Monday, August 27, 2012

Avril Lavigne tayang cincin tunang

Avril Lavigne tayang cincin tunang

27 Ogos - Penyanyi Rock kelahiran Kanada, Avril Lavigne mengejutkan ramai pihak apabila mengesahkan telah bertunang dengan salah seorang ahli kumpulan Nickelback, Chad Kroeger.

Tidak ramai yang mengetahui perhubungan mereka yang mulai termeterai pada Februari tahun lalu sehinggalah pada 8 Ogos yang lalu. Avril dan juga Kroeger menayangkan cincin tunang yang bertahtakan 14 karat berlian setelah bersama lebih kurang enam bulan.

Lavigne, 27, dan juga Kroeger, 37, mula berkenalan pada Februari tahun lalu apabila dia menjadi salah seorang penulis bagi lagu yang dimuatkan di dalam album studio kelima penyanyi yang popular dengan lagu "Sk8er Boi" ini.

Menurut laporan dari People's Magazine mereka berdua sangat bahagia dan sedang menikmati alam percintaan.

"Mereka tidak terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga kerana masing-masing gembira dengan kehidupan mereka sekarang." ujar sumber yang juga merupakan ahli keluarga mereka.

Apabila ditanya sendiri kepada Kroeger mengenai hubungan ekspres ini, dia sememangnya mengetahui akan jatuh cinta dengan penyanyi Rock ini pada pandangan pertama.

"Saya tahu saya telah jatuh cinta kepadanya. Bekerja bersamanya ketika itu adalah saat yang paling tidak boleh dilupakan dan sememangnya itu antara kenangan yang hebat bagi saya."

Avril Lavinge turut berkongsi pengalaman bersama Kroeger yang membuatkan dia amat mencintai lelaki itu adalah kerana sifatnya yang kelakar dan seringkali membuatkan Lavinge ketawa.

"Dia buat saya ketawa setiap hari. Dia menjaga saya dengan baik."

Lavigne, yang pernah berkahwin dengan vokalis kumpulan Sum 41, Deryck Whibley pada tahun 2009, mengakui bahawa antara tarikan yang ada pada tunangnya itu adalah sifat kelakarnya.

Avril Lavigne juga pernah bercinta dengan pelakon rancangan realiti Televisyen "The Hills" Brody Jenner namun berlaku kecundangan ditengah jalan.

sumber- Cinema Online

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...