sesi menziarah sanak saudara pada sebelah petang.

Tidak menjadi hal bagi seorang selebriti yang sangat dikenali kerana keletah bersahaja dan melucukan, namun bagi Fara selagi statusnya sebagai wanita bujang dia tidak berkira.

“Saya bukan jenis seorang yang beria-ia sangat setiap kali tibanya Syawal, semua persiapan saya serahkan kepada ibu saya.

“Tahun ini kemungkinan besar saya cuma bercuti selama tiga hari saja dan itu bukan masalah besar bagi saya sementara saya masih bujang. Malah, kalau kena kerja pada malam raya pun saya tak kisah,” katanya yang gemarkan biskut nescafe sempena juadah hari raya selain kuih loyang yang menjadi kewajipan setiap kali kemunculan Aidilfitri.
Rutin yang bermula seawal pukul 4 pagi setiap hari tidak menghalang pengacara rancangan Nona itu untuk kekal aktif melakukan tugas seharian terutamanya bulan Ramadan.

“Pukul 4 pagi hingga 2 petang tugas saya di konti Hot FM, setelah berbuka bersama keluarga saya akan luangkan masa bersolat tarawih di masjid dan kadang-kala sahur dengan pendengar,” katanya yang lebih mempunyai ruang peribadi semenjak kedatangan bulan Ramadan tahun ini.

Memandangkan rancangan Nona khas Ramadan pada tahun ini menyajikan rakaman rutin harian masyarakat di beberapa buah negara telah siap dan kini menanti tempoh tayangan, Fara mengakui dia boleh menarik nafas lega buat seketika.

Fara juga berkongsi cerita dan pengalamannya sepanjang berkunjung ke beberapa buah negara untuk mengacarakan rancangan itu sempena edisi khas Ramadan.

“Saya berpeluang menjejakkan kaki ke Kemboja buat pertama kali dan berkesempatan ke lokasi yang diberi jolokan Killing Tree.

“Suasana ketika itu sunyi sepi dan keadaan tiba-tiba menjadi pilu, ketika itu saya menangis. Itu diri saya sebenarnya saya jika ramai yang belum tahu,” katanya yang berjiwa sensitif.

Bagaimanapun, Fara menegaskan dia belum bersedia untuk menggalas peranan mengacarakan rancangan berbentuk penderitaan masyarakat atau menyedihkan.

“Sejujurnya, jika ada peluang yang datang, saya suka untuk melakukannya. Tapi buat masa ini, saya belum bersedia. Saya bukan tak nak buat, tapi saya perlu betul-betul bersedia dan yakin dengan skil mengacara saya.

“Sepanjang diberi peluang selama lapan bulan menjadi pengacara, saya masih belum jadi yang terbaik, tapi apa yang boleh saya katakan saya faham apa yang dikehendaki penonton dan apa yang patut saya berikan,” ulasnya.

Sementara itu, bertanya kepadanya tentang penghijrahan teman sekonti, Sharifah Aleya, serapuh hatinya yang sebenarnya senang mengalirkan air mata, Fara juga menangis ketika pertama kali melihat Aleya mengenakan hijab pada penghujung bulan Julai lalu.

“Saya menyokong perubahan positif kawan baik saya dan kami umpama adik-beradik, perubahan itu berkat doa semua orang begitu juga untuk diri saya sendiri.

“Saya menangis kerana terlalu gembira dan dia sudah mendapat seru untuk mengenakan hijab seperti yang dituntut syarak,” tambah Fara.

sumber- Kosmo

Pengarah Genting dibayar imbuhan tertinggi

Genting Bhd
Genting Bhd 
KUALA LUMPUR - Genting Bhd mendahului senarai syarikat-syarikat yang membayar ganjaran yang lebih tinggi kepada pengarah mereka tahun lepas, dengan pembayaran sebanyak RM117.69 juta, demikian menurut kaji selidik Malaysian Business.

Dua puluh syarikat terbaik membelanjakan RM534.95 juta tahun lepas, meningkat 17 peratus dari sebelum ini, manakala 600 syarikat yang ditinjau, membayar lebih RM1 juta.

Genting juga mencatatkan imbuhan tertinggi sebanyak RM113 juta hingga RM113.05 juta bagi seorang pengarah tetapi tidak menamakan beliau.

Eksekutif tertinggi disenaraikan ialah Pengerusi Eksekutif dan Ketua Eksekutif Tan Sri Lim Kok Thay.

Syarikat kedua terbaik ialah IOI Corporation Bhd, yang membayar lembaga pengarahnya RM60.30 juta, naik 7.1 peratus dari 2010.

Syarikat tersenarai awam membayar imbuhan sebanyak RM56.75 juta hingga RM56.80 juta kepada pengarah berpangkat tertinggi.

"Kami mengandaikan penerima adalah Pengarah IOI Corp dan Pengasas Tan Sri Lee Shin Cheng," kata Malaysian Business dalam satu kenyataan hari ini.

Anak syarikat Genting, Genting Malaysia Bhd, yang membayar lebih daripada RM48 juta kepada eksekutif tertinggi, menduduki tempat ketiga.

Kaji selidik itu menyatakan bahawa bayaran mungkin telah dibuat kepada orang yang sama, mengambil kira kemungkinan pengiraan dua kali.

Syarikat yang menurunkan imbuhan lembaga pengarah mereka tahun lepas termasuk Berjaya Corporation Bhd, yang membayar RM20.67 juta atau 12.5 peratus kurang kepada anggota lembaga.

Imbuhan tertinggi dibayar kepada seorang pengarah dalam syarikat adalah dalam RM10.35 juta hingga RM10.40 juta, juga lebih rendah daripada RM11.70 juta hingga RM11.75 juta yang dibayar sebelum ini.

CIMB Group Holdings Bhd membayar RM16.49 juta atau 10.9 peratus kurang kepada anggota lembaga tahun lepas.

Imbuhan yang dibayar kepada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Mohd Nazir Razak tahun lepas adalah lebih rendah pada RM8.70 juta berbanding dengan RM12 juta pada 2010.

sumber- Bernama

Sejam tahan azab pijar cili

Sejam tahan azab pijar cili
Keadaan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu setelah terlibat dalam kemalangan di hadapan SK Tengkawang, Kampung Tengkawang, pagi semalam.
KAMPUNG TENGKAWANG - Seorang pemandu van bukan sahaja menahan kesakitan akibat tersepit di tempat duduk pemandu, tetapi dia juga terpaksa menahan ‘kehangatan’ cili giling hampir satu jam setelah kenderaan dipandunya terlibat dalam kemalangan, di sini, pagi semalam.

Bagaimanapun, azab dihadapi Abd Rahman Ibrahim yang terlibat dalam kemalangan kira-kira jam 9.45 pagi di hadapan Sekolah Kebangsaan Tengkawang itu berakhir apabila dia berjaya dikeluarkan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kuala Berang.

Difahamkan, kejadian dipercayai berlaku apabila van berisi muatan cili giling dipandu mangsa daripada arah Kuala Berang ke Sungai Tong itu merempuh sebuah lori tiga tan yang ketika itu ingin membelok ke kanan memasuki sebuah lorong.

Rempuhan menyebabkan mangsa tersepit susulan van itu remuk teruk dibahagian hadapan, selain puluhan bungkusan cili giling pecah serta bertaburan atas jalan raya sebelum mangsa berjaya dikeluarkan.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK II Mohd Pitter Tengah berkata, menaiki sebuah jentera dengan enam anggota, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian jam 9.50 pagi.

"Ketika sampai, mangsa didapati tersepit di tempat duduk pemandu selain kedua-dua kakinya juga tersepit.

"Operasi mengeluarkan mangsa daripada kenderaan mengambil masa 25 minit," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian yang turut menarik perhatian orang ramai termasuk pengguna jalan raya serta komuniti setempat.

Tinjauan mendapati, puluhan cili giling pecah bertaburan atas jalan raya dan di bahagian hadapan van dinaiki mangsa, namun lalu lintas lancar dengan bantuan anggota trafik dari IPD Hulu Terengganu walaupun laluan menghala ke Sungai Tong ditutup sementara.

sumber- Sinar

Fyza rindu... Sambut lebaran sederhana

gambar fyza kadir bogel
Fyza Kadir
SEJAK 26 tahun lalu, dia berpeluang menyalami tangan bapanya di pagi raya. Namun lebaran kali ini, hanya memori bersama bapa tercinta yang menjadi kenangan dalam hidupnya.

Kehilangan bapa, A Kadir Mohd pada 1 Januari lalu akibat angin ahmar, menyebabkan lebaran buat keluarga Fyza Kadir terasa suramnya. Justeru, hanya persiapan serba sederhana menjadi pilihan mereka.

"Dek kerana masih terasa kehilangan arwah ayah dan tidak mahu terus bersedih di pagi raya, kami sekeluarga memilih untuk beraya di rumah nenek di Cheras, Kuala Lumpur.

"Mungkin pada hari raya ketiga atau keempat baru kami akan kembali ke Johor Bahru untuk menziarahi pusara arwah ayah dan sanak-saudara yang lain.

"Malah, saya juga hanya menempah dua helai baju kurung dan tidak membuat kuih raya seperti kebiasaannya tahun ini," ujarnya.

Fyza atau nama sebenarnya Norhafiezzah A. Kadir berkata, sejak 1 Ramadan lagi, dia telah berasa sunyi tanpa kehadiran ayahnya apatah lagi mempunyai hubungan yang cukup akrab bersama Allahyarham.

"Saya dan adik memang rapat dengan arwah. Malah pada pagi raya, sayalah yang akan memilih dan memakaikan butang baju Melayu ayah dan kini semua itu tinggal kenangan buat saya.

"Arwah pula seorang yang gemar mengusik dan sering menceriakan suasana di dalam rumah, jadi bila arwah tiada, kami memang terasa sunyi," jelas Fyza.

Menyentuh mengenai menu utama di pagi raya, Fyza berkata, memandangkan mereka orang Johor, oleh kerana itu, nasi beriani atau nasi minyak sering menjadi hidangan utama selain dari lemang dan rendang.

Bintang dalam ciptaan

Sementara itu, menyelak lembaran kariernya, nama Fyza Kadir mungkin masih samar dalam industri, namun wajah dan tubuh tinggi lampai yang dimilikinya sudah mula mencuri perhatian bukan sahaja pengarah, bahkan para peminat.

Biarpun baru dua tahun terlibat di dalam bidang lakonan, namun profil karier gadis berdarah campuran Melayu dan Malbari berusia 27 tahun ini boleh dibanggakan.

Mula menarik perhatian menerusi filem Nongkrong, filem kedua Fyza, Seram Sejuk, bakal menemui 16 Ogos ini.

"Syukur Alhamdulillah, dalam tempoh dua tahun, saya boleh tersenyum dengan graf tawaran lakonan saya. Namun ia bukan bermakna saya boleh menarik nafas lega, sebaliknya banyak lagi yang perlu saya pelajari," katanya.

Biarpun tidak mendapat publisiti meluas, Fyza telah pun membintangi lapan filem termasuk Pe3, 1 Lawan 1, Kisah Paling Gangster, Salam Cinta dan Ajiboy.

Berkongsi tentang penglibatannya dalam industri seni, Fyza berkata, semuanya bermula apabila dia menemani seorang kawan bertemu penulis skrip MIG Productions Sdn Bhd, Shariman Wahap.

"Abang Shariman meyakinkan saya bertemu David Teo. Walaupun pada mulanya tidak yakin kerana tidak mempunyai pengalaman, tapi ternyata ia bukan masalah besar buat saya," ujarnya.

sumber- Sinar

Koma dibakar angkara kekasih panas baran

Koma dibakar angkara kekasih panas baran

KUALA LUMPUR: “Mama tolong kak ngah. Kak ngah sakit. Kak ngah kena bakar,” rintih seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ketika menghubungi ibu angkatnya selepas dipercayai dibakar teman lelakinya di kawasan semak berdekatan Seksyen 1, Wangsa Maju, awal pagi kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.

Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.

Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.

Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.

sumber- Harian Metro

Muslimah saman Disney kerana larang pakai tudung

Muslimah saman Disney kerana larang pakai tudung
Ketua Kesatuan Kebebasan Sivil Amerika (American Civil Liberties Union) Mark Rosenbaum (bertali leher merah) berucap sambil bekas pekerja Disney Imane Boudlal, (bertudung) melihat pemberita selepas mereka mengumumkan tuntutan mahkamah terhadap Disney, atas dakwaan diskriminasi dan gangguan kerana kepercayaan agamanya di ibu pejabat ACLU di Los Angeles, California OGOS 13, 2012. REUTERS / Jason Redmond.
LOS ANGELES: Seorang bekas pekerja restoran Disneyland menyaman Walt Disney Co pada Isnin lalu atas alasan gangguan dan diskriminasi agama, mengatakan beliau dipecat hanya kerana mahu memakai tudung di tempat kerja.

Imane Boudlal, seorang Muslim yang berusia 28 tahun, bekerja sebagai pelayan di Storytellers Cafe, sebuah restoran di dalam Disney’s Grand California Hotel & Spa di Disneyland di Anaheim, California, menurut aduan yang difailkan di mahkamah persekutuan.

Selepas dua tahun bekerja, Boudlal meminta kebenaran untuk memakai tudung ketika di tempat kerja.

Beliau menawarkan untuk memakai tudung yang sepadan dengan warna pakaian seragam beliau atau yang memaparkan logo Disney.

Menurut tuntutan mahkamah itu, pengurus Disney menafikan permintaan tersebut, dengan alasan ia akan melanggar dasar syarikat yang berkaitan ‘penampilan’ pekerja mereka semasa bertugas.

Disney juga melarang tatu yang jelas kelihatan dan kuku yang melebihi satu perempat inci, jelas tuntutan mahkamah itu lagi.

Boudlal telah diberikan pilihan untuk bekerja di bahagian belakang, jauh daripada pelanggan, atau memakai topi gaya fedora di atas tudungnya.

Apabila Boudlal enggan, dia terus dipecat dari jawatannya, jelas tuntutan mahkamah.

Seorang warganegara Amerika Syarikat yang dilahirkan di Maghribi, Boudlal berkata beliau juga menjadi subjek kepada penghinaan anti-Arab dan anti-Islam, termasuk dipanggil “pengganas” dan “unta” oleh rakan sekerja dan penyelia.

Beliau berkata beliau melaporkan kejadian tersebut kepada pengurus tetapi mereka tidak mengambil sebarang tindakan.

“Disneyland memanggil dirinya sebagai tempat yang paling gembira di bumi, tetapi saya menghadapi banyak gangguan sejak saya mula bekerja di sana,” Boudlal berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kesatuan Kebebasan Awam Amerika.

“Ia hanya menjadi lebih buruk apabila saya memutuskan untuk memakai hijab.”

Jurucakap Disney bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Kes ini adalah kes Boudlal melawan Disney.

sumber- Harakah

Tahanan Palestin seludup sperma untuk isteri

Tahanan Palestin seludup sperma untuk isteri
Dallal selamat melahirkan bayi lelaki hasil daripada sperma milik suaminya yang diseludup keluar dari penjara Israel.
TEBING BARAT - Seorang bayi lelaki selamat dilahirkan di hospital di Nablus melalui pembedahan, kelmarin hasil daripada sperma milik bapanya yang diseludup keluar dari penjara Hadarim di tengah Israel.

Bayi sihat dinamakan Muhannad itu adalah anak ketiga kepada tahanan Palestin, Ammar, 37, yang kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup dan Dallal Ziben, 32.

Menurut Dallal, walaupun dia tidak pernah bertemu dengan suaminya sejak 15 tahun lalu, impiannya untuk mempunyai seorang anak lelaki termakbul dengan izin ALLAH SWT selepas dia menjalani prosedur permanian beradas.

Bagaimanapun, butiran lanjut bagaimana sperma milik suaminya itu berjaya diperoleh dengan selamat tidak didedahkan.

Dalam satu kenyataan, doktor yang melakukan prosedur tersebut memaklumkan mereka ada melakukan proses pemisahan jantina sebelum menjalankan prosedur permanian beradas itu sebanyak tiga kali kerana Dallal berhasrat untuk mendapatkan anak lelaki.

Sementara itu, Samer Samaro dari  kementerian hal ehwal banduan  di Nablus menyatakan, tahanan mempunyai hak untuk mendapatkan anak walaupun mereka berjauhan dari isteri dan keluarga tercinta.

"Kami berharap, isu ini mendapat persetujuan dari pihak Israel kerana ia adalah hak asasi manusia sejagat," tegasnya.

sumber- Sinar

Hotel bergerak

Hotel bergerak

Snoozebox syarikat yang berpengkalan di UK telah datang dengan konsep bijak bagi menyelesaikan isu perumahan untuk kakitangan di lokasi di acara-acara utama, seperti Sukan Olimpik. Mereka menyediakan bilik hotel mudah alih kontemporari di dalam kontena ubahsuai, yang boleh dimuatkan, disusun dan diangkut melalui darat, udara atau laut ke mana-mana sahaja lokasi di seluruh dunia.

Hanya memerlukan 48 jam untuk beroperasi sepenuhnya sebaik sahaja tiba di lokasi. Setiap kontena terdiri dari 2-4 bilik yang dilengkapi dengan bilik mandi, peti keselamatan, televisyen dan internet wayarles percuma.

Menurut laporan di laman webnya, Snoozebox telah menyediakan 320 bilik untuk kakitangan keselamatan di Sukan Olimpik London.

Hotel bergerak

Hotel bergerak

Hotel bergerak

Hotel bergerak

Hotel bergerak

Hotel bergerak

Hotel bergerak

Hotel bergerak

Hotel bergerak

Wanita Muka Misteri Minta Mahkamah Cabut Nyawanya

Chantal Sebire
Chantal Sebire
Chantal Sebire, bekas guru sekolah yang berusia 52 tahun dan ibu kepada tiga, telah meminta mahkamah di Dijon, timur Perancis, untuk membenarkan doktor mencabut nyawanya. Wanita ini cacat teruk pada muka kerana tumor pada wajah.

Kes ini menjadi perdebatan sengit antara orang ramai dan saintis. Ramai yang bersimpati. Bagaimanapun Mahkamah ahirnya menolak rayuan wanita itu kerana undang-undang sedia ada hanya digunakan untuk haiwan. Bukan untuk manusia.

Basikal elektrik yang boleh dilipat

Blue Sky Bike adalah hasil kerjasama antara Haba Richard, seorang pereka bentuk industri dengan Blue Sky Design. Ianya berkonsepkan basikal elektrik yang boleh dilipat bersesuaian dengan gaya 'Urban-City'. Diilhamkan dari pengalaman Haba Richard sendiri dengan rutin hariannya menaiki kereta api dari pinggir barat bandar ke Bandar Sydney.

Basikal elektrik yang boleh dilipat

Terdapat 3 objektif utama bagi rekabentuk basikal ini iaitu praktikal, kapasiti simpanan dan bergaya. Richard telah menggabungkan 3 elemen ini dalam rekaannya agar nampak keunikan dalam memberi penjenamaan baru terhadap basikal elektrik.


Basikal elektrik yang boleh dilipat

Basikal elektrik yang boleh dilipat

Basikal elektrik yang boleh dilipat

Basikal elektrik yang boleh dilipat

Basikal elektrik yang boleh dilipat

Gelang pelampung

'Self Rescue Bracelet' bukanlah aksesori gelang semata-mata. Ianya boleh digunakan ketika kecemasan terutamanya ketika berenang bersendirian lalu mengalami masalah kekejangan kaki. Gelang ini adalah rekaan Wu Xuexing, Zhu Linghui dan Peizheng Zhu dari China. Cara menggunakannya amat mudah dengan hanya menariknya sahaja.

Self Rescue Bracelet

Udara yang termampat dalam gelang tersebut akan mula mengembang dan penggunanya akan terapung sementara menunggu bantuan penyelamat. Gelang ini tidak terhad untuk digunakan semasa berenang sahaja. Rekabentuknya yang nipis dan ringan sesuai diperagakan ketika bersiar-siar mahupun di mana jua.

Self Rescue Bracelet

Hotel dalam kren yang unik

Harbour Crane Hotel di Harlingen Belanda adalah satu-satunya hotel yang mempunyai sebuah bilik yang dibina di dalam kren. Ianya terletak di pelabuhan Harlingen dan kren tersebut masih berfungsi 100%. Pada asalnya, kren ini digunakan untuk mengangkat kargo kayu ke atas kapal di pelabuhan ini sekitar 1960-an. Apabila ianya tidak lagi digunakan, kren tersebut diubah menjadi hotel pada tahun 2001 oleh pasangan suami isteri Carla Comello dan Willem Koornstra. Menariknya, para tetamu boleh memilih pemandangan 360 darjah mengikut kesukaan mereka. Hanya 2 individu sahaja yang dibenarkan tinggal di situ dalam satu-satu masa. Kos untuk menginap di sini ialah GBP 260 (Rm1270) bagi satu malam.

Hotel Dalam Kren
Hotel Dalam Kren
Hotel Dalam Kren

Rihanna digugurkan jadi duta produk

Rihanna
Rihanna
PENYANYI yang terkenal dengan lagu Umbrella ini, telah digugurkan daripada menjadi duta produk Nivea.

Perkara itu diumumkan CEO produk itu, Stefan Heidenreich.

"Pengguna kami terdiri daripada seisi keluarga termasuk kanak-kanak.

"Rihanna pula terlalu seksi dan gemar bersosial dan imej sebegini tidak sesuai untuk produk kami," katanya.

Rihanna dipilih menjadi duta Nivea sejak tahun 2011 yang lalu sempena kempen Nivea yang berusia 100 tahun.

sumber- Sinar

Muzium bawah laut terbesar di dunia

Muzium bawah laut terbesar di dunia ini berada di Cancun. Ianya dibuka sebagai pameran yang disebut sebagai "Silent Evolution" oleh tokoh Jason de Caires Taylor.

Muzium bawah laut terbesar di dunia

Muzium ini terdiri daripada 400 patung yang ditenggelamkan di dalam perairan Cancun, di mana pengunjung boleh berenang bersama-sama ikan yang cantik.

Lokasi muzium ini terletak di Taman Negara Pantai Barat Isla Mujeres, Punta Cancun dan Punta Nizuc. Sekitar 750,000 pelancong datang ke sini saban tahun.

Muzium bawah laut terbesar di dunia

Hasil kerjasama ahli biologi laut dan pakar dari bidang lain, patung-patung yang ditempatkan di sini menjadi terumbu buatan yang unik serta mampu mempromosikan hidupan laut.

Patung-patung itu akan berubah mengikut peredaran masa sehingga menjadi  batu karang. Melalui cara ini, Taman Laut itu juga berupaya menggamit kedatangan pelancong. Pendapatan tahunan dari hasil pelancongan disini mencecah 36 juta dolar AS.

Muzium bawah laut terbesar di dunia

Galeri utama muzium ini menempatkan 400 bahan pameran dengan patung-patung bersaiz manusia biasa dan keseluruhan kompleks itu memerlukan 18 bulan bekerja, 120 tan simen, 400 kg silikon, 3800 fiber glass  dan 120 jam kerja-kerja submarine.

Muzium bawah laut terbesar di duniaMuzium bawah laut terbesar di dunia
Muzium bawah laut terbesar di dunia
Muzium bawah laut terbesar di dunia

Parah mercun dijemur meletup

Parah mercun dijemur meletup
Parah mercun dijemur meletup
Parah mercun dijemur meletup
Mangsa dibawa ke HPRZII untuk rawatan lanjut.
PASIR MAS – Seorang lelaki yang menjemur mercun bola di hadapan rumahnya di Kampung Paloh, Chicha Tinggi dekat sini, cedera parah kedua-dua matanya apabila bahan letupan itu meledak secara tiba-tiba, semalam.

Kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu berlaku ketika Mohd Azrin Hadi, 22, cuba meratakan sebungkus mercun basah akibat terkena hujan di atas guni yang diletakkan di atas rumput di kawasan lapang di rumahnya.

Cuaca panas menyebabkan kesemua kira-kira 50 biji mercun bola itu meletup serentak dan percikannya terkena mata, badan serta kaki mangsa.

Jarak mangsa dengan bahan letupan yang cuba diratakan itu agak dekat menyebabkan percikan bunga api dari mercun itu terus terkena matanya sebaik meletup.

Bapa mangsa, Hadi Ismail, 44, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur dan terjaga akibat bunyi letupan.

Menurutnya, sebaik terdengar letupan berkenaan, dia  berlari ke luar rumah.

“Saya  bergegas keluar dan terkejut melihat muka serta badan anak dipenuhi darah dan terus membawanya ke hospital.

“Sehingga kini saya tidak tahu sejauh mana kecederaannya, yang pasti kedua matanya cedera,” katanya di pekarangan Hospital Daerah Pasir Mas, petang semalam.

Hadi berkata, letupan kuat turut menyebabkan telinganya berdengung walaupun selepas satu jam kejadian.

Anak kedua daripada tujuh beradik yang sudah berkahwin itu kemudiannya dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HPRZII), Kota Bharu, untuk rawatan lanjut.

sumber- Sinar

Ibu tunggal parah diragut, terjatuh dari motosikal

ibu tunggal bernasib malang
Sharifah ketika dirawat HRPZ II setelah mengalami kecederaan akibat terjatuh dari motosikal dalam cubaan ragut.
KOTA BHARU-Seorang ibu tunggal patah tangan kiri selain cedera di kepala dan hidung selepas terjatuh dari motosikal dalam kejadian ragut di Kampung Baru, Pasir Pekan, Tumpat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa Sarifah@Sarimah Ismail, 49, yang bekerja sebagai tukang masak di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Mahmud Mahyidin, Pasir Pekan dalam perjalanan menuju ke tempat kerjanya dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda.

Mangsa dipercayai terjatuh ketika cuba menghalang beg tangan yang diletakkan di dalam raga motosikal, mengakibatkan dia mengalami kecederaan di muka dan beberapa bahagian badan.

Akibat kecederaan itu, dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Menceritakan kembali detik cemas itu, Sarifah berkata ketika kejadian dia berseorangan menunggang motosikal menuju ke tempat kerja yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya.

“Tidak sampai seminit keluar dari rumah, seorang penunggang motosikal yang datang dari arah belakang secara tiba-tiba cuba menghampirinya.

“Lelaki itu menghulurkan tangannya ke dalam dalam raga motosikal yang mengandungi beg tangan saya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di HRPZ II semalam.

Sharifah  bertindak nekad memegang beg dalam raga itu, sebelum peragut itu merentap dengan kuat sehingga dia hilang kawalan dan jatuh tersembam di atas jalan raya.

Menurutnya, peragut itu kemudian bertindak melarikan diri tanpa sempat meragut beg tangannya.

“Mujur ketika itu salah seorang jiran yang melalui kawasan itu membantu saya.

“Dia kemudian menghantar saya ke tempat kerja sebelum majikan membawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Sarifah berkata, ketika kejadian dia hanya membawa kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit dan wang tunai RM90 dan dia kesal dengan tindakan nekad peragut itu yang sanggup mengambil kesempatan terhadap insan lemah sepertinya.

“Saya hanya mampu berharap pihak polis dapat menangkap peragut itu supaya dia orang awam tidak menjadi mangsa seterusnya,” katanya.

sumber- Sinar

Pokok tembusu tumbang hempap 9 kereta

Poko tembusu tumbang hempap 9 kereta
Pekerja Majlis Perbandaran Seremban (MPS) menjalankan kerja pemersihan dahan pokok yang tumbang di parkir Taman Tasik Seremban di sini hari ini. Foto Bernama
SEREMBAN - Sebatang pokok tembusu besar tumbang dan menghempap sembilan buah kereta di kawasan parkir Taman Tasek Seremban berhampiran pejabat Jabatan Pelajaran negeri di sini hari ini.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan ketika kejadian itu berlaku kira-kira 3.30 petang.

Lima daripada kereta terbabit milik pegawai Jabatan Pelajaran negeri, tiga daripadanya rosak teruk dengan bumbungnya remuk akibat dihempap pokok tersebut.

Seorang pemilik kereta yang remuk itu, Hamidah Che Ros, 47, yang bertugas di Jabatan Pelajaran negeri, berkata beliau menyedari kejadian itu ketika pihak jabatan mengumumkan kejadian itu melalui pembesar suara.

"Saya kemudian berlari turun dan mendapati kereta Nissan Sentra saya remuk dihempap pokok. Saya dah pakai kereta ini empat tahun dan merasa sedih dengan kejadian ini," katanya di tempat kejadian.

Seorang rakan Hamidah, Mustafa Abd Majid, 46, pula berkata biasanya beliau meletakkan keretanya Kia Sportage di dalam kawasan pejabat tetapi hari ini beliau meletak kereta itu di kawasan parkir Taman Tasek Seremban.

"Memang nasib tidak baik dan saya anggap kejadian ini sudah takdir dan saya menerimanya saja," katanya.

sumber- Sinar

Harga minimum rokok RM7 mulai 1 September

Datuk Seri Liow Tiong Lai
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai 
PUTRAJAYA - Kerajaan menetapkan harga minimum bagi semua jenama rokok ialah RM7 mulai 1 Sept dan hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 20 batang rokok dalam satu paket.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata serentak itu, kerajaan turut memansuhkan semua jenis diskaun yang ditawarkan oleh syarikat rokok.

Beliau berkata kerajaan juga hanya membenarkan syarikat rokok mengeluarkan 10 paket dalam satu karton.

"Mulai 1 Sept 2012, semua diskaun jualan rokok akan dimansuhkan... semua jenama rokok tidak boleh mengadakan diskaun. Pelarasan diskaun harga jualan runcit rokok dimansuhkan. Hanya satu harga minimum iaitu RM7 untuk paket 20 batang.

"Pengilang-pengilang membungkus rokok perlu memastikan dalam paket hanya 20 batang dan satu karton mengandungi 10 paket sahaja," katanya pada sidang akhbar selepas memperkenalkan 'Duta ASAP Smoke Free Lifestyle', di sini hari ini.

Liow berkata dengan penguatkuasaan peraturan itu kesemua rokok yang dijual dalam negara hendaklah dijual dengan harga tidak kurang daripada harga minimum yang ditetapkan itu.

Tahun lepas harga minimum rokok ditetapkan RM7 bagi 20 batang apabila Kementerian Kesihatan menguatkuasakan Peraturan Harga Minimum Rokok dan Larangan Promosi Harga menerusi Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau.

Bagaimanapun kerajaan ketika itu tidak menetapkan saiz paket dan terdapat 21 batang rokok (RM7.23), 22 batang rokok (RM7.70), 23 batang rokok (RM8.05).

Liow berkata walaupun sebelum ini penjualan rokok pada harga yang lebih rendah dilarang, syarikat rokok dibenar membuat pelarasan harga sebanyak tiga kali setahun dengan perbezaan harga tidak boleh melebihi lima peratus.

Beliau berkata kerajaan menguatkuasa peraturan baru itu untuk mengurangkan kebolehcapaian dan kemampuan membeli rokok terutama oleh kanak-kanak, remaja dan golongan berpendapatan rendah selain membendung aktiviti promosi rokok melalui pemberian diskaun yang berlebihan.

Dengan penguatkuasaan peraturan baru ini, kompaun antara RM500 dan RM5,000 dikenakan bagi kesalahan menjual rokok di bawah harga minimum manakala bagi kesalahan menjual rokok tidak sah, peniaga yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

sumber- Bernama

Suami isteri maut motosikal dirempuh di Seremban

Suami isteri maut motosikal dirempuh
Mayat sepasang suami isteri terbaring di atas jalan selepas terbabit dalam satu kemalangan di Jalan Ampangan-Lingkaran Tengah di sini awal pagi tadi.
SEREMBAN - Sepasang suami isteri maut selepas motosikal yang dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Muda Linggi berhampiran sebuah pasar raya, di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 3.30 pagi itu, mangsa Lim Soon Chin dan isterinya Lai Lan Eng, masing-masing berumur 38 tahun, meninggal dunia serta merta di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis berkata ketika kejadian mangsa yang menunggang sebuah motosikal dalam perjalanan dari arah bandar menghala ke Taman Dusun Nyior, dekat sini.

Katanya semasa melalui satu selekoh, motosikal mangsa dirempuh sebuah kereta jenis Proton Iswara yang dipandu seorang remaja berusia 19 tahun dari arah bertentangan.

"Akibat rempuhan kuat itu menyebabkan kedua-dua mangsa tercampak hampir 10 meter di atas jalan raya dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan," katanya.

Sementara itu, Pegawai Turus Trafik Negeri ASP Abd Halil Hamzah yang mengesahkan perkara itu berkata punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Katanya mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar di sini, untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga.

sumber- Bernama

Anak sakit bapa diculik

DITAWAN LANUN...Bibi bersama tiga anaknya menunjukkan gambar suami yang diculik di perairan Nigeria <br />pada 4 Ogos lalu.
DITAWAN LANUN...Bibi bersama tiga anaknya menunjukkan gambar suami yang diculik di perairan Nigeria pada 4 Ogos lalu.
KUALA LUMPUR: “Anak kedua kami mengalami demam panas yang sangat kuat disebabkan terkejut dengan berita penculikan ayah mereka dan kami sekeluarga amat bimbangkan keselamatannya yang kini berada di bawah tahanan kumpulan lanun.

“Saya sangat berharap agar dia tidak diapa-apakan dan pulang dengan selamatnya selepas hampir 10 hari ditahan oleh kumpulan lanun terbabit,” kata isteri kepada seorang rakyat Malaysia yang diculik lanun, Bibi Suntek, 42.

Bibi adalah isteri kepada juruelektrik berasal dari Sarawak, George Lipih Anak Ambo, 42, yang diculik lanun di Teluk Guinea, Perairan Nigeria pada 4 Ogos lalu selepas kapal Jascon 33 kelolaan syarikat industri hiliran dan sokongan petroleum, Sea Trucks Group diserang kumpulan terbabit.

Dalam serangan ganas terbabit, dua kelasi keselamatan warga Nigeria maut selepas dibunuh kumpulan lanun itu dan empat anak kapal termasuk George diculik.

Menurut Bibi, seluruh ahli keluarganya begitu sedih dengan berita penculikan George, namun berkeyakinan serta menaruh harapan agar dia dapat dibebaskan dengan segera.

sumber- HMetro

Tergamak rogol mayat

Sabturiah gadis di rogol di bunuh
SEDIH...ahli keluarga mangsa kelihatan sebak selepas menerima berita kematian Sabturiah.
Sabturiah gadis di rogol di bunuh
MATI...anggota polis membawa mayat Sabturiah yang dipercayai dibunuh dan dirogol dalam kejadian samun.
KAJANG: Seorang gadis bukan saja dibunuh, malah mayatnya dipercayai turut dirogol penyerangnya dalam kejadian bermotifkan samun di rumah mangsa di Taman Taming Jaya Dua, di sini, malam kelmarin.

Mayat Sabturiah Faisal, 19, ditemui terbaring di dalam bilik tidur oleh kakaknya ketika mahu mengejutkan gadis berkenaan untuk berbuka puasa pada jam 7.30 malam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, pihaknya menerima panggilan seorang lelaki pada jam 7.47 malam memaklumkan mengenai kejadian itu.

Katanya, siasatan mendapati mangsa dipercayai dibunuh menggunakan objek tumpul serta jerutan. Beberapa kesan lebam ditemui di tangan kanan dan perut serta kesan jerutan di leher.

“Siasatan awal juga mendapati mayat mangsa dipercayai dirogol penyerang yang dikenali mangsa berdasarkan tiada kesan pecah masuk ditemui di rumah flat berkenaan.

suumber- HMetro

Mati ngeri digilis, diseret treler

PASUKAN keselamatan mengusung mayat Muhammad Nazhif yang maut selepas diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler dalam kemalangan di Melaka kelmarin.
PASUKAN keselamatan mengusung mayat Muhammad Nazhif yang maut selepas diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler dalam kemalangan di Melaka kelmarin.
MELAKA – Seorang pelajar menemui ajal dalam keadaan mengerikan apabila dia digilis dan diseret sejauh 50 meter oleh sebuah treler membawa muatan jubin dalam kemalangan di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Hospital Pantai di sini kelmarin.

Kejadian pukul 10 malam itu mengakibatkan Muhammad Nazhif Sharif, 17, (gambar) mati di tempat kejadian.

Jurucakap polis berkata, sebelum kejadian, mangsa dalam perjalanan ke pusat bandar untuk membeli baju raya di Ayer Keroh.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan lalu melanggar belakang sebuah kereta Proton Wira sehingga menyebabkan mangsa terjatuh.

“Pada masa sama, sebuah treler yang berada di belakang menyambar tubuh mangsa lalu diseret sejauh 50 meter sebelum kenderaan berat itu berhenti,” katanya.

Sementara itu, mengimbau semula tragedi itu, rakan mangsa, Ng Kok Leng, 16, berkata, sebelum kejadian dia dan dua rakan termasuk mangsa baru pulang dari sebuah pasar raya.

Katanya, mangsa kemudian mengajak mereka ke Bazar di Taman Cempaka, Peringgit untuk mencari baju raya selepas pakaian di pasar raya itu tidak berkenan di hatinya. Jarak antara dua tempat itu kira-kira lima kilometer.

sumber- Kosmo

Perangkap sampah risaukan penduduk

TEONG LOOK (depan) melihat  longgokan sampah pada perangkap sampah di Sungai Kerongkong, Gombak semalam.
TEONG LOOK (depan) melihat  longgokan sampah pada perangkap sampah di Sungai Kerongkong, Gombak semalam.
KUALA LUMPUR - Seramai 300 keluarga di Kampung Lee Kong Chian, Batu 5, Jalan Gombak dekat sini hidup dalam kebimbangan apabila perangkap sampah yang dipasang di Sungai Kerongkong yang mengalir melalui kampung itu tidak diurus dengan baik.

Ketua Kampung itu, Ng Chui Chong mendakwa, pemasangan perangkap sampah itu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) baru-baru ini telah mengundang masalah takungan sampah sarap yang teruk di kampung itu.

"Pemasangan perangkap sampah ini telah menyebabkan air sungai yang mengalir dengan lancar sebelum ini menjadi semakin perlahan.

"Bukan itu sahaja, kami dapati longgokan sampah seperti botol plastik, tin kosong, dahan-dahan kayu serta sisa pepejal yang lain terperangkap untuk tempoh yang lama," katanya pada sidang akhbar berhubung aduan masalah perangkap sampah kepada Pengerusi MCA Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look di kampung itu semalam.

sumber- Kosmo

Tilam buruk tersorok syabu RM1 juta

tokan ais
anggota polis dengan Unit Anjing Pengesan memeriksa bot yang ditahan di Kuala Sungai Klang, Pelabuhan Klang semalam.
PELABUHAN KLANG – Sekilas pandang, sebuah bot tukar barang dilihat sekadar membawa muatan tilam buruk untuk dijual di Indonesia, namun siapa sangka pemeriksaan pihak berkuasa di bilik enjin bot tersorok syabu bernilai hampir RM1 juta.

Taktik licik sindiket dadah antarabangsa itu terbongkar pada pukul 6.30 pagi semalam ketika Pasukan Polis Marin (PPM) Pelabuhan Klang menahan sebuah bot di Kuala Sungai Klang di sini.

Semasa ditahan bot tersebut dalam perjalanan menuju ke Tanjung Balai, Indonesia.

Selain merampas hampir lapan kilogram syabu yang diisi dalam empat bungkusan plastik berwarna merah jambu, PPM turut menahan seorang tekong dan dua orang awak-awak warga Indonesia berusia antara 41 hingga 60 tahun.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintendan Norzaid Muhammad Said berkata, kejayaan itu adalah hasil maklumat awam dan risikan yang dijalankan pihaknya selama sebulan sebelum menahan bot yang disyaki tersebut.

Menurut beliau, bot dari negara jiran itu dipercayai memasuki negara ini melalui Pelabuhan Klang sebelum singgah di sebuah jeti yang tidak boleh didedahkan sejak empat hari lalu tanpa membawa muatan.

“Selama empat hari bot tersebut diisi dengan muatan tilam terpakai bagi mengaburi pihak berkuasa namun dalam perjalanan pulang bot tersebut ditahan pihak berkuasa,” kata beliau pada sidang akhbar di Pangkalan PPM sini.

Semasa ditahan bot tersebut dinaiki tiga lelaki termasuk seorang tekong.

“Empat bungkusan syabu ditemui disembunyikan di bawah tangki minyak di bahagian enjin bot,” kata beliau.

sumber- Kosmo