Monday, March 4, 2013

Guru kecil mengajar di sekolah India

Seorang lelaki berusia 22 tahun telah terbantut tumbesarannya sehingga kekal menjadi kanak-kanak. Istimewanya, lelaki ini merupakan guru paling kecil di dunia dan mengajar di sekolah wanita Haryana, India. Azad Singh lebih mesra dipanggil 'Chotu' oleh para pelajarnya yang bermaksud 'tuan kecil'. Ketinggian Azad serendah 3 kaki dan mempunyai berat kira-kira 19 kg.

Guru kecil mengajar di sekolah India

Azad memperolehi pendapatan 10,000 rupee sebulan dengan mengajar kemahiran komputer. Katanya, "Saya tidak kisah. Saya telah mencapai apa yang saya mahukan. Layanan yang saya terima kini agak berbeza dimana saya telah mempunyai pekerjaan dan dihormati."

Guru kecil mengajar di sekolah India

Tumbesaran Azad mula terhenti ketika berusia lima tahun. Ketika itu, ibu bapanya tidak mampu menanggung kos pembiayaan suntikan hormon ke atasnya. Azad sering dibuli ketika di sekolah malah ada yang mengusiknya dengan mengatakan dia akan di culik sarkis sehinggakan dia tidak berani untuk keluar. Ketika berusia 18 tahun, Azad dimalukan apabila pegawai perkhidmatan kereta api menyangkakan bahawa dia seorang bayi. "Kejadian buli telah menyebabkan saya berusaha keras untuk mencapai matlamat saya."

Guru kecil mengajar di sekolah India

Azad mempunyai seorang adik perempuan Laxmi, 19, yang turut mengalami nasib yang sama manakala seorang lagi adik perempuannya Suman, 15, mempunyai fizikal yang normal dan kini bersekolah menengah di Gurgaon, Badshahpur.

Guru kecil mengajar di sekolah India

Suman yang sering menumpangkan Azad ke sekolah dengan menaiki skuter berkata, "Dia membuatkan saya berasa bangga." Ibunya Parvati, 52, turut berkata, "Dia akhirnya menemui kebahagiaan."

Guru kecil mengajar di sekolah India

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...