Monday, August 27, 2012

Harap kekal bersama Super Junior

super junior
Choi Siwon
ANGGOTA kumpulan Super Junior, Choi Siwon atau Siwon mengungkapkan keinginannya untuk bersama Super Junior buat selama-lamanya dan berharap kumpulan tersebut tidak akan berpecah.

Pengakuan tersebut dibuat Siwon menerusi temu ramahnya bersama majalah First Look, baru-baru ini.

Menurut Siwon, kekerapan bersama menjayakan persembahan membuatkan perhubungan di antara anggota Super Junior yang lain begitu akrab. Malah Siwon tidak malu mengakui bahawa dia menyayangi semua anggota Super Junior yang sudah dianggap seperti sebuah keluarga besar.

“Kami sudah bersama-sama sejak 2005 lagi. Dalam tempoh itu banyak perkara pernah berlaku antara kami tidak kira pahit atau pun manis.

“Malah, jika ada masalah sebesar mana sekali pun kami akan duduk berbincang dan tidak pernah bermasam muka. Kami juga tahu apa yang suka dan tidak disukai antara satu sama lain.

“Oleh kerana itu saya berharap untuk bersama mereka bagi satu tempoh masa yang lama,” ungkapnya.

sumber- Sinar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...