SEBUAH trak terbalik di jejambat yang runtuh. |
BEIJING - Tiga orang terbunuh dan lima lagi cedera apabila jejambat sebanyak lapan lorong runtuh di timur laut China semalam, sembilan bulan selepas siap dibina, lapor agensi berita China News Service.
Jejambat itu merupakan sebahagian daripada laluan ke sebuah lapangan terbang di bandar Harbin.
Ia dibuka pada November tahun lalu selepas dua tahun siap dibina dengan kos AS$300 juta (RM930.39 juta).
BEBERAPA buah kenderaan terhumban dari sebuah jejambat yang runtuh di Harbin semalam. |
Dua orang mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati kemudian.
Pihak berkuasa akan menyiasat reka bentuk dan ciri-ciri pembinaan semasa melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian.
Ribuan orang memberi komen tentang runtuhan itu di laman Sina Weibo.
"Cuba bayangkan beberapa pegawai korup mengambil empat perlima daripada dana projek," kata seorang pengguna laman itu.
sumber- AFP
0 comments:
Post a Comment