Saturday, July 7, 2012

Babi hutan 'mengamuk' di bandar Kuantan

babi hutan terbesar di dunia
Babi hutan “mengamuk” sehingga memasuki ke dalam kedai agensi pelancongan
KUANTAN – Orang ramai kecoh dibuatnya apabila melihat kelibat Babi Hutan tiba-tiba mengamuk di pusat bandar ini tengahari semalam. Masing-masing terkejut kerana mana mungkin Babi Hutan terbabit boleh berkeliaran di dalam sebuah bandar yang merupakan ibu negeri pada waktu siang.

Difahamkan, babi hutan yang entah dari mana datangnya itu telah berkeliaran di sekitar Jalan Mahkota.

Salah seorang saksi utama yang sempat merakamkan detik mencemaskan itu, Kamarulzaman Mohamed Yunus (foto) berkata “Pada jam 12.15 saya menuju ke kereta berada di dataran Mahkota, sebaik menaiki kereta, saya nampak seekor babi hutan sedang melintasi Jalan Mahkota dan menuju ke ke kedai Hamid Bros, babi hutan tersebut terus masuk ke dalam kedai dan memecahkan dinding cermin kedai seterunya bersembunyi di bawah meja dalam pejabat pusat pelancongan dalam kedai tersebut, selepas itu lebih kurang jam 12.35 babi hutan tersebut berjaya dikeluarkan dari kedai dan terus pula menuju ke Masjid Negeri dan masuk ke dalam masjid, kemudian dihalau seorang India, babi hutan itu menuju ke kawasan pejabat lama Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), dan terus menuju ke Mahkahmah besar, seterusnya menuju ke pasar”.


Kamarulzaman yang juga dikenali sebagai Pak Long turut menegaskan beliau amat hairan dengan kejadian ini. “Apakah peristiwa ini ada kaitan dengan pembaziran SUKMA atau kenyataan Mufti Pahang mengenai Himpunan Bersih, kemarahan rakyat mengenai kilang Lynas atau tanda awal mula kejatuhan UMNO BN di negeri ini (Pahang)”, kata beliau. “Selama ini kita memang selalu mendengar babi hutan mengamuk di dalam kawasan kampung. Tapi, bila ia terjadi kepada bandar seperti Kuantan, ia sesuatu yang sungguh menakjubkan. Apatah lagi Kuantan kini sedang menyambut ketibaan tetamu-tetamu dari luar sempena Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) yang akan dirasmikan esok. Situasi ini amat memalukan dan tidak pernah berlaku di Kuantan sebelum ini”, tambah beliau lagi.

babi hutan terbesar di dunia
Kaca bertaburan pecah akibat disondol oleh babi hutan di dalam kedai terbabit
Kejadian yang berlaku ini sungguh memalukan sebenarnya. Di saat Pahang berbangga sebagai tuan rumah SUKMA yang akan dirasmikan esok, tiba-tiba babi hutan ini boleh pula berkeliaran di dalam bandar Kuantan di siang hari?  Apakah musibah yang melanda agaknya. Adakah babi hutan itu mahu menggantikan “gajah” sebagai Maskot Sukan Malaysia kali ini agaknya. Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) harus bertanggungjawab akal hal ini. Jika ia berlaku di kawasan luar bandar yang berhutan di malam hari, mungkin kita boleh menerimanya.

Tapi, bila ia berlaku pada siang hari ia sungguh memusykilkan. Dari mana datang babi hutan itu?. Bayangkan jika babi hutan berkenaan berjaya masuk ke dalam Masjid Negeri yang berhampiran, maka sudah pastilah lebih kecoh. Mujurlah ia berjaya dihalau oleh orang ramai. Apakah kejadian ini adalah kerana tindakan MPK mengadakan “Nite Zoo” setiap minggu, tapi apa yang berlaku konsert hiburan yang lebih diutamakan ketika acara itu dijalankan. Mungkin ini menyebabkan binatang-binatang jadi takut dan kecewa, lantaran membawa diri ke tengah bandar.

Difahamkan, sebelum ini sudah beberapa kali babi hutan berkeliaran di dalam bandar Kuantan, malah ada yang masuk ke dalam pasaraya hingga menakutkan orang ramai. Apapun, pasti ada satu musibah akan berlaku atas kejadian ini sebenarnya. Berhati-hatilah dan ambil ikhtibar di atas segala kejadian yang menakjubkan ini

Sumber- Pahangdaily

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...