Tuesday, October 23, 2012

Aksi berani pemungut madu di Nepal

Memungut madu adalah salah satu kegiatan yang dilakukan sejak peradaban awal manusia. Pengkaji sejarah  menyatakan bahawa kegiatan ini telah dipraktikkan sejak 13,000 tahun Sebelum Masihi berdasarkan rekod lukisan batu yang ditemui.

Di Nepal, kegiatan memungut madu telah dipraktikkan sejak ribuan tahun yang lalu dan merupakan sebahagian dari budaya mereka. Sebilangan kecil penduduk di pedalaman Nepal bergantung hidup dengan hasil carian madu. laboriosa Apis merupakan spesis lebah madu terbesar di dunia dan kebanyakannya hanya terdapat di Nepal. Ianya membuat sarang di tebing bukit. Kerana itulah proses bagi mendapatkan madunya terlalu sukar dan memerlukan kepakaran.

Pemungut madu haruslah menggunakan tangga tali untuk sampai ke sarang lebah tersebut. Namun, sebelum boleh mengumpulkan madu, mereka haruslah menyalakan api dari kaki bukit dengan menggunakan ranting-ranting kayu. Tujuannya adalah untuk mendapatkan asap terlebih dahulu bagi menghalau serta melemahkan lebah sebelum madu-madunya mula dipungut. Jika tidak melakukan sedemikian, akibatnya mereka mungkin disengat.

Mereka juga melakukan ritual kecil dengan bacaan mentera serta penggunaan barang-barang lain seperti bunga, buah, dan juga beras sebagai korban sebelum menyalakan api. Apabila selesai memungut kesemua hasil, mereka akan menuruni tangga tersebut. Kebiasaannya pekerjaan ini tidak dilakukan berseorangan. Terdapat individu lain ditugaskan untuk memegang tali bagi menurunkan hasil pungutan serta peralatan yang digunakan.

cara mendapatkan madu
madu lebah bukit
pekerjaan sukar
pekerjaan bahaya
madu lebah

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...